Wednesday, October 28, 2009

Gossip Girl - Perihal perempuan bergosip


Gosip. Satu perkataan yg amat sinonim dengan kaum wanita. Wanita. Adalah simbolik kepada kaum gosip. (Err?). Hehe.. Releks.. Jangan meradang ngan aku. Tu bukan fakta rite? Kalau ikut apa yg aku paham, gosip ni sejenis perbuatan yg dilakukan oleh mulut, bercakap mengenai sesuatu tanpa henti & ia akan makin merebak dari mulut ke mulut (Not CPR ok? Hihi..).

Ahh, pedulikan apa yg aku paham tu. AKu main bedal je tu. Tapi, perempuan memang suka bergosip ke? Kalau tanya siapa-siapa la kan (kalau boleh tanya org lelaki), mesti yg terbayang kt minda ialah org perempuan yg suka bergosip. Kenapa mereka bergosip? Of course la untuk bertukar-tukar buah fikiran serta pendapat tentang perkara yg digosipkan tu.Btol ke?

Apa saja boleh menjadi bahan untuk bergosip. Of course perkara yg mereka pedulikan & perkara yg mereka suka ambil tahu. Artis menjadi mangsa utama. Kenapa artis? Nama lg artis.. Mesti la sebab para artis ni popular. Tak pasal-pasal digosipkan. Kawan-kawan taulan tak terkecuali menjadi bahan gosip terutamanya pasal skandal. Isu skandal ni mmg mempunyai rating yg tinggi dlm bahan gosip. Skima pulak ayat aku..kakaka

Gosip tu tak sama ke ngan mengumpat? Entah la.. Ada baik buruknya kita bercakap pasal sesuatu. Dah tu org lelaki tak mengumpat ke? Of course la ada.. Lelaki pun manusia biasa jgk. Tapi adakah lelaki bergosip? Tak....kot. Ada juga yg suka bergosip pasal perkembangan fashion terkini. Borak-borak pasal kasut,sandal,selipar,cardigan ke, baju, skirt.. Nak-nak yg branded mcm Padini, Roxy, Crocs, Louis Vutton, Vincci ke.. (Suka hati ko je ckp mcm tu ye Mello? Hehe..)

So, all girls out there, betolkah korang suka bergosip? (Bertanya dengan penuh sopan..Hee). Lelaki pulak mcm mana? Aku rasa org lelaki jarang dikaitkan dengan gosip.




Actually, kemerapuan aku kt atas tu saja je as pembuka bicara.Lalala.. Yg aku nak cakap sebenarnya pasal tv series - Gossip girl je.Hahaha.. Hari tu, Luna minta aku downloadkan Gossip Girl season 2. Season 1 dia dah nengok kt tv dulu. Maybe kt US sekarang dah masuk season 3 kot.

Of course, mostly perempuan yg suka tv series ni. Kan? Tajuk dia pun dah "Gossip Girl".. Hehehe.. Nak-nak balak-balak dalam cerita tu hensem-hensem belaka.. Hensem ke? Bagi aku tak. lalalala.. Oo..Luna, you suruh i download cerita ni pasal nak tengok Chuck Bass (Ed Westwick) eh? I ni tak cukup hensem lg ke? Huh.. ( Kiddin! >__< )

Ed Westwick

Korek idong pulak..perangai tak senonoh btol mamat neh..hehe

Leighton Meester

So, kalau siapa-siapa nak download Gossip Girl season 1 atau season 2 atau kedua-duanya sekali, aku ada sertakan link nya kt bawah. Link untuk subtitles nya pun ada jgk. Gossip Girl ni mesti pasal cerita pasal kehidupan perempuan. Aku tak layan pun lg. Just skip-skip gitu je. Tapi awek-awek dlm Gossip Girl tu cun wooo.. Nak-nak Leighton Meester.Oops! Lupakan kisah aksi seks Leighton Meester tu.. Baca kisahnya di sini. Hehehe


Download Gossip Girl season 1 / season 2 di sini

Download subtitles Gossip Girl season 2 di sini

(Sila download subtitle English yg author nya bernama Verdikt)

(read more)

Tuesday, October 27, 2009

Permainan klasik kanak-kanak 80 an & 90 an


Dulu masa kecik-kecik mmg seronok. Main apa saja pun boleh hiburkan hati even sekeping kertas boleh buat kita gelak ketawa. Kalau difirkan balik, memang best jadi sorang kanak-kanak. Life full of color gitu.Hihihi.. Terkenang balik benda-benda yg pernah aku main masa kecik-kecik dulu. Fikir-fikir balik, terasa rindu pulak dengan zaman tu. Zaman riang ria.

Permainan yg aku maksudkan tu bukanlah permainan tradisional seperti congkak, wau, batu seremban dan lain-lain tapi permainan yg boleh dikatakan "rekaan" budak-budak, permainan yg mungkin dianggap permainan yg ntah apa-apa. So what, budak kan yg main.. Tak kisah la nampak bodoh ke apa. Kalau yg tua bangka main maybe org kata org tu gila kot.kekeke

Ada antara permainan yg aku main dulu mungkin dianggap tradisional tp aku rasa mcm tak je. Aku pun ingat-ingat lupa dah cara main yg sebenar & peraturannya. Kalau ada yg tak betol tolong betolkan la eh? Maybe ada antara korang yg pernah main jgk.Takkan takde kot. Permainan-permainan ni aku rasa popular pada tahun 80an - 90an.


Permainan berkaitan dengan objek legap



- Tembak ais menggunakan penyedut minuman (straw)

Aku masih ingat dulu masa sekolah rendah, lebih kurang masa darjah 2 atau 3.. Balik sekolah tu singgah kt kedai runcit depan sekolah & beli air yg dalam plastik. Habis je minum air, straw & ais tak dibuang begitu je.. Kalau tak makan ais tu aku wat "peluru" untuk main tembak-tembak. Ais dimamah halus-halus & dimasukkan ke dalam straw. Lepas tu tiup sekuat hati ke arah kekawan. Sakit jgk la kalau kena ais tu..huhu

- Bola kaki 3

Permainan ni biasanya dimainkan oleh budak lelaki. Kenapa bola kaki tiga? Ini kerana selipar disusun dengan bentuk piramid. Pemain akan berdiri dalam jarak tertentu dari selipar yg disusun tadi dan bola akan dilontar ke arah selipar tadi. Objektif permainan adalah untuk merobohkan susunan selipar tadi dengan menggunakan bola dari jarak tertentu.

- Lompat getah

Permainan ni sesuai dimainkan oleh perempuan atau lelaki.Aku rasa semua org tau tentang permainan ni. Bezanya hanya la cara lompatan...kot.hehe! Yang lelaki boleh la lompat serakus-rakusnya.. Yang perempuan melompat pun berpada-pada lah..Kenapa? Alah, paham-paham sendiri la eh?

