Sunday, February 7, 2010

Review | Lu pikirlah sendiri de movie


Akhirnya semalam aku pegi jugak tonton lu pikirlah sendiri de movie yang ditayangkn kat dewan UTHM. Aku pegi pun dah lewat,sampai je movie tu dah start ditayangkan. Oh, tayangan tu maybe pra-tonton sebab movie tu tak ditayangkan lagi kat panggung wayang. Tayangan tu sempena siri jelalah universiti apa ke benda ntah aku tak sempat baca kat banner tu semalam..Maklumlah malam, gelap gelita..Nak-nak aku pakai spek Ray Ban mata belalang kaler perang pulak..Akekeke ok, aku tipu je yg spek tu.

Antara artis yang membintangi (acehh ayat skima pulak) lu pikirlah sendiri of course la Nabil Raja lawak. Artis lain Puteri Sarah Liyana, Meet Uncle Hussain, Mila AF, Zizan Raja lawak, Ummi Nazeera, Zaibo, Vanida Imran, Faizal Tahir, Fahrin Ahmad, Harun Salim Bachik, Amy search dan ramai lagi la.Member aku cakap ramai artis datang. Aaa, aku jumpa ngan Puteri Sarah Liyana semalam, siap bergambar berdua lagi.Hehehe..Ok, aku tipu lagi. Aaa, aku jugak kena tipu ngan member aku tuh.Sadis.


Aku ingat ada gak artis yang datang. Bukan aku minat sangat ngan artis ni tapi aku nak tengok hidong si zizan tu & jumpa Lan Meet Uncle...err, Lan & The Typewriter je. Nak bagi link blog aku ni. Mana la tau dorang layan blog gak. Boleh baca tips/kisah cinta yang ada dalam blog aku neh.Hehe.



Kat luar dewan ada booths yang jual lu pikirlah sendiri de movie stuffs seperti t-shirts, notebooks dan lain-lain lagi.Aku beli je notebook tuh. Saja buat koleksi. Lagipun murah je.Hehe.

Nabil (Raja Lawak 2) as Nabil

Memegang watak sebagai Nabil. Seorang anak muda yang hanya berkelulusan SPM dan sering bertukar-tukar kerja. Ada sahaja punca yang menyebabkan Nabil diberhentikan. Walaupun begitu, Nabil bersih dari gejala sosial, mempunyai cita-cita yang tinggi, berdikari, suka berjenaka tetapi di dalam hati, menyimpan rasa sedih mengenangkan nasib keluarga yang susah. Tidak pernah berputus asa dan akhirnya berjaya mengubah nasib keluarga.

Mila AF5 as Aishah

Memegang watak sebagai Aisyah iaitu adik Nabil. Masih bersekolah. Tetapi ingin berhenti sekolah untuk mencari kerja demi membantu abangnya menyara keluarga.

Puteri Sarah Liyana as Natasya

Memegang watak sebagai Natasya. Berbeza dengan Nabil dari semua sudut. Kaya, ego dan sombong. Melanjutkan pelajaran di sebuah universiti tempatan. Membenci Nabil yang menegur sikap sombongnya. Sentiasa bergaduh dengan Nabil dan akhirnya benci menjadi rindu. Walaupun begitu, tetap tidak mahu mengakui mencintai Nabil. Dalam diam, Natasya mengubah sikapnya dan berjaya mendapatkan cinta Nabil serta berjaya membina nama sebagai model yang dikenali di Malaysia.

Meet Uncle Hussain as Kumpulan Muzik Meet Uncle Hussain

Memegang watak sebagai Kumpulan Muzik Meet Uncle Hussain. Sentiasa ada dimana Nabil ada. Mereka pada mulanya tidak mengenali di antara satu sama lain. Tetapi, akhirnya bertemu dan membentuk sebuah kumpulan muzik yang berjaya menjuarai sebuah pertandingan realiti televisyen.



Kat bawah ni video trailer lu pikirlah sendiri de movie:



Kat bawah ni pulak sinopsis movie terbabit:

Malay

Lu Pikirlah Sendiri de Movie Mengisahkan tentang mengejar impian, kerjaya dan cinta. Nabil (Nabil Raja Lawak) dan Puteri Sarah Liyana (Natasya) merupakan pasangan yang berbeza dari semua perkara. Mereka seperti dua garisan yang tidak mungkin bertemu di dalam kehidupan ini untuk melayakkan mereka bercinta. Mereka mempunyai pandangan hidup yang berbeza kerana seorang di universiti dan seorang lagi terpaksa bekerja menyara diri dan keluarga. Walaupun mereka berdua ibarat garisan yang tidak mungkin bertemu, tetapi takdir menentukan segalanya.

Pada pertemuan yang pertama sahaja mereka sudah tidak sefahaman, bertengkar dan bergaduh. Cinta yang tidak diungkapkan menimbulkan salah faham yang berterusan dan berpanjangan. Apakah kesudahan mereka? Siapakah dahulu yang melafazkan kata cinta? Siapakah Kumpulan Meet Uncle Hussain di dalam cerita ini? Apakah kelainan pada watak-watak yang dibawa oleh pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Amy Search, Vanida Imran, Faizal Tahir, Mila AF5,Aziz M. Osman, Natasha AF4, Zizan (Raja Lawak 1) dan lain-lain yang turut terlibat di dalam filem ini? Untuk mengetahui selanjutnya, nantikan kemunculan filem ini di pawagam berhampiran anda...

English

Lu Pikirlah Sendiri de Movie is a comedy movie that takes us to the world of chasing dreams, careers and loves. Starring Nabil Raja Lawak and Puteri Sarah Liyana (Natasya) where both are totally different in every aspect of their live. Both have a different view about what lives are as one of them is a university student where the other one who had to work and take care of the family. Although is impossible for them to be together, but fate determines everything.

They have already started quarrel and fighting ever since their first met. Their feeling toward each other is not expressed causing a huge misunderstanding along the way. What happened at the end? Who expressed the love first? Who is Meet Uncle Hussain in this story? The story also features Amy Search, Vanida Imran, Faizal, Mila AF5, Aziz M. Osman, Natasha AF4, Zizan (Raja Lawak 1) and many more.

Salah satu babak antara Nabil & Puteri Sarah
(Teringin aku nak buat macam ni kat awek aku..err, awek aku nanti bila dah jadi bini aku..hehe
)

Ahaa, aku dah tau kesudahannya.Hehe. Kalau korang nak layan movie ni, boleh pegi ke panggung wayang berdekatan mahupun yang jauh pada 11 Febuari 2010 neh. Movie ni best bagi aku. Ada pengajaran disebalik jalan cerita ni. Bagi aku semangat yang hidup ini mesti diteruskan walau apa pun terjadi.Hehe.

Kalau korang nak tau lebih lanjut pasal movie ni, korang boleh tengok kat dorang punya official website : http://www.lupikirlahsendiri.com/


18comments:

Post a Comment

 

BACK TO TOP




Side Projects under mello's: Wow! Bundle | melloGraphy | mello says