Wednesday, September 30, 2009

Tuala idaman lelaki?


Terlebih dahulu aku ingin nyatakan satu amaran disini. Imej dlm entri ni mungkin dikategorikan sebagai 18ass-ex, mungkin mengganggu sensitiviti sesetengah individu tidak kira usia, jantina mahupun rupa.hehe..Siapa-siapa yg tak sanggup jgn nengok, abaikan entri ni & skip ke entri-entri lain.lalala

Ya, gambar tuala je. Tapi mcm pelik sikit tuala ni kan? Alah, design dia je yg unik. Jangan fikir bukan-bukan ok? hehe



Satu lg gambar tp sedikit extreme!




Rasa-rasanya ada tak siapa-siapa nak tuala ni? Simpan wat koleksi ke..hakhak

p/s: err, tuala idaman perempuan takde ke? lala

(read more)

Tuesday, September 29, 2009

Himpunan kad raya 2009


Kt sini aku letakkan kesemua kad-kad raya yg aku terima dari korang. Kalau korang perasan, kad-kad raya ni adalah kad raya yg aku letak kt sidebar blog aku neh. So, aku pindahkan ke sini. Terima kaseh kepada semua pemberi kad raya! Tahun depan jgn lupa bagi lg eh?

Kad raya yg terawal aku dapat aku letakkan di atas sekali & yg latest adalah yg paling bawah. Kad raya korang semua mmg lawa-lawa. Korang mmg best! Muahahahaha..~



From Afifee






From Cinta Lea Ixora






From Ieda






From Cutiesifa






From Din



Kad Raya


Kalau ada siapa-siapa yg nak bg kad raya kt aku untuk edisi raya '09 ni just informkan aku eh? Aku akan letakkan kt sini.

(read more)

Thursday, September 17, 2009

Happy Raya Day '09 to all Mello's readers


yeay yeay! Raya! Mak mak, nak biskut chipsmore bolehh? hehe..mcm kanak-kanak susu tepung nespray plak kan kalau korang beraksi begitu kan? Aku tak mungkin la wat perangai spastic mcm tu.lalala..gurau je lah! hee.. Entri ni matbe last entry sebelum aku balik ke kampung.Kan dah nak raya ni.Mesti la balik kampung..Lain la kalau kampung aku ialah universiti terchenta neh.Boleh aku guna dewan DKF tu wat open house.Dewan tu kan besar..siap ngan aircond sekali.Hahaha..

So, sempena hari lebaran ni aku ada merekabentuk sekeping kad raya di alam maya ni.Special untuk manusia-manusia di alam maya ni khususnya kawan-kawan yg terdiri daripada golongan yg exchange link ngan aku, para followers yg sesetengahnya hanya follow saja (takpela..nak buat mcm mana..hm!), para silent readers yg misteri lg aneh, para insan tak dikenali yg suka berjalan-jalan kt shoutmix tu & siapa-siapa saja la yg rasa nak kad raya neh.

Yup! Memang kad raya ni tak menarik.So what? hehe..Perlukah lg aku jelaskan cara-cara nak amek kad raya terbabit? Ku rasa tak perlu.Walaupun tak perlu, aku jelaskan jua.Just copy codes yg tak menarik kt bawah tu & paste kt blog korang untuk mendapatkan kad raya yg comel terbabit! hihihi.. Kalau boleh, jangan adjust saiz beliau kerana jika diubah, kad raya yg comel tu takkan comel lg.




<a href="http://mushmello.blogspot.com/" target="_blank"><img src="http://i166.photobucket.com/albums/u105/ikhwan241001/kad-raya.gif"></a>




Selain daripada itu juga, disini aku ada beberapa kata putus terhadap insan-insan yg ter-singgah blog aku neh.Oh, baca saja point-point dibawah sampai tamat.Ada berani?

#1 Kepada mereka-mereka yg selalu singgah & sapa aku kt shoutmix tu, apa salahnya korang klik je butang "follow" tu? Boleh kita menjalinkan ikatan silaturrahim yg erat di alam maya ni..Kawan aku & kawan korang pun akan bertambah rite?