- lontar guli

Permainan ni dimainkan oleh beberapa org pemain. Satu bulatan dilukis kt atas pasir & setiap pemain meletakkan biji guli mereka kt dalam kawasan bulatan tu. Setiap pemain ada giliran masing-masing untuk melontar biji guli ke dalam kawasan bulatan tu. Objektif permainan adalah untuk mengeluarkan biji guli pemain lain dari kawasan bulatan tu. Biji guli yg terkeluar akan menjadi milik pemain yg berjaya mengeluarkan biji guli itu tadi.



- Main jentik penutup/tudung botol besi

Ingat lg tak dulu masa kecik-kecik selalu jumpa air bergas yg dijual dalam botol tu? Botol kaca tu la yg penutupnya diperbuat daripada besi tu. Sekarang jarang dah jumpa air botol mcm tu. Kebanyakkan air sekarang dijual dalam botol plastik. Penutup botol tu dikumpul sebanyak 5...err, 5 apa eh? 5 biji kot.. tak kisah la. Lepas tu main jentik-jentik & selambut guna penutup botol tu.



- Teng-teng

Permainan ni kalau kt tempat aku dipanggil "dekcok" (disebut that chalk). Cara mainnya melompat dengan sebelah kaki kt dalam petak-petak yg dilukis. Ada rules nya. Kt mana stop, kt mana kena pusing, kotak mana yg mesti dilalui dulu..




Permainan berkaitan dengan tumbuhan

- Letak daun setawar dlm buku

Daun setawar menghasilkan anak pokok pada bahagian tepi daunnya. So, apa kaitannya? Hahaha.. tu la pasal.. Letak daun setawar kt dalam buku.. Then daun tadi bercambah kt situ. Ntah apa objektifnya buat gitu. Lepas tu taruk bedak. Kira macam baja la tu kot. Tp daun setawar tetap boleh bercambah even tersepit di dalam buku.

- laga biji getah

Yang ni biasa la kot. Sekarang pun masih popular di kalangan kanak-kanak rasanya nak-nak yg tinggal kt kawasan ladang getah. Biji getah dilagakan untuk membuktikan biji getah siapakah yg terhebat! Hahaha..mcm-mcm perangai masa budak-budak kan? Biji getah pula terbahagi kepada banyak jenis pulak. Yang aku ingat, biji getah yg aku kagumi dulu biji getah kapak. Bentuknya seakan-akan mata kapak & keras berbanding biji getah yg lain.


Permainan berkaitan dengan haiwan

- Tangkap pepatung

Tau tak apa tu pepatung? Bukan patung babydoll ok? Pepatung yg serangga tu..Cara nak tangkap beliau ialah dengan menggunakan beg plastik yg diikat kt sebatang kayu yg halus. Kira macam buat serkap la ni. So, kalau nampak pepatung bertenggek kt mana-mana, pegi slow-slow kt pepatung tu & cuba tangkap beliau dari arah atas dengan menggunakan peralatan tadi. Kepuasan tercapai jika pepatung dapat ditangkap.

- Ikat pepatung

Yang ni best jgk.. Kadang-kadang, pepatung yg ditangkap td bukan senang-senang je dilepaskan semula. Main-main la dulu. Benang jahit diikat pada ekor pepatung kemudian pepatung tu dilepaskan. Macam best je tgk pepatung tu terbang dengan benang terikat kt ekor. Rasa macam main layang-layang pun ada gak..hehe

- Tarik ekor pepatung

Kadang-kadang kekadang, setelah puas main ikat benang kt ekor pepatung, ekor pepatung tu ditarik slow-slow hingga bercerai dari badan.Haha! Kt hujung ekor yg tercabut tadi ada satu gelembung. Ntah la organ apa tu. Yg peliknya, pepatung tu still hidup & boleh terbang lg tanpa ekor.Hehehe.. Kejam!

- Bela bulu ayam/burung dlm buku

Ni pun sama macam daun setawar juga. Bulu ayam/burung yg disimpan kt dalam buku & diletakkan bedak dikatakan "hidup". Macam mana hidup tu? Bulu tu boleh beranak! Kakaka.. Sejauh mana kebenarannya? Aku pun dah lupa bulu ayam yg aku bela dalam buku dulu beranak ke tak. Beranak di situ bermakna bulu tu bercambah mengeluarkan bulu-bulu yg kecil. Kadang-kadang bulu tu dilepaskan di udara lepas tu nampak bulu tu terbang mcm benda hidup. Gila mistik! Kakakaka

- Tangkap undur-undur

Tau tak apa tu undur-undur? Undur-undur adalah sejenis serangga yg tinggal di dalam lubuk pasir. Kenapa lubuk pasir? Kerana pasir tu dibentuk oleh undur-undur untuk memerangkap serangga lain untuk dijadikan makanannya terutamanya semut. Semut yg terjatuh ke dalam lubuk nya itu mempunyai peluang yg amat tipis untuk menyelamatkan diri. Kalau kt tempat aku (Kelantan), undur-undur dikenali sebagai "posek undur". Kenapa beliau dinamakan undur-undur? Kerana beliau bergerak secar mengundur la..Lawak la menatang ni. Mcm wonderpets! Hehe.. Cara nak tangkap undur-undur mcm ni. Lubuk pasir beliau tu dikaut sedalam-dalamnya. Undur-undur mungkin berada di dalam pasir yg dikaut tadi. Kepuasan terhasil bila dapat tangkap beliau & memerhatikan beliau bergerak mengundur sambil mentertawakan beliau kerana mengundur. dur durr durr!


Undur-undur


Lubuk undur-undur

- Tangkap ikan guna mangkuk penyejat

Ni biasa je kot. Tapi best & mencabar! Aku dulu suka tangguk ikan kt air-air cetek, kt parit.. teruja gle tu.. Lagi teruja bila ikan dapat ditangkap.Hehe

- Memancing semut

Pancing semut ni tak perlu batang joran & mata kail ok? Aku rasa kebanyakkan org dah tau pasal permainan ni. Guna batang kemuncup je. Lepas tu jolok lubang sarang semut tu & biarkan batang kemuncup tu. Kalau nampak kemuncup tu bergerak-gerak, maknanya ada semut tengah gigit la. Kepuasan tercapai bila dapat menarik semut keluar dari lubang sarang beliau. Objektif permainan masih tidak diketahui.



Ada banyak lagi benda yg aku main dulu tapi setakat ni yg aku ingat buat masa ni. Korang pulak takkan takde permainan yg pelik-pelik masa kecik-kecik dulu? Mesti ada kan selain yg aku mention kt atas.. Hmm.. aku perhatikan sekarang jarang dah budak-budak main permainan yg aku sebut tadi. Maklumlah dunia dah moden.. Kalau tak main playstation mesti main x.box.. Kalau tak lepak kt cyber cafe main counter strike.

