Monday, November 30, 2009

Tips: Adab menjadi seorang blogger


Ya, tips ni dirumus khas untuk individu yg bergelar blogger. Tak kisah la full time blogger ke, part time blogger ke, blogger kt blogspot, wordpress mahupun yg ada domain sendiri, asalkan diri korang tu adalah BLOGGER, korang patut ambil tau & ambil peduli pasal adab-adab korang as a blogger.

Kepada bukan kaki blogging tp kaki sosial network yg tegar seperti friendster, myspace, tagged & facebook, korang juga boleh baca. Aku tak halang korang untuk baca walaupun aku pernah bengang ngan sekor dua facebooker tegar yg pernah pandang rendah kt aku sebab aku suka ber'blogging. At least aku takde la duk buang masa depan facebook 100% kan? Ber'blogging jauh lebih seronok & berfaedah.

#1 Hormat blogger lain

Yg ni aku rasa tak cakap pun takpe. Tapi kena ckp jgk sbb maybe ada yg tau tp tak ambik port. Bajet diri tu dah cukup otai, cukup lama dalam dunia blogging, traffic pun jem gila, so rasa hormat terhadap blogger lain tu dah kurang nak-nak newbie yg followers baru 4 orang. Blogger macam tu aku lansung tak respek.Ok?

#2 Jangan tinggi diri/riak/takabur

Yeah! Sifat macam ni aku paling takleh blah. Kerana beliau sangat popular dikalangan blogger lain yg mcm dah kena pukau ngan dia, so beliau rasa tinggi diri. Blogger-blogger ciput beliau tak layan dah, hanya bergaul dgn geng-geng dia, geng-geng yg macam popular la kununnya. Si kawan ni yg baru start ber'blogging terhegeh-hegeh nak kawan ngan dia sbb nak timba ilmu tp kurang dilayan.Memang sadis.

#3 Jangan pandang tinggi sangat kepada blogger lain

"Weh, dia tu otai weyhh.. memang respek gila aku ngan dia.." Sampai berbuih mulut tu duk bercerita. Relek bro.. Kawal emosi tu.. Relek-relek sudah.. Ko pun boleh jadi otai suatu hari nanti. Yang penting usaha itu tangga kejayaan. Tak semestinya ko duk bodek dia hari-hari ko pun boleh jadi otai jgk weyh. Nak respek boleh, tp berpada pada la. Aku pun respek blogger lain tp takde la macam kena pukau je.Hehe!

#4 Jangan pandang rendah kepada blogger lain

Terasa hebat diri ini bila traffic mencurah-curah, bila followers berjuta-juta, income pun berjuta-juta. Tapi taik yg aku nampak dalam dirimu bila kamu pandang rendah terhadap blogger lain samada newbie mahupun yg baru nak naik anak tangga. Nak pandang rendah kt aku? Silakan.. Aku tak kisah sebab aku tau aku lg (bakal) hebat dari kamu.Kehkekeh

#5 Jangan rasa rendah diri sangat

Aku tau ada antara korang yg rasa perasaan ni. Aku pernah rasa dulu. Aku memang paham sangat. Masa aku mula-mula ber'blogging, aku sorang-sorang je. Takde pun member sekelas aku yg join jgk ke, member serumah ke, ahli-ahli keluarga ke.. Mmg sorang-sorang. Jadi pergerakan aku dalam dunia blogging ni agak slow pada mulanya. Tak kenal siapa-siapa pun. Jadi aku ambik langkah untuk mengenali blogger lain,bukan memuja tp mengenali. Dari situ ko akan dapat kawan, org yg suka singgah blog ko..suka baca blog ko.. So, jgn rasa rendah diri sangat. Kita semua ada keistimewaan masing-masing.

#6 Jangan cepat meradang

Ada sorang blogger ni buat silap ngan ko, jangan la ko cepat nak naik darah ngan dia. Terus ko nak menjatuhkan dia mentang-mentang la ko ni berpengaruh & dia pulak masih baru dalam dunia blog ni. Kesian kawan tu. Jangan jadikan org lain musuh kita. Jadikan kawan jauh lagi baik. Jaga percakapan & kelakuan kita ngan org lain walaupun dorang wat silap ngan kita.Reti?