#2 Kepada mereka-mereka yg ada permintaan ataupun pesanan, jgn tinggalkan kata putus korang kt shoutmix.Maybe aku akan terlepas pandang.Bila aku terlepas pandang, kemungkinan sederhana besar korang akan ter-fikir yg aku ni sombong ataupun hidung tinggi.. (huhu!).Just tinggalkan kata-kata korang kt ruang komen di sini.

#3 Sesiapa yg mau tukar link (exchange link) ngan aku, tak payah susahkan diri korang inform aku kt shoutmix.Letak je link blog aku kt blog korang & then bg nama & url blog korang kt ruang exhange link kt sini.

#4 Kalau boleh, jgn komen/diskus pasal entri yg aku buat kt shoutmix.Bagi je terus komen kt ruang komen entri-entri terbabit.Kalau ckp kot shoutmix, maybe aku terlepas pandang sbb benda alah tu selalu bergerak-gerak ke bawah.

#5 Sesiapa yg letak sponsor ads kt blog & nak aku klik, just inform aku eh? Tp korang pun kena klik aku punya sponsor jgk.. Tema kejujuran amat diutamakan di sini.. ( business2! hehe)

Ok, tu je la kot..

Kalau ada lg & kalau sempat aku tambah lg point-point terbabit.Maybe mello's takkan terupdate buat masa seminggu kejapnya. Dah admin dia blk kg nak beraya, mana la sempat nak update blog.Tengah syok beraya katakan.. Lagipun aku kena tumpukan misi aku masa hari raya neh iaitu misi mengumpul deduit.Hehe..takdela.Tak sabar nak balik neh. Dah bertahun lamanya aku tak balik kampung (mcm tipu je?).

Rindu tu mesti la rindu kt famly terchenta, kampung halaman, my second lover (125z merah!), kucen aku yg berbaka american teddy tu yg selalu mengiau-ngiau kegersangan sebab dia sekor-sekor je kt rumah (beliau tu betina, maybe raya ni beliau akan dapat teman..yeay!) & mcm-mcm lg la yg aku rindu. Hah, jamban kt umah pun aku rindu jgk.hehe

So, selamat hari raya aidilfitri kepada korang yg tengah baca entri ni sekarang.Aku minta maaf kalau ada terkasar bahasa & salah silap samada secara lansung atau tidak lansung selama aku menceburi bidang penternakan cacing neh. (Ckp pun dh meracau sbb tak sabar nk balik..hahaha!)

Assalamualaikum! (^_^)

(read more)

Wednesday, September 16, 2009

Ah! Nak letak codes tp imej pula yg muncul..Ini caranya!


Tersebut sebuah kesah fantasi seorang blogger, en.milo yg ingin mengurniakan award terhadap rakan-rakan seblogger.Tapi citarasa en.milo berlainan sedikit drpd blogger yg lain dimana jika blogger yg lain hanya share photo award sekeping terhadap rakan-rakan & sesiapa yg terima award tersebut perlu copy link photo tersebut, tetapi en.milo ingin alternatif lain iaitu dengan meletakkan codes award tersebut di dalam laman blog nya & ini akan membuatkan penerima award lebih senang untuk menerima award tersebut; hanya copy codes tersebut & paste dimana-mana.Tapi boleh kah beliau berbuat sedemikian?

Jika meletakkan codes photo di ruang posting, sesiapa yg berfikiran waras pasti tau yg akan appear bukanlah codes photo tersebut akan tetapi photo tersebut yg akan muncul.So, mcm mana nak setel kan persoalan neh? Oh, itu senang saja!

chop chop! Sila lihat gambaran di bawah. Codes itulah yg en.milo mahu share, bukannya photo itu sendiri.



Bukan imej diatas yg en.milo mahu share tapi imej punya codes di bawah yg beliau mau share.



<a href="http://mushmello.blogspot.com/" target="_blank"><img src="http://i166.photobucket.com/albums/u105/ikhwan241001/my-award.gif"></a>




Ok, cara-cara untuk masukkan codes ke dalam blog anda mcm neh..