Maybe sekarang permainan "klasik" ni masih dimainkan kt sesetengah tempat mcm kt kampung ke tapi tak macam dulu la.

(read more)

Sunday, October 25, 2009

Pelajar Japanese didenda londehkan seluar dalam


Teringat kenangan masa zaman persekolahan. Manis pahit semua telah dirasai. Tak terkecuali denda.Hehe! Sekarang mmg susah nk bersua dengan denda nak-nak kt IPTA. Ke ada jgk student IPTA kena denda mcm budak sekolah? Macam nak je denda kan? lalala

Denda pulak beraneka jenis. Denda berdiri kt luar kelas, berdiri atas kerusi, kena bersihkan kelas sorang-sorang. Depends kepada kesalahan yg dilakukan. Kalau sebab rambut panjang of course rambut tu dipotong tanpa mengikut spesifikasi yg telah ditetapkan oleh persatuan tukang gunting se-Malaya.Haha! Nasib baik la kt Universiti peraturan pasal rambut tu tak ketat sangat.Kalau tak mmg naya la aku dengan rambut aku yg bergaya mcm John Lennon neh.Kekeke

Kt luar negara pun ada jgk denda-denda neh. Jgn ingt takde pulak mentang-mentang la dorang leh wat aksi 18 tahun ke atas di khayalak ramai tanpa rasa segan silu. Tengok je mcm mana pelajar Japanese ni kena denda. Mcm best je kan? Hehehe.. Mcm-mcm kaler ada. lalala


Click to enlarge image

Korang rasa students kt atas tu kena denda sbb apa? Ada jgk eh denda mcm tu. Tak pernah terlintas di minda. Alah, bukan ada kesan pun kt dorang. Malu? Tak malu malu nya.. Kalau malu pun sebab kantoi pakai spender yg takde brand. Tak pun malu sebab pakai spender yg dibeli kt bundle.Hehe.. Yang brand top-top mesti tersenyum dengan riaknya.Hahaha

(read more)

Iklan sweet dari Everyone Connects - Through My Window


Sweet!! Itu first expression aku bila nengok iklan neh. Kreatif sangat-sangat! Nampak lain dari yang lain. Kagum terkasima pun ada.kakaka.. Actually, malam tadi Luna bg sms. Dia cakap ada iklan dari TM-Net yg sangat sweet. So aku tanya mcm mana iklan tu.. Luna cakap ada sekeping orang kertas lelaki yg merentasi dari satu bangunan ke bangunan bersebelahan untuk berjumpa dengan sekeping orang kertas perempuan dengan menggunakan tali.


So, entri ni atas permintaan cik Luna tersayang.Hehehe! Sekali tengok mcm iklan dari luar negara. Kagum sebab Malaysia pun boleh menghasilkan iklan yg berkualiti & kreatif mcm ni. Oh ya, lupa nak cakap. Tajuk iklan tu "Everyone Connects - Through My Window". Everyoneconnects dibawa khas oleh Telekom Malaysia (TM). Tahniah.. Malaysia boleh! Hihi..

Lagu yg dimainkan kt iklan ni adalah nyanyian band indie Malaya, Bunkface. Sangat cool! Pilihan everyoneconnects kali ni adalah tentang muzik/lagu. Esok lusa mungkin tentang apa sahaja. Persediaan untuk exam, relationships dan lain-lain. Itu kata mereka.



Korang boleh baca info lengkap pasal ni kt website everyconnects. Klik sini. Kt situ ada banyak benda menarik yg korang boleh join. Jangan lupa tengok pelbagai aksi menarik Bunkface dengan lagu mereka, Through My Window kt sini. Kt website tu korang juga boleh download lagu & ringtones "Through My Window".


Info from:

- Luna

- Everyone Connects : http://www.everyoneconnects.net/site/mainpage1.aspx

(read more)

Saturday, October 24, 2009

Cara backup bookmarks di mozilla firefox


Siapa-siapa yg rasa diri korang tu pengguna internet yg tegar mesti suka bookmarks website yg korang suka kan? Tak kisah la website apa pun.. Website gosip artis ke, website soal jawab agama ke, website tentang kehidupan peribadi seseorang ke, website lucah, website mp3 ke, website suka dalam serius dalam suka macam mello's ni ke (hehe..) dan bermacam-macam websites lg.

Sama la ngan aku. Aku rasa beratus-ratus dah sites yg aku bookmarks. Oops! Website porno aku tak bookmark ok? I'm sorryyy..Hahaha! Kt firefox aku ada 25 folder bookmarks dimana setiap folder ada berpuluh-puluh sites yg aku bookmarks. Banyak kan? Ha'a mmg banyak la. Agak-agak kalau firefox aku crash atau ter-uninstall mau separa mereng aku.Serius.

Dulu pernah sekali PC aku rosak dengan mengejut. Terpaksa di format. Oh, sadis. Semua hilang termasuklah mozilla firefox & bookmarks-bookmarks nya. Tertekan jgk la. Lepas tu kumpul balik sampai la sekarang. Kalau terjadi tragedi sedemikian lagi? Usah risau. Backup je la bookmarks tu.

Bagi mereka yg memang selalu aware tentang kemungkinan kehilangan bookmarks dorang, itu memang satu amalan yg bagus. Tapi kalau korang back-up bookmarks korang dengan copy satu per satu website address tu & paste kt notepad, aku rasa itu bukan la satu tindakan yg bagus. Bukan tak boleh, boleh je. Tapi agak leceh la kan? Kalau sikit takpe. Tapi kalau macam aku ni boleh "krem" jari jemari duk nekan "copy" & "paste" je.Huhu!

Ok, setakat ni ada dua cara termudah yg aku ketahui untuk back-up bookmarks kt firefox. Boleh cuba kalau berani.Hehe..

Cara pertama:


1. Tengok kt menu firefox korang tu, yg ada file,edit,view,history.. ada satu bernama "bookmarks". Pergi ke bookmarks then pergi ke organize bookmarks.


Click to enlarge image

2. Lepas tu pergi ke "import & backup" dan klik "export html". Lepas tu save kt mana-mana yg korang nak. File bookmarks korang akan disimpan dalam bentuk ".html"

Click to enlarge image


Cara kedua:

Dengan cara ni, korang boleh ambil terus file bookmarks korang kt dalam folder mozilla firefox yg korang install kt PC/laptop korang tu. Apa yg korang bookmark selama ni actually disimpan disitu. Cara pertama tadi hanya kalau korang malas nak buka folder demi folder untuk mencari file .html tadi.

Ok, sila explore folder korang seperti urutan dibawah.


C:\Documents and Settings\(nama komputer anda)\Application Data\Mozilla\Firefox\Profiles\7les8ch6.default

Tak paham?