#7 Jangan cari gaduh

Cari gaduh tu terlalu umum actually. Ada banyak sebab yg boleh mencetuskan pergaduhan di kalangan bloggers. Ada yg jenis suka memperlagakan blogers lain, suka menghina blogger lain padahal blog dia mcm taik je. Macam lebih kurang je ngan #1 tadi.Hehe

#8 Layan je semua org

Kalau blogger yg kurang popular/newbie tegor dia, tak kisah la tegor kot shoutmix ke,cbox ke,ym ke, dia layan pun macam tak nak layan & kadang-kadang mmg tak layan. Takde faedah pun layan, bukannya boleh popularkan aku, bukan boleh tingkatkan traffic aku. Fuck off la ya? Sedar la diri tu sikit. Nak-nak ko pun masih baru. Layan & kawan je ngan semua org sama rata. Jangan dlm kepala hotak tu fikir nak lepak ngan otai-otai petai je. Tak menarik lansung la ko ni.auww

#9 Jangan cepat berputus asa

Tips #9 ni lebih kurang jgk ngan #5 tadi. "Blog aku takde org nak baca, takde nak komen, takde nak folow.." Rasa down je. Rasa takde mood dah nak update blog. Rasa mcm syok sendiri je. Relek la sayang..Hehe.. Mula-mula mmg macam tu. Buat baik ngan blogger lain. Borak-borak kt shoutmix ke,cbox ke.. Selalu baca & komen blog org lain ke. InsyaAllah lama kelamaan ada la pembaca tegar kt blog ko.

#10 Jangan berpura-pura & pilih kasih

Nilai seseorang dengan ikhlas. Ko tau dia ni bagus tp buat derk je kt dia sebab dia bukan geng ko. Apa-apa hal sekalipun ko akan dahulukan geng-geng ko even geng ko tu haprak.Waaa kasar je bunyinya mello? Hehehe

#11 Sedia menerima nasihat/teguran

Tak kira la ko ni org lama atau masih baru dalam ber'blogging, dan tak kira siapa yg tegur atau nasihat ko, ko kena terima dengan terbuka. Teguran tu untuk kebaikan kita jgk kan? Kalau kutukan tu lain la. Aku pun panas hati kalau org kutuk aku tak pasal-pasal samada secara tebuka mahupun tertutup.

#12 Jangan mudah terasa

Ada ke yg terasa ngan tips-tips aku kt atas ni? Maaf la. Aku tulis semua tu mengikut daya imaginasi fantasi aku. Tak pernah aku merujuk atau bedasarkan seseorang. Kalau terasa jgk, ada la yg tak kena ngan diri korang tu. Aku pun terasa jgk walhal aku yg tulis.Kakakaka

Sebenarnya ada banyak lagi perkara yg perlu seorang blogger terapkan dalam diri tp ni saja yg aku terimaginasi buat masa ni. Kalau ada aku akan update je di sini.Aku pun ada kurangnya.Of course la, aku hanya manusia biasa tapi cuba untuk buat yg terbaik. Kalau rasa diri tu ada sifat negatif, buang la jauh-jauh ya? Tak molek semua tu..Hihihi

(read more)

Wednesday, November 25, 2009

Contest: Lizarazak(dot)com | Banner


Oh penat! Baru je sampai dari kl petang tadi. 3,4 hari ni aku online kt cc area serdang tu je. Nasib baik cc tu 24 hours. Boleh lepak kat situ bila-bila masa je. Hehe.. Sekarang kt rumah sewa aku kt Batu Pahat. Malam esok (25 November 2009) aku akan bertolak balik ke kampung aku. Of course la kt Kelantan.

Tak sempat sangat aku nak ber'blogwalking & klik-klik nuff 3,4 hari neh. So sorry. Memang kurang la sikit visitors kt blog aku sepanjang tempoh tu nak-nak blog aku ni tak se'famous blog org yg famous.Huhu! Sampai je tadi online jap. Bukak lizarazak.com. Lizz dah lanjutkan tarikh tutup contest beliau.kekeke.. So, dengan rakusnya aku buat lg 4 banner untuk contest tu. So, 8 banner dah aku buat ntuk Lizz.

Menang kalah tu belakang kira. Apa yg aku feelin, aku teruja buat benda-benda macam ni. Dan aku sudah berpuas hati dapat buat benda macam ni.Hihihi.. Memang sejak kecil lg aku minat arts. Suka melukis & perkara yg sewaktu dengannya. Masa SPM, aku ambik subjek tambahan, of course pendidikan seni. Dapat A1 tu! ahahaha!

Disebabkan minat aku tu, aku pada awalnya nak sangat ambil course architecture kt universiti tp entah dimana slack nya, aku terjerumus ke lembah electrical engineering. Takpe la, takde rezeki. Ok, tinggalkan kemerapuan aku tu. Kat bawah ni 8 banner yg aku buat untuk contest neh.

Submitted on 21st November 2009



Submitted on 25th November 2009




Ya, aku tau banner yg aku buat tak lawa mana. Ramai lagi yg mampu buat banner yg lebih hebat serta menawan kalbu. So what? Gelak la kalau nak gelakkan aku pun. Tapi jgn gelak kuat sangat. Sila gelak dalam hati sudah. Hehe


p/s: banner (dot)gif (yg gerak-gerak tu la..) maybe kadangkala kelihatan tersekat-tersekat, depends on computer/internet performance...kot.