1. Buka notepad anda

2. Taipkan codes di bawah dengan menggunakan notepad


<a href="http://mushmello.blogspot.com/" target="_blank"><img src="http://i166.photobucket.com/albums/u105/ikhwan241001/my-award.gif"></a>

(tukarkan tulisan yg berwarna merah dengan url blog anda & yg berwarna biru dengan url imej anda)

3. Pergi ke site html encoder ( klik sini!)

4. Copy codes yg anda tulis kt notepad td ke dalam ruang encode input text & press encode.

Click to enlarge image

5. Codes yg terhasil selepas di encode tu anda bolehlah copy & paste ke dalam ruang posting anda.Ok, dah siap!

Cara-cara nak buat border untuk codes anda tadi

1. Just letak codes yg berwarna merah sebelum & selepas codes anda td.Alah, cer tgk kt bwh ni.

<div style="border: 2px solid black;">

(codes yg anda copy dari html encoder td)

</div>


2. Ok, dah siap-siap! Senang je kan..Hasilnya seperti di bawah.



<a href="http://mushmello.blogspot.com/" target="_blank"><img src="http://i166.photobucket.com/albums/u105/ikhwan241001/my-award.gif"></a>




p/s: err..kawan-kawan, jgn lupa amek award dr hamba kt sini.

(read more)

Tuesday, September 15, 2009

Raihan feat. Hujan: Salam Aildifitri Ayahanda & Bonda


Siapa sangka sebuah band indie boleh bersatu dengan kumpulan nasyid yg sudah tentu berbeza aliran muzik.Namun itulah hakikatnya bila band Hujan bekerjasama dengan Raihan merakamkan sebuah single sempena Hari Raya nanti.Single tersebut ialah ‘Salam Aidilfitri Ayah dan Bonda’ dimana bg aku melodi & liriknya boleh dikatakan agak ‘catchy’ & menarik.

Raihan & Hujan juga sempat merakamkan video klip untuk single tersebut dimana video tersebut menceritakan tentang keinsafan & kesedaran seorang anak terhadap ibu bapa nya yang bersusah payah menyediakan kelengkapan & persediaan Hari Raya demi kegembiraan & kebahagiaan anak mereka.Namun anaknya itu tidak menyedari di sebalik kegembiraan untuk menyambut Hari Raya itu, kedua ibu & bapa nya telah bersusah payah & berkorban untuk mencari wang untuk persiapan Hari Raya.Setelah dewasa barulah si anak itu tadi menyedari & memahami akan pengorbanan ibu bapa nya untuk melihat anak mereka bergembira di hari lebaran.


(starting mmg takde bunyi lg,saat ke 26 br kluar muzik)


Raihan & Hujan: Salam Aildifitri Ayahanda & Bonda

Terkenang di ketika itu
Ku dimanja dan disayang selalu
Apa saja kemahuan diri
Akan cuba dipenuhi

Walau hidup dalam kesukaran
Kau kan cuba tuk membahagiakan
Demi anak-anak yang tersayang
Kau berdua kan berkorban

Tetapi baru ku sedari
Tidak mungkinkan terbalas budi
Pengorbanan mu tiada ternilai
Hanya tuhan kan membalasnya

Chorus

Salam aidilfitri
Ayah bonda yang dicintai
Maafkanlah anakmu ini
Kerna belum cukup berbakti

Pabila menjelang lebaran
Baju baru kan disediakan
Walau mungkin kami tak mengerti
Keperitan saat itu

Namun wajah mu terus bercahaya
Oh sucinya kasih sayang itu
Dibibir mu kan menguntum senyum
Andai nya anak-anak mu bahagia

Chorus

Salam aidilfitri
Ayah bonda yang dicintai
Maafkanlah anakmu ini
Kerna belum cukup berbakti



Berikut adalah temubual antara Hujan & Raihan dengan MStar:


MStar: Mudah atau tidak untuk bekerjasama antara satu sama lain?

Raihan: Alhamdulillah, masing-masing ada idea yang sama dan senang untuk berbincang dengan kumpulan Hujan. Dalam masa seminggu sahaja kami sudah berjaya menyiapkan lagu ‘Salam Aidilfitri Ayah dan Bonda’ ini.

Hujan tiada masalah untuk menghayati lagu itu kerana selepas dua hingga tiga kali berbincang, mereka lebih menumpukan kepada susunan muzik manakala Raihan lebih kepada vokal.

Lepas ni, insya-Allah kami akan terlibat untuk bekerjasama dalam membikin klip video lagu itu pada minggu hadapan di sekitar Kuala Lumpur.