Pergi ke drive C ==> Documents and Settings ==> folder nama komp. anda (cth: winxp) ==> Application Data ==> Mozilla ==> Firefox ==> Profiles ==> 7les8ch6.default

Folder yg bernama 7les8ch6.default tu mungkin tidak sama seperti yg aku tulis tu. Cuma cari je folder yg lebih kurang dengannya. (yang ada XXXXX.default)

Dalam folder tu, ada file yg bernama bookmarks.html. Yang tu la file bookmarks korang.



Dah backup tapi macam mana nak guna file bookmarks.html tu nanti?

Ok, katakan korang uninstall firefox korang & install balik, korang boleh masukkan semula bookmarks korang tu ke dalam firefox.

Caranya macam cara pertama untuk backup tadi cuma bezanya korang klik "import" & select file bookmarks tu.

(read more)

Thursday, October 22, 2009

Bekas isteri Naza The Times, Dayana telah meninggal dunia


Aku tau kebanyakkan org sudah sedia maklum akan hal ni tapi aku tetap mahu ceritakan sedikit tentangnya. Actually, aku nak buat entri pasal ni awal-awal lagi tapi masa tidak mengizinkan. Too busy! huhu.. Baru-baru ni (lebih kurang 4 hari yg lalu), negara telah dikejutkan dengan satu kemalangan ngeri yg melibatkan 3 penumpang di Kilometer 2 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai.

Salah seorang mangsa kemalangan tu ialah Wan Nurdiyana Mohd. Kamarulzaman atau lebih dikenali sebagai Dayana Kamal. Mungkin ada yg tertanya-tanya siapakah Dayana. Mungkin sudah ada yg mengenalinya. Jika nengok kt laporan akhbar, kebanyakkannya hanya menyatakan yg Dayana ni adalah seorang artis yg pernah membintangi filem Black Maria & beberapa drama tempatan seperti Rumah Itu Duniaku, Sumaiyyah, Raya Dengan Tok, Selamat Tinggal Noni, Ayah Kami dan terbaru siri drama popular Matahari.


Dayana & Amanda semasa dengan Naza dulu

Tapi mungkin ada yg tak tau yg Dayana adalah bekas isteri Natazar Mohd atau lebih dikenali sebagai Naza The Times. Siapa Naza? Naza The Times adalah penyanyi/gitaris kumpulan The Times. Naza juga adalah ex-gitaris kumpulan OAG. Ok, berbalik kepada kisah Dayana tadi. Dayana berasal dari Kelantan & seingat aku kampungnya kt Ketereh atau Bukit Abal. Tak jauh la dari Pasir Puteh.

Amanda

Dayana dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Dayang Fatihah Amanda hasil perkahwinannya dengan Naza. Aku pernah berjumpa dengan Naza & Dayana beberapa tahun dulu kt KB Mall, Kota Bharu. Seingat aku, masa tu Amanda masih belum dilahirkan.. Sempat jgk la lepak & borak kt food court KB Mall tu.



Aku & Naza di KB Mall, Kota Bharu.

Ajal, maut di tangan Allah s.w.t. Seawal usia 22 tahun Dayana dah pergi buat selamanya. Terkejut jgk la masa aku tau yg dia meninggal selepas terlibat dengan kemalangan tu. Tu pun aku tau dari Kosmo! online. Kat bawah ni adalah laporan dari Kosmo! online mengenai kemalangan tu.

*****************************************************************************************

KOTA BHARU - Wan Nurdiyana Mohd. Kamarulzaman (gambar), salah seorang daripada tiga penumpang kereta yang rentung dalam kemalangan ngeri di Kilometer 2 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai, Bunut Payung dekat sini awal pagi kelmarin merupakan seorang pelakon filem dan drama.


Wan Nurdiyana, 22, atau dikenali sebagai Dayana pernah membintangi filem Black Maria dan beberapa drama tempatan iaitu Rumah Itu Duniaku, Sumaiyyah, Raya Dengan Tok, Selamat Tinggal Noni, Ayah Kami dan terbaru siri drama popular Matahari.

"Hati mana tidak sedih kehilangan dua anak dalam kemalangan jalan raya dalam tempoh dua tahun berturut-turut," katanya sayu ketika ditemui di rumah datuk Dayana di Kampung Chempaka di sini kelmarin.

Menurut beliau, arwah yang merupakan anak sulung daripada empat beradik itu masih bercuti Aidilfitri dan sedang menunggu tawaran baru untuk berlakon.

"Pada bulan puasa lalu, arwah mahu memakai tudung untuk penampilan baru dan seminggu sebelum kejadian, arwah membaca al-Quran yang menyebabkan ibunya, Wan Norhayati Ismail berasa sebak dan hairan.

"Itu merupakan petanda yang Dayana akan meninggalkan kami buat selama-lamanya," katanya.

Dalam kejadian itu, selain Dayana yang rentung, dua lagi yang terkorban ialah warga Amerika Syarikat yang juga pekerja pelantar minyak di Terengganu, Gonzales Christopher, 25, dan Tengku Samsu Tuan Ibrahim, 25, dari Tanah Merah, Kelantan. Christopher dikatakan sedang membuat kajian mengenai belut.

*****************************************************************************************

Sama-sama lah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah Dayana. Semoga dosa-dosanya yg lalu diampuni Allah s.w.t & semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yg beriman.

p/s: Sebak jgk nengok Amanda. Di usia muda yg masih tidak mengerti apa-apa sudah kehilangan ibu yg tersayang..

(read more)

Tuesday, October 20, 2009

Band dari UTHM, Nrocinu di Muzik-muzik TV3

Gambar di atas hanya hiasan semata-mata.Tiadan kaitan dengan mana-mana individu.

Masih ada lg kah yg tertanya-tanya apakah itu UTHM? Oh, jgn malukan diri sendiri la. Kalau rasa tinggal kt Malaysia at least tahu la apa maknanya. UTHM tu Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. So what? Dahulunya dikenali sebagai Kolej Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (KUITTHO). Universiti kt Parit Raja, Batu Pahat Johor.

Apa yg aku nak cakap ni actually? Takde la. Td tu saja je pembuka kata.Hahahaha.. Ok, straight tu the point. Salah sorang student electrical engineering kt UTHM dikenali sebagai Roll (Kamarul Ariffin Borhan Nordin) telah menubuhkan band bernama Nrocinu dimana dia adalah vokalis band tersebut. Ops, dia bukan sama batch dgn aku ok? Kira Roll ni senior aku la. Dah lama pun dia grad.

NROCINU

Baru-baru ni, Nrocinu telah menerima pencalonan terbaru Muzik-muzik dengan lagu mereka "Kenangan di KUITTHO". Bangga la jgk.Hehe.. Dapat jgk mempromosi UTHM di mata masyarakat. Tak gitu? lalala.. Mereka juga telah menjadi juara dalam rancangan realiti tv, Rock Unite (2006) dan menerima hadiah wang tunai RM100000.