(read more)

Saturday, November 21, 2009

3 in 1 entry | Tiga kisah minggu ini


Yeay! Exam dah habis..lalala..Ok, apa benda nya 3 in 1 entry neh? Of course la 3 tajuk dalam satu entri. 3 kisah aku kumpulkan dalam satu entri. Bukan kerana aku malas nk buat satu-satu tp cuma nak tengok kelainan sikit kali ni.Hehe! 3 kisah yg berlainan jalan cerita & mungkin hanya kisah peribadi. Tapi takpe, aku ingin berkongsi. Berkongsi adalah seksi! Hehe

Contest : Lizarazak.com


Siapa-siapa yg masih tak kenal lizarazak.com tu kenal kenalkan la eh? Blog dia best, simple & menarik. Salah satu blog yg aku suka baca. Baru-baru ni lizz ada buat satu contest. 3 in 1 contest. Maknanya ada 3 contest dlm satu masa. Contest buat banner, request topik & contest memuji & mengutuk.

Aku join satu je, yg buat banner tu. At least aku ada sikit kepakaran bab-bab macam tu. Baru je td send banner kt lizz. 4 banner sekali gus aku buat.Hahahaha gila tamak aku! Siapa tak nak hadiah wang ringgit RM100..err, RM10 kan? Hehe.. Tapi aku tak kisah pun kalau tak menang, sekurang kurangnya hasil kreativiti aku tu ada jgk la org nk tengok.Huhu!


UPSR: Tahniah Nur Fatin Atiyyah!

Siapa pulak Nur Fatin Atiyyah ni? Awek ke-3 aku kah? Takkan la budak baru lepas UPSR aku nak jadikan awek. Tak syok lansung! Hahaha.. Beliau tu adik bongsu aku yg aku panggil baby sejak kecil lagi.

My youngest sister: Nur Fatin Atiyyah

Khamis lepas result UPSR keluar. Adik aku ni hanya dapat 4A 1B je.. Ok la tu. Sama macam abg dia ni jgk dulu. Nak lawan abg dia ni kena tunggu SPM la. Sebab PMR takkan terlawan punya..Hehe..

So, nak tak nak terpaksa la aku belikan hadiah untuk dia nanti. Beli cekedis sudah. Hahaha..

Housemate bangang updated:

Mungkin masih ada yg tertanya-tanya ada apa dengan housemate yg bangang ni kan? Nak tau kisah nya sila tengok entri yg sebelum ni atau klik saja di sini. Ni ada kisah terbaru pasal betina bangang tu. Tadi Luna sms aku.. Dia forward kan sms yg housemate dia bg kt dia tu.

Sms tu mcm ni la bunyinya lebih kurang. Aku buat dalam ayat aku sendiri. Housemate dia tu cakap dia dah boleh start cari rumah sewa lain sebab bulan 4 atau bulan 5 tahun depan dia dah nak kawen. What the fuck? Lagi dia cakap, mungkin dia akan kawen lebih awal dari tarikh yg dijangkakan. So, kena cari rumah lain awal-awal la.

Bodoh. Nak halau cakap je la nak halau. Senang ko nak bawa jantan ko tu ke rumah. Memang takde manner. Esok aku akan ke kl jumpa si Luna. Banyak benda kena setelkan. Nak cancel streamyx yg Luna baru pasang kt rumah tu, yela kan dah nak pindah..lepas tu nak tolong cari rumah sewa lain lagi..Takpe la..Dugaan yg harus ditempuhi dengan sabar.

Mangsa kejadian..hehe

Hari Rabu ni aku akan balik ke kampung dengan Luna. Aku dah start cuti sem neh.Hehe dah lama tak ber'holiday.Yeay! Wilayah strawberry, here i come!

(read more)

Monday, November 16, 2009

(Panas!) Main & berpeluh hingga pancut di padang


Perbuatan yg tak senonoh ni telah dilakukan oleh seseorang di padang. Of, course tanpa rasa malu & segan beliau telah melakukan perbuatan yg lucah & jijik itu di tempat awam. Agak exotic disitu. Mungkin terasa lebih nikmat melakukannya di tempat awam. Maklum lah, nafsu manusia ni berbeza-beza. Maybe ada yg suka buat dalam semak & belukar, di tepi jalan dan kebanyakkannya suka melakukannya di dalam tandas.

Mungkin terlalu lama "main" sampai berpeluh & semput dalam pelbagai posisi yg rakus & ganas, beliau tidak tertahan lagi untuk pancut. Memang kotor. Sekotor ayat-ayat yg aku tulis disini. Tapi salah kah? Hehe.. Aku tak berjenaka disini, memang dia pancut. Memancutkan cecair yg hangat dari kemaluannya.

Kalau korang sanggup, sila la tgk gambar terbabit yg aku sertakan disini. Jangan bimbang, gambar tersebut tidak menunjukkan kemaluannya dengan jelas. Lagipun kalau korang pernah baca entri-entri panas aku yg lepas-lepas, aku pernah mention yg aku takkan letak gambar mahupun video "100%" lucah di blog aku ni.hehehe

Sila tengok gambar di bawah:


_

_

_

_

_

_

_

_

_

_

_

_

_

_

_

_

_

_

_

_

_

_

_

_

click to enlarge image

Jelas kan apa yg dia buat? So, salah tak apa yg aku cakap tadi? Cuba baca balik..haha!