Hujan: Kami rasa tak susah untuk berkolaborasi dengan Raihan cuma agak segan dengan kerana mereka lebih ‘senior’ dan sangat terkenal di sini dan luar negara.

Memang dua atau tiga hari sebelum puasa semasa mereka memberikan lagu itu, kami rasa tak puas hati sangat tetapi lepas berbincang pada esok harinya tu, baru ‘ok’. Kami nak lagu tu ada ‘feel’ Hujan dan tak nak lagu itu dibuat ‘asal ada’ sahaja kerana kami mempunyai ‘feel’ sendiri. Lepas kami buat ‘demo’ baru, akhirnya mereka bersetuju...

MStar: Bila terfikir idea untuk bekerjasama melalui lagu raya ini?

Hujan: Pada tahun lepas, Raihan ada hubungi Noh untuk buat lagu itu tapi lama lepas tu kami tak mendengar apa-apa berita.

Lepas tu, Hujan pula sibuk dengan aktiviti lain hinggalah tahun ni kami berjumpa semula.

MStar: Adakah populariti Hujan yang membuatkan Raihan memilih band itu?

Raihan: Dari segi komersil memang kami memilih kumpulan itu disebabkan populariti mereka namun ‘pengikut’ masing-masing berbeza.

Hujan: Tidak. Saya rasa ‘chemistry’ yang ada selepas mereka berjumpa dengan Noh tahun lepas membuatkan mereka selesa untuk memilih Hujan.

Mereka hormati muzik kami dan mungkin itu yang membuatkan Raihan mahu berkolaborasi dengan kami.

MStar: Bagaimana dengan kos untuk menghasilkan lagu ini?

Hujan: Kami berkongsi bajet untuk membuat lagu ini. Kami juga masih belum dapat jumlahkan berapa kosnya kerana selepas ini Hujan dan Raihan akan terlibat dalam pembikinan klip video untuk lagu itu pula.

Insya-Allah, kita akan buat klip video itu berkonsepkan kampung di kawasan Kampung Baru. Kami belum berbincang mengenai pakaian, mungkin masing-masing akan mengenakan baju Melayu.

MStar: Adakah lagu ‘Salam Aidilfitri Ayah dan Bonda’ ini kedengaran seperti lagu raya indie?

Raihan: Bunyi lagu itu lebih menjurus ke arah rentak muzik 60-an, ada sedikit sentuhan muzik indie dan bergenre pop.

Lirik lagu ini pula lebih berkisarkan tentang pengorbanan ayah dan bonda untuk menggembirakan anak-anak di Hari Raya.

MStar: Mungkinkah Raihan dan Hujan mempunyai perancangan untuk bekerjasama lagi selepas ini?

Raihan: Insya-Allah, bukan sahaja dengan Hujan tetapi dengan banyak kumpulan lain lagi..

Hujan: Mungkin, kita akan bekerjasama lagi selepas projek ini kerana dah rasa rapat seperti abang kami. Mereka sempoi..

MStar: Ada perancangan lain pada masa akan datang?

Raihan: Pada Hari Raya ketiga nanti, Raihan akan berlepas ke London untuk membuat persembahan sempena Aidilfitri di Leicester.

Hujan: Album kami, ‘Mencari Konklusi’ akan berada di pasaran mulai dua minggu sebelum raya dan dilancarkan selepas raya nanti.

Selepas itu, kita juga akan mengadakan jelajah promosi di seluruh Malaysia bermula dengan Kuala Lumpur seterusnya Singapura dan Indonesia.


info from MStar online

(read more)

Monday, September 14, 2009

Minuman & mainan untuk Gay?


Sehari dua ni ada je tragedi yg mengusik jiwa amarah aku neh..Kenapa eh? Hari tu nescafe gold aku dah abis, so tinggal milo je.Ingat nak wat air milo.. (sahur makan roti cicah air je! huhu). Tengok-tengok gula dah abis.Keesokkan hari tu pegi kedai ngan harapan nak beli gula.Pegi kedai pertama, makcik tu ckp gula dah abis..Pegi kedai lain, habis jgk..Kedai lain-lain, abis jgk.Apa ni? Musim gula abis eh? Mentang-mentang la dh nak raya ni..Ke saja je sorok gula, nak tunggu harga naik br nk jual? Tak payahlah..So, nak tak nak, aku beli gula batu je ntuk wat air.Haha lawak jgk bila fikir benda neh.