Berkenaan dengan Nrocinu:

Penubuhan: Ditubuhkan pada tahun 2002, Petaling Jaya, Selangor

Band's members: Roll (Kamarul Ariffin Borhan Nordin) (vokal & gitar)

Shah Sidious (Gitar)

Alan (Bass)

Zali Dethstroke (Drum)

Anugerah: Juara Pertandingan Rock Unite (2006)

Album: Langkah Mulaan

Trivia: Nrocinu bermaksud Unicorn (perkataan terbalik) iaitu kuda bertanduk satu di dalam mitos dahulukala.

(read more)

Sunday, October 18, 2009

Manisku bukan madu & pahitku bukan hempedu


Entah mengapa, semalam sebelum melelapkan mata, kenangan silam bermain-main di benak fikiran. Kenangan yg tak mungkin akan aku temui lagi. Kerana itu semua kenangan. Sejarah. Sesuatu yg hanya boleh dikenang & diingati. Tak mungkin lagi berulang dengan keadaan yg sama.

Kalau difikirkan kembali, terlalu banyak kenangan aku dulu.. Sejak sebelum bersekolah hingga la ke saat ini. Of course, ada pahit manis nya. Alangkah best nya kalau dapat ingat kembali kenangan semasa menjadi bayi. Tapi itu mustahil la. Masa bayi apa yg tahu..nangis je la.. nak susu..yg tu konpem la..hehe

So, aku tulis kt sini secara spontan kenangan yg aku fikirkan semalam. Maybe ada lagi tapi aku tak terfikir. Hanya ini yg dapat dikenangkan buat masa sekarang.Hee


Kenangan manis..



- Mendapat ciuman di pipi serta pelukan dari seorang wanita..

- Mendapat keputusan yg cemerlang di dalam PMR & SPM.

- Dihadiahkan "kekasih ke-2" oleh umi & abah..lalala

- Dapat bertentang mata & bersalaman dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat.



*update

- Dapat beli hp idaman masa sekolah dulu dengan hasil titik peluh sendiri.. Hp nokia 3200 je pun..huhu! tp masa tu kira top jgk la.. Harga RM550.00 (2005)


Kenangan pahit..


- Lemas ketika musim banjir masa kecik-kecik dulu.

- Terkena duri durian di pipi. Ni sepupu aku punya pasal la.. Ada sedikit parut yg masih kekal sampai sekarang.huhu!

- Terduduk kt atas cerek air yg panas..hehe

- Kepala tersangkut kt celah tiang masjid. Selalu bermain kt masjid (budak-budak kan..)

- Kepala tersangkut kt celah tiang pagar balkoni rumah sepupu.. (Biasala budak-budak..apa nak dikata..)

- Kawan karibku yg sungguh rapat meninggalkan aku buat selama-lamanya.. Kami berdua punya gaya yg sama, sekepala, "sepesen". Kami berdua juga amat rapat hinggakan org yg melihat kami berdua boleh tersalah paham yg kami adalah pasangan gay..hehe


* al-fatihah kepada kawanku, Mawardi bin Rosli.. Moga dikau ditempatkan di kalangan orang-orang yg beriman..


Maybe korang pun ada kenangan tersendiri kan? Kongsi la kt sini.. Nak jgk tau..hehe



p/s: Kenangan-kenangan yg aku tulis kt atas tu hanya ringkasan saja. Maybe menimbulkan sedikit persoalan & tergantung. Full strory nya boleh korang tengok kt ruang profile aku. Klik saja di sini. Kt ruang profile aku tu aku kongsikan kisah hidup aku yg tak seberapa ni. Apa yg aku cakapkan di situ hanya la untuk dikongsi bersama. Tiada niat untuk bermegah ataupun merendahkan diri serendah-rendahnya.. Aku hanya la insan biasa yg hina.

(read more)

Thursday, October 15, 2009

Perempuan memang leceh..Betol kah?


Perempuan leceh? Kenapa boleh jadi begitu? Of course yg mengatakan perempuan tu leceh tak mungkin seorang perempuan. Mesti la lelaki. Paling kurang pun pondan.Haha.. Perempuan-perempuan pula jangan la cepat melatah apabila mereka dikatakan golongan yg leceh. Maybe ada baik buruknya kelecehan korang.Hehe!

Apa yg aku cakapkan tentang kelecehan perempuan ni bukan 100% dari pengalaman yg melibatkan diri aku sendiri. Ada juga dari pemerhatian aku terhadap org lain, dari kata-kata mereka yg merasakan perempuan ni leceh.Oh ya, bukan semua perempuan itu leceh tapi kebanyakkan la. Betol kah?

- Perempuan kalau dah mandi memang akan menggunakan masa mandi dengan sebaik mungkin. Punya la lama dalam bilik air. Kalau tinggal sorang takpe jgk. Yg harunya kalau berkongsi bilik air mcm tinggal kt hostel. Leceh ke?

- Pakwe/suami ajak keluar makan or dating. Tunggu punya tunggu tak muncul-muncul. Rupa-rupanya tak siap lg ber make-up & bersiap. Tu kira ok lg. Kalau br sudah mandi lg naya yg si lelaki tu. Leceh...nya.

- Kalau pergi shopping complex or mall, kaum perempuan memang pantang nengok pakaian terutamanya kasut atau selipar. Betol tak? Mesti lepak kt kedai kasut lama-lama. Tenung merenung, tilik-menilik.. Tengok gaya mcm nak beli 10 pasang kasut. Last-last satu pun tak. Hehe..

- Suka menilik wajah. Tak kira di mana sahaja terutamanya ketika hendak pergi ke sesuatu tempat. Sampai kt kedai runcit, tengok cermin dulu. Toleh kanan, toleh kiri.. Betolkan tudung.. Lepas tu toleh balik. Kalau sorang-sorang takpe. Kalau ada kawan or teman tak pepasal jenuh si kawan tu menunggu.

- Orang lelaki tak kesah kalau pakai baju yg sama ntuk 2-3 hari tapi lain pula dengan perempuan. Pakai baju kurung setengah jam je pagi tu ntuk ke kedai. Balik je terus humban dalam bakul or mesin basuh. Petang tu nak keluar makan ngan kawan pakai baju lain pulak. Boleh tahan basuh pakaian la kalau gitu. Betol ke?

- Tak berani nak tido lewat malam. Kenapa? Takut tak kelihatan cantik keesokkan hari.Haha.. takut muka sembab la. Takut mata bengkak la. Malu org lain nengok nanti. Kalau tido lewat jgk, mesti cancel semua plan yg nak buat hari esok tu. Kalau yg suka tido lewat, mesti susah nak ajak pergi mana-mana keesokkan hari tu. Yela, macam mana nak keluar kalau muka pun bengkak semacam je. Hehe..