(read more)

Sunday, November 15, 2009

Tutorial: Kalau cinta blog anda, sila backup beliau



Malam tadi lebih kurang pukul 10 lebih, Hbz datang ke rumah sewa aku.First time kot aku bersua dengan rakan se'blogger kt alam realiti neh. Selama ni just berhubung melalui shout mix & ym. Kenal pun melalui alam blogging. Kebetulan Hbz ni junior aku kt UTHM. So malam tadi dia datang ntuk tanya sedikit pasal photoshop sambil berkenal-kenalan.Hehe!

Ok,pernah tak korang terfikir yg korang akan terdelete entri-entri yg korang post kt blog tu? Atau korang gatal-gatal tangan tukar template blog korang tp korang nyesal sebab template baru tu amat jelik rupanya. Nak cari template yg lama tapi dah lupa download kt mana.

Mungkin juga korang ter'delete komen seseorang yg komen entri korang. Mesti nyesal tak sudah kan? "Alaaa.. dah la entri aku susah org nak komen..ni ada yg komen aku terdelete pulaaa". Oh,sadis kan? Hehehe..Ops, lupa aku nak cakap.. Tutorial ni hanya untuk pengguna blogspot saja. Yg bukan pengguna blogspot pun boleh je. Ada jgk tips yg korang boleh pakai.

Jadi, aku sarankan korang backup blog korang tu. Mana la tau apa yg aku cakap td betol-betol terjadi kan? Haru je.. Maybe ada sesetengah dari korang yg dah tau cara nak backup. Itu bagusla. Kepada yg tak tau, sila lah ambil tau. Untuk kebaikan korang jugak.

Cara pertama: Backup layout/template


1. First, korang pergi ke menu layout blog korang. Then klik menu edit html tu.


2. Lepas tu download full template.File akan disave ke dalam komputer korang dalam format (dot)xml.

click to enlarge image

3. Selain cara tu, korang jgk boleh copy contents template korang tu & paste kt notepad.

Cara kedua: Cara aku..hehe

1. Setiap kali aku post entri baru, aku takkan mula menaip kt ruang posting tu. Dah tu kt mana? Aku guna notepad. Aku tulis siap-siap kt situ and then paste je kt ruang posting. Bagi aku, cara ni lebih sistematik. (Chewaahh!). Bila aku dah taip kt notepad tu, of course aku akan save kt dalam komputer. So, dalam masa yg sama aku telah backup entri aku.

click to enlarge image

2. Sama jgk dengan gambar. Dalam setiap entri aku, pasti ada even sekeping gambar.Aku akan save gambar yg berkaitan dengan apa yg aku tulis tadi dalam satu folder. Contoh, aku post entri yg bertajuk "Aku skandal". So, aku create satu folder "Aku skandal" dan simpan file notepad & gambar-gambar yg berkaitan dlm entri "Aku skandal" dlm folder tu.

Cara ketiga: Backup semua posts & komen posts

1. Ok, mungkin tak ramai yg buat mcm aku buat dalam cara kedua tadi. It's ok.. Masih ada caranya korang nak backup entri-entri korang. Bukan setakat entri, cara ketiga ni boleh backup komen-komen kt entri korang lg. Tau tak apa tu komen? Alah, ada ruang komen kt bawah. Try korang bagi komen. Nanti beliau muncul la.Hehehe..

2. First, korang pergi ke menu settings. Then kt blog tools tu ada menu import blog, export blog & delete blog. Kalau korang rasa dah nyampah ngan blog korang tu, boleh klik delete blog.Hahaha.. Ok, sila klik export blog.

click to enlarge image

3. Akan keluar satu window baru. Klik saja download blog tu. File yg berformat (dot)xml akan disave ke dalam komputer korang.

click to enlarge image

4. Macam mana nak guna balik file tu? Korang pergi ke settings, klik import blog & import file tadi.

Cara keempat: Cara menyusahkan diri

1. Korang copy satu per satu entri korang tu & paste kt notepad.

2. Sama jgk mcm gambar. Copy link gambar satu per satu & paste kt notepad. Gambar-gambar yg kt entri aku tu kebanyakkan aku upload kt photobucket. So, takde masalah la kalau aku terdelete gambar tu kt entri.

Tu saja yg mampu aku kongsikan. Aku akan update entri ni kalau ada cara baru.

(read more)

Friday, November 13, 2009

What the heck is surat berantai?


Adakah korang tau apa itu surat berantai? Mengikut kata wikipedia, surat berantai merujuk kepada surat yang mempunyai ayat yang menyuruh ia dikirimkan kepada beberapa orang yang lain. Sekiranya si pembaca membuat demikian, maka pembaca dijanjikan dengan hadiah & jika enggan mereka akan diancam dengan kebinasaan.

