Thursday, February 11, 2010

Cara bangang untuk tingkatkan traffic blog


Aku rasa aku tak perlu terangkan lagi apa makna traffic bagi dunia blogging ni. Kalau kat jalanraya, kalau boleh memang tak nak traffic jam. Lain pulak kan kat dunia blogging ni, lagi sesak lagi bagus.Hehe. Mana-mana saja orang bercakap pasal traffic kat blog ni nak-nak bagi yang serius ber'blogging.

Aku akui, traffic memang penting. Banyak cara untuk tingkatkan traffic kat blog neh. Bergantung pada komitmen kita je sanggup ke tak meluangkan masa untuk tu semua.Yeke? Ye la kot. Jadi aku terfikir, kalau buat cara bangang ni maybe boleh tingkatkan traffic jugak tapi berani ke? Hehehe

Cara bangang tingkatkan traffic blog:

1. Buat blog/entri mengutuk

Korang buat satu entri kutuk seseorang. Kutuk la apa-apa pun asalkan kutuk.Hehe. Kutuk cukup-cukup sampai boleh menaikkan darah orang yang dikutuk tu. Boleh bikin kontroversi macam Aduka Taruna hari tu. Konpem nama korang gah sekelip mata.Hehe. Lepas orang dah kenal blog korang, korang mintak maaf la kat orang yang korang kutuk tu..Ada bran?



2. Komen entri blog

Komen-komen entri ni benda biasa la kan? Aku pun selalu jugak komen entri bloggers lain. Tapi kalau korang nak traffic yang mendadak melalui cara komen, korang komen panjang-panjang ibarat karangan budak sekolah. Komen korang pulak tu mestila kutuk entri tersebut, kutuk kaw-kaw tau. Cakap la apa-apa yang memburukkan entri tu mahupun tuan punya blog tu. Mesti orang lain tertarik nak tengok si pengomen yang tak sayang muka ni kan.Hehe

3. Buat flyers

Korang buat flyers pasal blog korang. Buat lawa-lawa lepas tu tulis la apa-apa yang boleh menarik perhatian orang. Contohnya "mau tengok gambar awek seksi? Sila layari blablabla.com". Hehehe. Nak mengancam lagi, korang letak gambar anjelina jolie.Kekeke. Photostat banyak-banyak. Korang boleh bagi kat orang ramai yang tengah beratur kat mesin ATM tu. Tak pun korang sebar dari rumah ke rumah macam Ah Long sebar business card dorang.Hehe



4. Tampal poster

Yang ni lebih kurang je ngan flyers tu cuma bezanya korang kena buat poster yang bersaiz besar dan menarik. Tampal je kat bus stop ke, kat tiang elektrik ke, kat batang pokok ke. Yang penting, poster mesti menarik.



5. Promo kat tandas

Hahaha.. lebih kurang macam servis seks kat tandas dalam entri aku sebelum ni je. Korang tulis je kat dinding atau pintu tandas tu. Promo blog korang kaw-kaw. Kalau nak nampak menarik lagi, korang buat ngan corak graffiti.Hehe.




Hahaha..Bangang tak? Tapi boleh je nak tarik traffic tu. Aku tak bertanggungjawab eh kalau jadi apa-apa kat korang kalau try cara-cara kat atas tu. Sila tanggung sendiri.Hehe.

p/s: Rasa nak try je cara no.4 tu..


78comments:

Post a Comment

 

BACK TO TOP




Side Projects under mello's: Wow! Bundle | melloGraphy | mello says