Betolkah apa yg aku tulis kt atas tu? Tak semua perempuan begitu. Sesetengah atau kebanyakkan la..hehe.. Tapi bagi aku, semua tu ada baik buruknya. Betol kan? Jangan bengang ngan aku pulak. Sekadar suka-suka dalam serius dalam suka.Hihi



(read more)

Penantianku berakhir sudah..yeay!

+kukiri & kaukanan

Wow! Sungguh tenang aku rasa buat seketika. Baru je selesai present Projek Sarjana Muda I (Final Year Project) tadi. Balik je, lepak-lepak petik gitar, lepas tu solat Zohor & terus menerkam papan kekunci PC aku neh. Sakit minda memikirkan projek yg tak sudah-sudah ni. Semester depan kena buat hardware pula & present PSM II.

Nasib baik semuanya berjalan dengan lancar tadi.Alhamdulillah.. Cuma perlukan sedikit improvement. But it doesnt't matter for me.Hehe.. Boleh tinggalkan seketika projek ni & tumpukan pada test & final exam pula. Sehari dua ni aku sedikit busy tapi masih sempat melayan Mello's.

Kepada mereka yg aku tak terlayan, separuh layan, layan tak seberapa, aku minta maaf. Teramat busy. Terutamanya mereka yg kt shout mix, benda tu selalu bergerak-gerak ke bawah. Tak terkejar daku.kakaka.. Kepada geng-geng klik-klik, teruskan misi anda. Aku tetap akan mengelik anda juga.



Itu saja yg aku mau cakapkan. Maybe malam ni aku akan update mello's lg. Maybe kah entri "panas" lg? Hehe..



*to my first lover, this song is special dedicated for you.

(read more)

Wednesday, October 14, 2009

Adikku merampas & menodai kekasih ke-2 ku!


Dua hari yang lepas, aku menerima kiriman MMS dari adik lelaki aku yg berada di kampung. Dia masih belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di sana. Tapi bukan itu yg aku mahu ceritakan. MMS yg dihantar olehnya itu betol-betol membuatkan aku tak keruan. Kekasih ke-2 ku yg aku rindui sudah menjadi miliknya.. Tidak.

Aku melihat wajah kekasihku itu. Tampak lebih berseri. Nampak lebih ceria berbanding ketika bersama ku dulu. Aku tau, aku berada jauh darinya tapi tak bolehkah setia seperti kekasih pertama ku? Apa dikau sudah lupa saat kita bersiar-siar bersama? Apa dikau sudah lupa kita berpanas berhujan bersama-sama?

Tinggalkan cerita itu dulu. Sedikit kesah adik ku td. Beberapa bulan yg lepas, adik ku telah menerima sebuah motosikal 135LC pemberian ayahku. Tempat pengajian adik ku itu mengambil masa 40-50 minit dari rumah akan tetapi dia stay kt rumah sewa sekitar tempat dia belajar. Hujung minggu dia akan pulang ke rumah dengan menunggang motosikal terbabit.

Suatu hari itu, adik ku yg sedang menunggang 135LC itu manakala kawannya menjadi pemboncengnya sedang dalam perjalanan ke tempat dia belajar. Tapi apakah nasib, seorang pakcik yg kurang berhemah dalam menunggang motosikal telah melakukan satu kecuaian.. Dan result akhirnya ialah motosikal yamaha 135LC adik ku itu berkecai. Adik ku patah ibu jari tangan,badannya luka teruk, tulang belakangnya ada sedikit masalah manakala kawannya itu berlumuran darah di kepala & muka tapi masih bernyawa sehingga ke hari ini. Alhamdulillah.

Kasihan adikku. Agak hiba apabila aku menerima khabar dari ibuku dari kampung. 135LC nya itu telah dihantar ke kilang asalnya di Kuala Lumpur untuk proses pembaik pulih. Kenapa Kuala Lumpur? Kerana 135LC nya itu masih dalam tempoh warranty. Motor baru..Ngerti?

Jadi, kerana kehilangan 135LC nya itu (maybe untuk beberapa bulan), adik ku telah merampas kekasihku di kampung. Bukan setakat itu saja, kekasih ke-2 ku itu telah dinodai adik ku. Tapi aku tak kesah..Gembira ada la. Lagipun adik ku boleh jaga kekasihku itu kerana aku berada jauh di selatan Malaya.

Dulu

Sekarang

Oh, lupa nak khabarkan. Kekasih ke-2 ku itu ialah yamaha 125Z. Adik aku guna la beliau (maksud aku pinjam la..) untuk berulang alik ke tempat dia belajar sekarang. Adik aku telah menodai beliau dengan menukar coverset baru yg berwarna kuning. Memang nampak lebih ceria. Aku pun suka. kekeke

(read more)

Monday, October 12, 2009

Aku hairan... (Part 1)


Aku hairan, hairan & hairan. Tapi tak semestinya kehairanan aku tu satu kehairanan org lain. Jadi aku tak hairan la kalau ada yg tak hairan apa yg aku hairan. Sila baca point-point hairan aku kt bawah neh.


#1 Aku hairan mengapa setiap kali tiba hujung minggu, fikiran aku jadi relax & cool sikit tapi bila start weekdays, tiba-tiba rasa down & gelisah.

#2 Aku hairan most of students yg memiliki kereta sendiri masa belajar tp setiap kali isi minyak cuma RM5 atau RM10.

#3 Aku hairan mengapa sesetengah perempuan suka letak gambar seksi & over romance kt friendster,myspae,tagged,facebook & lain-lain. Bila gambar terbabit tersebar kt internet mulalah gelabah tak tentu arah.

#4 Aku hairan kenapa kebanyakkan org suka ambil gambar dari atas lepas tu mata mcm terbeliak sikit, mulut dimuncungkan & sebagainya. Nampak lebih cool ke mcm tu? (Kadang-kadang aku pun rasa begitu tapi aku takde la obses ambil gambar dr atas..hehe!)

#5 Aku hairan mengapa hujung-hujung semester aku mesti order nasi goreng kampung & telor mata je..hmm

#6 Aku hairan mengapa senang nak ucap "i love you" atau "sy sayang awak" kt awek/pakwe tp susah nak ucap kt mak & ayah.. (Bukan korang la, aku je..)

#7 Aku hairan tengok sesetengah org suka letak file banyak-banyak kt desktop pc/laptop.

#8 Aku hairan mengapa masih ada org yg taip "www." kalau nak buka site kt internet. Kan senang je kalau taip je nama site tu then tekan ctrl+enter. Contohnya taip je mushmello.blogspot kt address bar tu then tekan ctrl+enter.