Dulu, surat berantai ni disebarkan melalui surat yg di fotostat. Surat-surat ni biasanya mengandungi ayat-ayat yg menyuruh manusia melakukan kebaikan. Itu bagus la tapi yg bangang nya, kalau kita tak sebar surat tu kepada [num] orang, (sila isi "num" tu dgn bil.org yg anda sukai) kita akan ditimpa bencana & musibah dan kalau kita sebarkan surat-surat terbabit, dalam masa [num] hari (sila isi "num" tu dgn bil.hari yg anda sukai) kita akan memperolehi keuntungan.WTF?

Surat berantai jgk berkembang seiringan dengan dunia moden. Kini, beliau jgk rancak disebarkan melalui internet di alam maya. Emel, sosial networks seperti friendster,tagged dan lain-lain menjadi perantaraannya. Surat-surat mcm ni boleh merosakkan akidah umat Islam. Percayala.

Kat bawah ni adalah beberapa contoh surat berantai yg tak mengikut format penulisan surat tak formal.

Surat berantai 1:


BERITA DARI MASJID NABAWI.....BERITA PENTING.....

> > > Bagikan
> > > Hari ini jam 10:48
> > > BERITA UNTUK UMMAT ISLAM DISELURUH DUNIA.
> > > SURAT INI DATANGNYA DARI SYECKH ACHMAD DI SAUDI
> > > ARABIA :
> > > 'AKU BERSUMPAH DENGAN NAMA ALLAH SWT DAN NABI
> > > MUHAMMAD
> > > SAW' WASIAT UNTUK SELURUH UMMAT ISLAM DARI SYECKH
> > > ACHMAD SEORANG PENJAGA MAKAM RASULULLAH DI
> > > MADINAH, YAITU DI MESJID NABAWI SAUDI ARABIA .
> > > 'Pada malam tatkala hamba membaca Al'Quran di
> > > makam
> > > Rasulullah, dan Hamba sampai tertidur, lalu hamba
> > > bermimpi. Didalam mimpi hamba bertemu dengan
> > > Rasulullah SAW, dan beliau berkata:
> > > 'Di dalam 60.000 orang yang meninggal dunia,
> > > diantara bilangan itu tidak ada seorangpun yang
> > > mati beriman, dikarenakan :
> > > 1. Seorang istri tidak lagi mendengar kata-kata
> > > suaminya
> > > 2. Orang yang kaya yang mampu, tidak lagi
> > > melambangkan
> > > atau menimbangkan rasa belas kasih kepada
> > > orang-orang miskin.
> > > 3. Sudah banyak yang tidak berzakat, tidak
> > > berpuasa, tidak
> > > sholat dan tidak menunaikan ibadah haji, padahal
> > > mereka-mereka ini mampu melaksanakan.
> > > Oleh sebab itu wahai Syechk Achmad engkau
> > > sabdakan kepada semua umat manusia di dunia
> > > supaya berbuat kebajikan dan
> > > menyembah kepada Allah SWT.'
> > > Demikian pesan Rasulullah kepada hamba, Maka
> > > berdasarkan
> > > pesan Rasulullah tersebut dan oleh karenanya
> > > hamba berpesan
> > > kepada segenap Umat Islam di dunia :
> > > - Bersalawatlah kepada Nabi Besar kita Muhammad
> > > SAW.
> > > - Janganlah bermalas-malasan untuk mengerjakan
> > > sholat 5 (lima) waktu.
> > > - Bershadaqoh dan berzakatlah dengan segera,
> > > santuni anak-
> > > anak yatim piatu.
> > > - Berpuasalah di bulan ramadhan serta kalau mampu
> > > tunaikan
> > > segera ibadah haji.
> > > PERHATIAN :
> > > Bagi siapa saja yang membaca suratini hendaklah
> > > menyalin/mengcopynya untuk disampaikan
> > > orang-orang lain yang beriman kepada
> > > haripenghabisan/ kiamat. Hari kiamat akan segera
> > > tiba dan batu bintang akan terbit, Al'Quran akan
> > > hilang dan matahari akan dekat diatas kepala,
> > > saat itulah
> > > manusia akan panik. Itulah akibat dari kelakuan
> > > mereka yang selalu menuruti hawa nafsu dalam
> > > jiwa.
> > > Dan Barang siapa yang menyebarkan surat ini
> > > sebanyak 20
> > > (dua puluh) lembar dan disebarkan kepada
> > > teman-teman/ rekan-rekan anda atau Masyarakat
> > > Islam sekitarnya, maka percayalah anda akan
> > > memperoleh setelah dua minggu
> > > kemudian. Telah terbukti pada seorang pengusaha
> > > di
> > > Bandung , setelah membaca dan menyalinnya juga
> > > menyebarkan sebanyak 20 (dua puluh) lembar, maka
> > > dalam jangka waktu 2 (dua) minggu kemudian, dia
> > > mendapat keuntungan yang sangat
> > > luar biasa besarnya.
> > > Sedangkan terhadap orang yang menyepelekannya dan
> > > membuang
> > > surat ini, Dia mendapat musibah