Tadi masa nak berbuka pegi la ke kedai makan sekitar rumah sewa aku neh..Pukul 6.30 petang lg kt situ.Orang pun tak ramai sangat.Bajet dpt la berbuka on time.Tunggu punya tunggu order siap sampai la org azan masuk waktu maghrib, tak siap-siap jgk.Last-last pukul 7.45 p.m. br siap.Adoii..takpe la.Apa leh wat kan?

Esok, Luna akan naik flight dari kl ke Kuala Krai, Kelantan.Si Luna kena pegi ke project site kt sana & meeting kt Kota Bharu nanti.Fuhh, mcm bz je dia kan? So, before dia tido td aku call la.Biasala..berpesan-pesanan.Tngah syok bergayut tiba-tiba kredit abis.Time-time mcm ni pulak dia nak abis kan? Tp takpe.Kan celcom menawarkan khidmat credit advance RM2.00.Try la nk hutang kredit dlu 2 hinggit tu.Nak keluar topup malas la pulak malam-malam ni.Tunggu punya tunggu tak dapat-dapat gak credit advance tuh.caiitt! Nsb baik housemate aku sorang td nak ke kedai.Kirim kt dia je topup td.

Hm! Biasala tu dugaan nak-nak masa bulan puasa neh.Jadi aku dengan rela hatinya bersabar dengan semua benda yg terjadi tu.hehe..Ok, berbalik kepada tajuk entri aku neh.Tak sangka jgk eh golongan ni ada minuman & mainan khas untuk dorang.Aku ingatkan make up & pakaian je yg membuatkan mereka nampak lebih "menonjol" daripada org normal yg lain.hehe..Tapi aku tak tau la gambar-gambar kat bawah ni memang bermaksudkan begitu or just for fun only.



Satu lg gambar..




Mcm lawak la pulak kan? Maybe yg gambar minuman "so gay" tu tak disengajakan tp apa hal pulak ngan set sikat rambut tu? Ke ada maksud lain? Bajet ayat pelaris la tu..kakaka

(read more)

Sunday, September 13, 2009

Malam yg ganjil,Lailatul Qadar


Semasa entri ni ditulis, kita sebagai umat Islam sudah 23 hari berpuasa..Alhamdulillah.. Aku masih diberi kekuatan untuk memenuhi salah satu daripada rukun Islam neh.Ada lg ke antara korang yg masih tak reti puasa? Kalau ada bawa-bawa la bertaubat eh? Even sekali korang tak puasa di bulan Ramadhan ni dengan sengaja tanpa sebab yg dibenarkan, korang takleh ganti dah puasa tu even korang berpuasa seumur hidup pun.Ngerti?

Aku pasti, semua org yg bergelar Islam tau yg 10 malam terakhir di bulan puasa ni akan ada satu malam yg cukup ganjil, yg cukup diberkati Allah s.w.t iaitu malam Lailatul Qadar.Tapi tau kah korang mengapa malam tersebut dinamakan Lailatul Qadar? Ada sesetengah pendapat mengatakan bahawa Lailatul Qadar bermakna malam perlaksanaan & hukuman dan ada juga yg bermaksud malam penilaian.Maksudnya Allah s.w.t akan menilai segala yg dikehendaki-Nya dari urusan-Nya hingga tahun yg akan datang iaitu urusan maut,ajal,rezeki dan sebagainya.

Ada juga pendapat lain yg mengatakan bahawa malam Lailatul Qadar ialah malam kemuliaan & keagungan.Kemuliaan ni hanya la kepada org-org yg melakukan kebaikan & amal pada malam itu & org-org yg sentiasa merendahkan diri kepada Allah s.w.t.Beribadat & beramal pada malam itu lebih banyak pahalanya & lebih mudah dimakbulkan.Tapi mampu kah org seperti kita (aku act..) ni untuk bertemu dengan malam yg penuh rahmat tu? Renung-renungkan lah..

Tanda-tanda malam Lailatul Qadar secara umumnya terbahagi kepada dua iaitu tanda-tanda yg telah disebut di dalam kitab & juga tanda-tanda berdasarkan pengalaman & pengamatan individu yg berkenaan dgn malam tersebut.