#9 Aku hairan mengapa sesetengah perempuan suka pakai seluar pendek kt shopping complex atau mall tp pakai sweater pulak.. Sejok bahagian atas je eh?

#10 Aku hairan org guna handphone mahal-mahal tp topup RM3 atau RM10 je.

#11 Aku hairan dgn org yg suka bersosial, clubbing, minum arak & tak puasa tp bila tibanya hari raya, bukan main lg buat persiapan nak raya, heboh sana heboh sini mcm dia sorang je nak raya.

#12 Aku hairan dgn org yg tak arif pasal ilmu agama, cetek pengetahuan tentang selok belok hukum hakam agama tp suka mencaci, maki hamun & bangkang para alim ulama nak-nak bila para ulama buat kenyataan yg tak menetapi nafsu mereka. Weh, kalau rasa diri tu tak cukup ilmu agama, jgn la mudah menentang apa org yg arif pasal agama cakapkan. Kaji dulu apa yg alim ulama ckp.Jgn paham ikut nafsu korang je. (Aku lg la cetek pasal ilmu agama neh..hm)

#13 Aku hairan mengapa org yg masih sempurna anggota badan tp mintak sedekah kt tepi-tepi jalan.Mampu lg kan kerja?

#14 Aku hairan mengapa org gantung biji tasbih kt dalam kereta. Apa fungsi tasbih tu kalau letak dalam kereta eh?

#15 Aku hairan, mengapa sekeliling mangkuk jamban depan bilik aku masa aku tinggal kt hostel dulu penuh dengan taik.Kuat benar meneran sampai tempias di luar kawasan lubang jamban.

#16 Aku hairan mengapa org yg baca entri-entri aku ni malas nak bagi komen.Bukan susah pun..hehe..

Itu je la kot yg aku hairan buat masa ni. Maybe ada lg benda lain tp tak terfikir lg. Lagipun dah lewat pagi ni. Menaip sambil tengok-tengok jam. Esok ada kuliah.. Tido mesti awal.. Err, pukul 3 pagi tu kira awal lg bg aku. Hairan jgk..

(read more)

Saturday, October 10, 2009

Elain Daly berbogel dalam filem Cahaya


Semalam, masa makan dgn kekawan kt sebuah kedai makan area sini, ada la sekumpulan perempuan kt satu meja..sedang menunggu oder siap la.Takkan duduk situ semata-mata nak layan Nur Kasih kot? hehe.. Tak lama lepas tu, ada sorang lelaki datang..Fuhh! Gayanya macam seorang artis.Dengan cermin mata gelap (Apa ke hal nya pakai spek hitam malam-malam?), macam tercari-cari seseorang..Kt tangan dia ada sejambak bunga ala-ala bunga yg nak bagi kt org konvo tu..Oops! Luna, daku minta maaf kerna tidak ku bagi sejambak bunga masa kamu konvo hari tu..Sila tuntut 2 atau 3 tahun lg eh? lalala

Rupa-rupanya, lelaki tadi mencari aweknya yg salah sorang dari sekumpulan perempuan tadi.. Dia pergi ke sisi salah sorang perempuan tu & menghulurkan bunga tadi (bukan sekuntum tp sejambak) kepada perempuan tu.Awek dia la tu.. Wow! Romantik tak boleh blah.. Dah la kt kedai makan ala-ala kedai kopi je, kalau restoran 5 bintang pun boleh tahan jgk nak wat camtu. Takpe la, dia anak org kaya.. Siapa la aku yg mau komplen-komplen org lain..

Ok, tengok kepada tajuk entri aku ni, pasti ada yg mula menyangka yg blog aku ni adalah blog lucah.Err, lucah ke? Nak-nak sebelum ni ada beberapa entri yg "panas" & berunsur 18 tahun ke atas. Aku bukakan minda aku untuk bercakap mengenai perkara sedemikian kt sini. Lagipun aku tau takde budak-budak pra-matang yg singgah kt blog aku neh. Bukannya aku letak video lucah pun kt sini.Takkan sesekali aku buat sebegitu.hee

Elaine Daly berbogel dalam filem "Cahaya"? Betolkah? Aku dah tengok trailer filem Cahaya tu. Wow! Adakah aku menonton trailer movie hollywood? Aku rasa, movie ni patut dikategorikan sebagai 18sx. Budak-budak memang TAK PATUT nonton filem ni.

Screenshots filem "Cahaya"




Filem Cahaya yg diarahkan oleh Johan John ni mengisahkan tentang Salleh (Khir Rahman), seorang reflexologist yg buta yg tinggal dalam dunia kegelapannya tetapi percaya tentang cahaya kehidupan serta Maria (Elaine Daly), seorang yg tinggal dalam dunia yg penuh warna-warni tapi hanya kegelapan yg ada dalam hidupnya.

Di bawah adalah trailer filem "Cahaya"



So, apa pandangan korang? Elaine Daly mmg agak berani untuk membawa watak tersebut dalam filem ni. Agak-agak la kan, filem ni lepas tak kalau masuk kt Malaysia? Kalau lepas pun mesti adegan-adegan tu dah ditapis......kot.



p/s: Err, masa cuti hari tu aku pergi la satu cyber cafe kt area rumah aku tu.. Online sambil jenguk-jenguk mello's. Bila aku buka je entri 'minuman & mainan untuk gay' tiba-tiba browser internet tertutup dengan automatiknya. Rupa-rupanya kt cyber cafe tu tauke dia dah set kan internet kat situ tak boleh buka apa-apa site yg mengandungi perkataan lucah. Gay pun tak boleh? Apa la.. Block je la I.P adress site lucah..Jgn sampai ke sekecil-kecil perkataan pun kena block jgk.Hm!

(read more)

Friday, October 9, 2009

Melda Ahmad pencabar Yuna?



Melda Ahmad? Siapakah dia? Oh, dia bukan awek ke-3 ku..hehe.. Melda atau nama sebenarnya Imelda Ahmad adalah seorang singer yg sedang meningkat naik sekarang. Dia mula menyanyi ketika dia berusia 5 tahun. Pada mulanya, menyanyi neh hanya la hobi nya tp lama kelamaan hobinya itu akhirnya menjadi kegilaannya. Melda juga mula aktif menyanyi sejak sekolah rendah lagi. Semasa di sekolah menengah, Melda pernah menyertai persembahan lakonan, nyanyian & memenangi beberapa pertandingan.



Ok, cukup sedikir latar belakang tentang Melda..Hp num. dia tak dapat aku share kan di sini..Beliau tak bagi.hahahaha..Korang boleh layan 3 lagu Melda yg aku letakkan di sini iaitu "Kimia", "Putus" & "Kau & Aku". Single "Kau & Aku" adalah gandingan Melda Ahmad bersama Sugar Love Cookies.