Surat berantai 2:

salam...bacer nie........Semalam....siaran RTM ...di Negeri Pahang.... tergempar ....ramai orang terdengar bunyi dentuman yang sangat kuat di susuli gempa bumi selama 3 minit, mungkin ini tanda2nya........ ? salam...........kpd semua yg bergelar muslim,hari nie pakar meteorologi bhgn bunyi dr Rusia m'dapati sesuatu bunyi ganjil spt ngauman raksasa dr bwh mantel bumi.menurut para ulama kemungkinan besar itu ialah suara Dajjal y b'usaha utk naik ke muka bumi.oleh itu,kte disuruh sentiasa x berhenti azan dan solat,sebarkn kpd umat ISLAM yg lain...Amanah!! Wallahualam...
> > > > > > > > > >
> > > > > > > > > > KITA YANG MENENTUKAN DIRI KITA
> > > > > > > > > >
> > > > > > > > > > Jgn skip utk bace nieh.....??...??...??Message:...??Sebarkan kalu sayang pada islam>..BAHAYANYA KARTUN POKEMONPOKEMON dan BINATANG2 yang ade dalamnya??? POKEMON bermaksud saya yahudi,> PIKACHU bermaksud jadilah seorang yahudi,..>CHARMANDER bermaksud ALLAH itu lemah(..nauzubillah) ...... jadi.... tolonglah SEBARKAN kepada rakan2 chat korang semua.......> Protect Our Population Of Islam..... sumer org yg ade yahoo messenger (ym), tolong jangan add org yg id die macam ni: anamuslim_...cute_ 97@yahoo. com die cuba nak murtadkan org Islam.. tolong forwardkan mesej ni kepada sumer org Islam!!! (kalau rase sayang ngan org Islam la!!!!!!. kalau tak sayang, x payah forward!!)

Maaf, penulisan di atas nampak sedikit jengkel. Aku copy sebijik-sebijik. Hahaha.. Oh ya, pasal pokemon tuh, pokemon tu berasal dari perkataan "pocket monster" & charmander tu berasal dari perkataan "char" & "salamander". Tau tak apa tu "salamander"? Korang search la sendiri kt google. Maksud sebenar pikachu tu korang cari sendiri jgk la. Malas pulak aku nak cari.Hehe! Siapa la yg keji sangat tu sampai nak memburukkan Islam dengan merekacipta surat berantai ni.

Korang pernah tak dapat surat berantai? Ada bermacam jenis lg kan? Yg contoh kt atas tu adalah surat berantai yg tengah famous disebarkan sekarang ni.Untuk penjelasan yg lebih lanjut pasal ni, korang boleh tgk sini dan sini. Kt site tu ada ruang soal jawab pasal surat berantai serta penjelasan tentang hukumnya.

p/s: kalau korang tak komen pasal entri ni selepas membacanya, maka selepas [num] hari korang takkan comel serta hensem lg. Hahahaha jgn percaya pula ya?

(read more)

Thursday, November 12, 2009

Jatuh hati kepada kawan baik?

Kawan & kekasih mungkin secara umumnya dua perkara yg membawa maksud berbeza. Mungkin juga keduanya adalah dua individu yg berlainan atau mungkin juga satu individu yg sama. Apa yg membezakan keduanya adalah perasaan kita terhadap individu-individu tersebut. Sayang kepada kawan tak mungkin sama dengan sayang terhadap kekasih. Betol ke? Kalau aku salah tolong betolkan ya?

Ok, tanya la siapa-siapa pun pasti takde sorang pun yg tak mempunyai kawan baik. Maksud aku disini kawan yg berlainan sex dengan korang. Bukan kawan baik yg korang kenal kt alam maya, tak pernah berjumpa, tak pernah bersua..bukan. Kawan baik disini ialah seseorang yg korang kenal maybe dah lama, korang paham mcm mana perangainya, apa yg dia suka, selalu hang out bersama ke.. Seseorang yg korang kenal sejak bangku & meja sekolah lagi atau sejak kecil lg.

Korang amat rapat dengannya. Mesra. Tapi bukan mesra ibarat sepasang kekasih romantis. Bukan mesra romantis. Korang maybe ber "awak" "saya" atau ber "kau" "aku" dengannya. Selalu mengeluarkan perkataan yg kurang sedap didengar seperti bongok, bengong, kentut, ngokngek,bodo & lain-lain tp korang & kawan baik korang tu tak kisah mahupun terluka dengan benda tu semua malah benda mcm tu la yg menunjukkan betapa akrab & terbiasanya korang berdua.

