Tuesday, January 19, 2010

Di gantung tak bertali, tak dicekik tapi teramat seksa

Kisah ini mungkin sadis atau mungkin tidak. Bergantung kepada hati seseorang, bergantung kepada penilaian seseorang. Aku menerima amanah ini daripada seorang teman yang teramat rapat, yang sangat aku kenal, yang sangat aku fahami dan dia sangat memahami aku. Ya, dia jgk seorang lelaki seperti aku. Aku dijadikan tempat luahannya. Memang sejak dulu lagi, aku lah orang pertama yang menjadi luahan hatinya.

Kali ni dia buntu, pinta aku untuk menulis apa yang terbuku dihatinya, agar seseorang dapat memahami apa yang tersirat dan apa yang tersurat dihatinya. Aku jgk merelakan hati aku untuk menyiarkan luahan hatinya, benda yang teramat jarang aku selitkan di dalam blog aku ini. Mungkin artikel ini bukan seperti selalu, sedikit menanmpakkan keperibadian di situ.

Ini kata-katanya kepada seseorang itu..


"Sayang.. saat pertama aku mengenalimu.. aku tau, engkau insan yang bakal di sisiku.. aku cuba mendekatimu walaupun aku dan kau saling tidak mengenali.. Masa berlalu.. Aku gembira kerana kita menjadi kawan baik.. Berkawan denganmu sudah cukup buat aku gembira.. Peribadimu buat aku senang hati..

Tapi mungkin kau tidak tahu.. dalam diam aku mennyimpan perasaan kepadamu.. bukan sebagai kawan, tapi perasaan ingin memiliki.. Aku sembunyikan perasaan yg dipendam itu dalam tawa ku.. Tapi aku tahu, suatu hari nanti pasti akan terbongkar jua.. Masa terus berlalu dan kita semakin membesar.. Aku cuba luahkan kepadamu perasaanku yg sekian lama terpendam.. Tapi kau mungkin menganggapnya hanya satu gurauan indah..

Pada mulanya aku tidak kisah.. kerana kau temanku yang terapat masa itu.. dan aku tau kau bukan milik sesiapa.. Aku tidak menunjukkan kesungguhan ku pada masa itu.. Fikirku kau takkan kemana kerana aku juga teman rapat mu masa itu.. Tapi... Khabar angin kencang itu betul-betul membuatkan ku gundah.. Benarkah kau sudah menjadi milik seseorang? Masa tidak dilengahkan.. Aku berterus terang akan perasaanku yg sekian lamanya.. Namun..Seperti yang dijangkakan.. Mungkin kau tidak tahu atau mungkin kau sudah tau.. Tanpa sedar air mata ku menitis di saat aku melangkah pergi dari pandangan mu saat itu..

Aku menyepikan diri.. Aku menjauhkan diri.. Tiada gunanya aku terus disitu jika hatimu milik insan lain.. Bukan kerana membencikanmu, cuma ingin memujuk hati yang terluka.. Aku berkelana buat satu tempoh yang agak lama.. Aku tetap menunggumu tanpa berganjak.. Waktu terus berlalu.. Suatu malam yang dingin, kau menghubungi ku.. Tangisan kau malam itu betul-betul membuatkan kakiku menggeletar.. Menggeletar mendengar tangisan mu yang teresak-esak.. Aku terluka jua.. Rupa-rupanya kau tidak bahagia selama ini.. Bukan kau seorang di hatinya.. Kau dipermainkan.. Hati aku? Biarkan dulu.. kau lebih penting..

Aku lupakan luka lama ku.. Ku tenangkan hatimu yang gundah.. Aku pujuk dirimu yang tak keruan.. Aku menemanimu disaat kau perlukan ku.. kerana hanya aku teman mu selama ni.. Dan selepas itu, kau menyepi lagi.. mungkin membawa diri yang terluka.. Mungkin kau tidak tahu, aku masih mengharapkan dirimu saat itu..Tapi aku lebih pentingkan dirimu..Biarlah.. Masa berlalu lagi seperti sebelumnya.. Siapa sangka, suatu malam yang tenang, kau datang padaku.. Kau luahkan perasaanmu padaku... Hatiku girang! Sangat gembira.. Kerana aku tahu kau telah membuat keputusan yang tepat..

Ku terima dirimu tanpa banyak dalih.. Aku tahu aku mampu bahagiakanmu.. Aku tahu kau akan gembira denganku.. Dan memang kau bahagia denganku.. Tapi.. tak semuanya indah.. kau manusia biasa..Aku juga manusia biasa.. Tak terlepas dari melakukan kesilapan.. Aku pentingkan hubungan kita.. Silah salah kau aku maafkan walaupun seringkali ku terluka..

Tapi.. Silap salahku dijadikan alasan untuk kau berdiam diri.. untuk menjauhkan diri dariku.. Susah senang selama ni kita lalui bersama.. Aku sudah buat yang terbaik untukmu.. Tak pernah ku abaikan mu.. Mungkin aku terlalu menjagamu.. Mungkin itu silapku? Tapi, dimana belas mu? Dimana kasih mu? Dimana sayangmu? Di kala aku terluka, dikala aku tak keruan, mengapa kau tinggalkan aku dibelakang? Biarkan aku terkapai-kapai keseorangan? Kau tahu yang diri kau peneman ku selama ini.. Mengapa ucapkan kata-kata yang berlainan dengan dirimu? Apa mahumu?

Sayang.. aku minta maaf.. Ku harap kau faham isi hatiku.. Aku sudah berjanji yang salah silap kita selama ni takkan berulang.. Kau tahu ku ikhlas denganmu.. Kau tahu aku setia denganmu.. Kau tahu aku jujur denganmu.. Cuma silap sedikit..Silap yang sudah buat aku perit.. Aku ingin bahagia seperti dulu.. Terlalu banyak kenangan kita.. Hidupku kini tak keruan.. Ya, kau tak tahu kerana kau menyepikan diri dariku.. Aku cuma mau kau tahu, aku benar-benar terseksa menantimu.. Bagiku peluang kedua, pasti aku takkan sia-siakannya. Aku janji!! Aku janji!!"

Bro kucen, aku dah laksanakan apa yang ko nak.. Harap ko bersabar, tenang menghadapi dugaan Allah.. Mungkin kisah kau hanya seperti cerita Full House? Sentiasa bergaduh tapi happy ending jgk... Mungkin ada hikmah nya disebalik semua ini? Agar ko betol-betol berubah menjadi lebih baik.. Aku tahu dia masih sayang ko, cuma bagi dia masa untuk tenang. Takkan kemana la kalau dah jodoh.. Kalau dia tak sayang ko, takkan dia buleh kekal ngan ko bertahun lamanya? Aku tahu banyak dah susah senang ko lalui bersama dengannya.. Percaya kepada Allah.. Doa banyak-banyak. Kalau ko ikhlas selama ni, insyaAllah tuhan makbul doa ko..

p/s: tak pasal-pasal blog aku nampak jiwang kali ni..hehehe


17comments:

Post a Comment

 

Kembali ke atas




Side Project under mello's: Wow! Bundle