Melda Ahmad - Kimia



aku mula jatuh hati kepadamu
setelah kau kata cinta padaku
masing-masing dulu punya pasangan
akhirnya kita bersama
pertama kali kita bersua bertentang mata
terasa ada kimia di antara kita

kau kucup pipiku
kau bisikan cintamu
kau kata baby I love you
kau cairkan hati ku

bahagia,
kurasa,
disaat kita berdua bersama
memandang bulan terang
menyaksi bintang-bintang
kau seru akulah pelangi cintamu

kau kucup pipiku
kau bisikan cintamu
kau kata baby I love you
kau cairkan hati ku

bahagia,
kurasa,
disaat kita berdua bersama
memandang bulan terang
menyaksi bintang-bintang
kau seru akulah pelangi cintamu

Download mp3 Melda Ahmad - Kimia here




Melda Ahmad - Putus



aku duduk sendirian di kamarku,
menangis kesepian kernamu,
kau tinggalkan aku,
kau cari yang lain,
tergamak mu merobek hatiku.

aku duduk sendirian di kamarku,
menangis kesepian kernamu,
kau tinggalkan aku,
kau cari yang lain,
tergamakmu merobek hatiku.

tapi setelah kau pergi aku
mendapat lebih baik darimu..
dia hargai aku,
dia sayangi aku
lebih daripada mu,
aku ingin kau tahu betapa ku gembira,
tidak lg bersamamu,
namun pastinya nanti kau akan sedari,

yang kau perlu cintaku,
yang kau perlu cintaku,
yang kau perlu cintaku…

Download mp3 Melda Ahmad - Putus here



Sugar Love Cookies feat Melda Ahmad - Kau Dan Aku



(P)
BERLARI LARI AKU MENGEJAR MU DI DALAM MIMPIKU
BINTANG2 TERTAWA MELIHAT TINGKAH LAKU KITA BERDUA
SANG PURNAMA TURUT MENYINARI TAMAN CINTA KITA
INSAN TERTAWA KERIANGAN KERANA KITA SEDANG BERCINTA

(L)
SAAT PERTAMA KITA BERJUMPA ENGKAU MENINGGI DIRI
KATAMU AKU TAK LAYAK UTK MEMILIKI CINTAMU
TAK KU PEDULI KERANA ENGKAU YANG TETAP KU MAHU
AKHIRNYA KINI ENGKAU TELAH PUN MENJADI
MILIKKU

(L/P)
AKU TAKKAN PERNAH
MELUKAKAN PERASAAN
HATIMU
KERNA KU MENCINTAIMU

Download mp3 Sugar Love Cookies feat Melda Ahmad - Kau Dan Aku here


Ada desas desus yg mengatakan bahawa Melda Ahmad bakal menjadi pencabar kepada Yuna. Bagi aku, kedua mereka punya gaya & identiti tersendiri... Apapun, keduanya best! hehe

(read more)

Thursday, October 8, 2009

Hiris tangan sendiri: Okestra berdarah


Cuba korang bayangkan, korang tengah syok layan cerita Nur Kasih, tiba-tiba ada seorang lelaki ni hiris tangan nya depan korang. Darah terpancut-pancut membasahi baju serta muka. Best tak? Pasti kita yg tengok pun terasa ngilu apatah lg kalau tangan kita sendiri yg dihiris kan? Hehe!

Wow! Memang takjub bila lelaki td boleh wat muka relek bagai melepas kentut pulak padahal tangan dah luka berdarah disebabkan hirisan td. Tapi tak mungkin la situasi sedemikian betol-betol boleh terjadi ngan korang. Maybe video yg aku nak paparkan ni je korang leh tengok mcm yg aku cakap td.

Mamat dua ekor ni wat persembahan "menghiris lengan" seiringan dengan bunyi biola. Mungkin ada di antara korang yg pernah tengok video ni. Bagi yg belum tengok, sila-silakan lah tengok. Video ni sedikit 18SG. Tidak sesuai bagi kanak-kanak yg masih dalam proses pra-matang.

Di bawah adalah video terbabit:



Ngeri tak? Kali pertama aku tengok mmg terasa ngilu mcm lengan aku pulak yg dihiris. Kali kedua tengok pun masih rasa mcm tu jgk.. Kali ketiga aku masih tak dapat tafsirkan apa yg aku rasa. Maybe ada terasa sedikit lawak di situ.hehe



* Dua orang lelaki dalam video di atas adalah magicians dari Scotland, Barry Jones & Stuart MacLeod. Mereka berdua juga dikenali sebagai "The 2 Magicians" dimana mereka cukup popular dengan silap mata mereka yg pelik, "dark and sinister performing style" dan "bloody tricks".

(read more)

Tuesday, October 6, 2009

Aksi panas di depan mataku!


Ok, ni kesah btol punya eh..aku tak melawak ngan tajuk entri aku ni..hehe.. Aksi terbabit memang btol-btol terjadi kt depan aku, so aku ngan slumbernya rekod je la video aksi panas terbabit ngan kamera Sony Cybershot DSC-S730 7.2 mega pixels yg memang tersedia kt tangan aku tuh. Kejadian tu terjadi masa cuti raya hari tu. Lokasinya kt sekitar rumah bapa saudara aku. Punya la syok beraksi sampai tak pedulikan aku tengah rakam aksi romen dorang.haha

Sebelum aku cerita lebih lanjut pasal tu & sebelum korang nengok video yg aku rakam tu, kt sini aku ingin informkan yg mello's ada side project. Side project pertama iaitu Wow! Bundle sudah berada di alam maya ni. Nak tgk sila klik sini. Wow! Bundle menjalankan urusan menjual barang-barang bundle (mostly clothing) & of course, barang-barang yg dijual tu bukan sebarang barang.kakaka..



Side projek tu di anggotai oleh beberapa makhluk misteri termasuklah admin blog udoh ni.huhu! Ada masa sila silalah jenguk ke blog tu eh? Nak beli barang kt situ pun boleh..hehe.. Baju ada,spender,seluar,sweater,kasut & so on. Lepas ni, maybe akan ada banyak lagi projek Wow! tp depends la rajin tak aku nak wat.

Ok, berbalik kepada tajuk entri. Memang dasyat mereka berdua beraksi. Main atas pasir je. Gigit-menggigit, cakar-mencakar, guling mengguling.henjutan pun ada! (err?). Video terbabit ada aku sertakan di sini untuk tatapan korang tapi sound nya aku dah buang untuk keselesaan korang semua.hahaha

video nya di bawah..




Mmg melampau kan? hehe.. Kot ye pun nak wat benda tak elok gitu cover la sikit..lalala

p/s: maaf sbb entri kali ni mcm melampau sikit..haha

(read more)
 

Kembali ke atas




Side Project under mello's: Wow! Bundle