Tapi fitrah manusia, perasaan suka & sayang mmg datang tanpa diundang. Korang mula menyukai kawan baik korang tu. Mmg selama ni korang dah suka..Nama lg kawan baik kan? Tapi ni suka dengan perasaan nafsu berahi ingin memiliki, menyayangi, disayangi.. Ingin menjadikannya seseorang yg istimewa. Alah, paham-paham la apa aku nak cakap kan?

So, apa tindakan korang? Macam mana korang nak meluahkan perasaan tu kepadanya? Sanggupkah? Aku dulu pernah terfikir, macam mana la nak convert perasaan & kebiasaan terhadap kawan baik tu kepada seseorang yg kita cintai. (Jiwang plak ku rasa..kekeke). Tapi itu semua mmg terjadi dengan sendirinya seiringan dengan perasaan kita terhadap kawan baik kita tu.

Jika dulu ber saya awak atau ber kau aku, maybe lepas tu beransur-ansur berubah kepada yg lebih lembut seperti "org", "dia" atau just guna namanya. Jika dulu selalu bergurau kasar atau ngan ayat mudah "bergurau biawak", mungkin korang mula beraksi romantis dengannya. Tutur bahasa & body language mula berubah.


Tapi malangnya korang bertepuk sebelah tangan. Dia hanya mempunyai perasaan sayang terhadap kawan baik sahaja terhadap korang. Atau mungkin dia sudah menyimpan perasaan terhadap org lain. Apakah tindakan korang? Mungkin itu amat menyakitkan tp aku percaya, dia mungkin lebih selesa dengan korang. Tempat dia meluahkan segalanya dahulu, tempat dia mengadu itu dan ini.


Sila layan lagu jiwang ini ya? ehee

Tak mustahil kawan baik mungkin menjadi kekasih. It's not impossible for a best friend become a boyfriend or a girlfriend. Pernahkah korang mengalami peristiwa sedemikian? Hehe! Aku pernah. Masa di bangku sekolah dulu aku mengenali seorang girl ni & then kami berdua menjadi kawan baik. Tak pernah pun mesra romantis. Yg selalu keluar dari mulut aku "bongok!", "tolol!"..Hehe.. Entah macam mana, aku sukakan dia.. tp sekarang dia...hmm

(read more)

Saturday, November 7, 2009

Piala Malaysia '09: Kijang parah ditanduk Rusa


Hampa & kecewa. Hanya itu yg mampu aku ungkapkan tentang perlawanan akhir piala Malaysia 2009 di mana negeri tumpah darahku, Kelantan bertemu dengan Negeri Sembilan.Kelantan tewas dengan Negeri Sembilan 1-3 dimana Negeri Sembilan berjaya menjaringkan 3 gol manakala Kelantan hanya mampu menjaringkan 1 gol. Aku bukan main bersemangat lg pergi nonton perlawanan tu td. Bukan nonton video tau, nonton secara live. LIVE. Ngerti? Tapi live kt tv je la.Hahahaha!

Bukan tak nak pergi nonton live kt stadium nasional Bukit Jalil tp keadaan tidak mengizinkan. Nak-nak musim exam macam ni. Baik tengok kt kedai belakang ni je, view pun ok.. Tak sesak sangat orang & asap mercun macam kt stadium tu.Hehe.. Kelantan layak ke perlawanan akhir setelah menewaskan Perlis & Negeri Sembilan layak setelah menewaskan Terengganu.

Dipendekkan cerita (terpaksa dipendekkan sebab masih down dengan kekalahan Kelantan), Negeri Sembilan berjaya menjaringkan gol pertama menerusi sepakan Shahrul Ain. Defends Kelantan agak lemah sepanjang permainan berlansung. Memang agak menonjol kelemahannya di situ. Apa ni?

Pada separuh masa kedua, Negeri Sembilan berjaya menjaringkan 2 gol dimana satu daripadanya hasil jaringan sepakan penalti. Oh, sunggu sakit! Apa boleh buat kan? Adat perlawanan.. Ada yg menang & ada yg akan tewas. Kelantan berjaya menjaringkan satu gol di saat-saat akhir, kalau tak silap aku seminit sebelum perlawanan tamat menerusi sepakan percuma Indra Putra.

Penyokong Kelantan kelihatan berpusu-pusu meninggalkan stadium setelah Negeri Sembilan menjaringkan gol ke-3. Ikutkan hati, nak je aku blah dari kedai Cili Giling kt belakang rumah aku ni.Huhu! Bukan apa, aku takde peluang pun untuk bersorak tadi. Hanya mampu melihat dengan air mata yg mengalir kekecewaan.Haha takde la..

Tahniah buat Negeri Sembilan kerana berjaya muncul sebagai juara Piala Malaysia dan menamatkan penantian mereka selama 61 tahun selepas memenangi Piala Malaysia buat kali pertama pada tahun 1948. Tahiah juga kepada Kelantan kerana berjaya layak ke final.Kito gomo di laen maso deh? Ehee..

p/s: Sempat jgk la gelak td masa kepala org yg padam api kt kerusi stadium tu kena baling ngan botol. Hahahahahaha

(read more)

Thursday, November 5, 2009

Kahwin sebelum kerja atau selepas kerja?


Pada mulanya aku ingin letak tajuk entri ni ialah "seks sebelum atau selepas kerja". Tapi memikirkan mungkin tajuk terbabit terlalu extreme & mungkin disalah anggap sebagai melakukan hubungan seks sebelum pergi atau pulang dari kerja, so aku tukar tajuk yg lebih sesuai agar lebih menepati apa yg aku ingin bicarakan disini.

Kahwin. Of course semua org mempunyai keinginan untuk berkahwin. Kalau ada yg tak nak kahwin tu aku tak tau la nk cakap apa. Maybe mereka ada sebab yg membuatkan mereka tak nak kahwin. Mungkin fobia dengan jantina yg berlainan, ada kisah silam yg gelap atau mungkin takut untuk menghadapi malam pertama? Hehehe

Ok, bukan bab itu yg aku nak cakap. Actually, bila sebut kahwin, mesti ramai yg fikir kahwin ni perlu guna banyak duit. Yela, duit hantaran, nak sewa kanopi lg, sewa pelamin, beli barang-barang mentah untuk kenduri and so on. Itu untuk persiapan nak kahwin. Kalau untuk lepas kahwin pulak, nak bagi bini makan, duit belanja, barang-barang dapur dan kalau ada anak kena beli pakaian anak, susu, mainan..Banyak nak guna duit kan?

Bila fikir pasal duit, of course kena ada kerja dulu. Bila kerja baru la ada sumber kewangan kan? Kerja dulu baru kahwin. Kalau kahwin dulu before ada kerja mcm mana nak bagi anak bini makan kan? Nak bg mkn pasir? Tu yg selalu aku dengar. (Bukan aku yg ckp ok?) Kalau kahwin mesti kena tinggal kt rumah sendiri. Tak kan nak tinggal ngan mak ayah lg. Bila ada rumah sendiri, sewa rumah, bil elektrik, bil air, bil astro, bil streamyx dan bermacam jenis bil lg kena la bayar sendiri kan?

Aku jgk pernah dengar apa salahnya kahwin kalau takde kerja pun. Memang tak salah. Kalau kahwin nanti makan minum masing-masing la. Makan kt kedai je la. Tak pun makan nasi bungkus. Masing-masing bayar. Tak payah la tinggal serumah nak-nak kalau masih belajar. Jalani kehidupan macam hari-hari biasa cuma bezanya dah kahwin. Kalau ada "urusan tak tertahan" ngan bini/suami, jumpa je la kt mana-mana. Buat je la apa pun. Dah kahwin kan? hehehe..


Tapi sampai bila nak makan nasik bungkus? Tak teringin ke nak ada rumah sendiri, beli set perabot sendiri, set bilik tidur dan lain-lain lg. Tp semua tu guna duit kan? So kena la ada kerja.. "Buat apa semua benda tu? Perlu ke kalau dah kahwin?" Perlu tak perlu tu aku tak tau. Bagi aku, aku ada banyak impian yg aku nak wat lepas kahwin nanti. Bukan setakat memberi nafkah zahir & batin. Hihihi

Jadi apa yg terbaik sebenarnya? Kahwin sebelum kerja atau selepas kerja? Kalau aku pula, aku dah target, sekarang aku final year student. InsyaAllah tahun depan aku grad. So, aku ambil masa 2 tahun untuk proses cari kerja & bekerja. Setahun untuk kumpul duit. Maybe paling awal aku kahwin 3 tahun lg. InsyaAllah.


p/s: Tahniah untuk Muhammad Assaqafi (classmate aku kt universiti sekarang) yg akan kahwin pada 29 November 09 ni. Lepas Raya Haji la. Awal ko nikah eh? Gudluck to you..

(read more)

Tuesday, November 3, 2009

Jilat, hisap & gigit dengan penuh nikmat..


Aksi yg agak jijik ni bukan dilakukan oleh org dewasa tetapi dilakukan oleh seorang budak kecik. Aku rasa org dewasa pun tak sanggup buat mcm tu. Kalau sanggup pun mampukah buat gitu? Aku rasa tak mampu..

Memang nampak agak kotor & jijik tp bila nafsu dah menguasai diri apapun sanggup dilakukan. Mind out of control. Dilakukannya dengan penuh ghairah tanpa mempedulikan orang kt sekeliling..

Sila tengok gambar di bawah..


-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-



Kotor kan? Sanggup tak korang buat mcm budak tu? Aku tak sanggup.. Lagipun aku tak mampu nak angkat kaki macam tu. Urat-urat tak lembut mcm dulu lg.Huhuhu..



p/s: Entri ni agak ringkas..malas nak tulis panjang-panjang seperti biasa.. Agak busy ngan final exam.. Esok 1st paper.. Gudluck to me & to you too!

(read more)
 

Kembali ke atas




Side Project under mello's: Wow! Bundle