Antara tanda-tanda yg telah dinyatakan dalam Al-Quran & Kitab:


1. Ianya berada pada setiap malam bulan Ramadhan dan juga pada sepuluh malam terakhir dalam bulan Ramadhan,lebih-lebih lagi pada malam-malam ganjil.
2. Pada malam itu banyak malaikat yang turun ke bumi dalam bilangan yang tidak terkira.
3. Suasana pada malam itu tenang, cuacanya pula tidak panas dan tidak pula sejuk.
4. Pada paginya pula,matahari akan kelihatan kurang menyinarkan cahaya kemerah-merahannya, ianya terbit tetapi tidak bersinar.Rasulullah s.a.w telah bersabda berkenaan dengan malam Al-Qadr; “ Malam yang dikabulkan segala doa, tidak panas dan tidak pula sejuk, dan matahari pada paginya kurang menyinarkan cahaya kemerah-merahannya ”.


Antara tanda-tanda berdasarkan pengalaman:

1. Air laut tiba-tiba menjadi beku
2. Tiada seekor anjing pun yang menyalak pada malam itu.
3. Keldai-keldai pula tidak bersuara.
4. Pokok-pokok kelihatan menundukkan (sujud) dahan-dahannya ke bumi.
5. Terdapat cahaya yang kelihatan berkilau pada tempat-tempat yang biasanya gelap.
6. Mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.

Allah Ta’ala telah merahsiakan malam Lailatul Qadar ini, dan Rasulullah s.a.w telah menjelaskan bahawa waktu yang di jangka akan berlakunya malam Lailatul Qadar adalah antara 10 malam yang terakhir dari bulan Ramadhan.So, hikmah daripada perahsiaan malam Lailatul Qadar ialah agar orang-orang yang beriman bersungguh-sungguh dalam beribadat sepanjang malam bulan Ramadhan dan agar mereka sentiasa meneliti dan menanti akan kehadirannya pada setiap malam.

Walaupun kita tak semestinya akan bertemu dgn tanda-tanda mahupun malam tersebut, tapi at least cuba-cubalah perbanyakkan amal ibadah eh? Jgn lupa jgk berdoa banyak-banyak.InsyaAllah, mana la tau malam korang berdoa tu adalah malam yg mulia tu kan? Aminn..

*kalau ada fakta yg salah, tolong perbetulkan eh? Aku hanyalah insan yg serba kekurangan..huhu!

(read more)

Saturday, September 12, 2009

Hari Raya card & Tag from Alya


Yeay! esk cuti hujung minggu..Of course la aku berkelawar mlm neh.hehe..Minggu depan dh start cuti raya..Yeay! skali lg..So, terasa sedikit lapang malam ni (act pepagi buta, dh 3.15 a.m. neh).So, untuk memenuhi keperluan aku sebagai kelawar mlm ni, aku jwb je tag dari Alya.Baru je hari tu kena 1st tag dari lea.Oh yeah layann! kakaka

Kad raya dari Alya..Thanx!

Alya's 1st tag

5 fakta menarik tentang pemberi tag : Alya

1 : perempuan
2 : simple
3 : suka dengar lagu
4 : suka bergosip
5 : suka berkawan


10 fakta tntang diri sndiri..

1 : lelaki
2 : kidal
3 : rambut lurus
4 : 20an
5 : electrical engineering student
6 : vintage clothing collector
7 : tetap dgn pendirian yg blog beliau bukan berwarna pink
8 : suka tido tp tetap tak cukup tido
9 : tak pernah patah tulang
10 : tak pernah botak


10 org yg dpilih utk trma award neh

err! yg ni nanti la dulu


Alya's 2nd tag

1.Beside ur lips,where is the favourite spot to get kissed?
- cheek,hand & asx! hahaha

2.How did u feel when u woke up this morning?
- Warggh! So sleepy..

3.Who was the last person / people you took photo with ?
- Luna

4.Would u consider urself spoiled ?
- erm, sometimes maybe.

5.Have you ever had a best friend who was of the opposite sex?
- Yup.

6.Do you want someone to be dead?
- No

7.What does your last text message say?
- nite

8.What are you thinking right now ?
- about the answer for this question

9.Do you want someone to be with you right now ?
- Famly & Luna

10.What was the time you went to bed last night ?
- 3.30 a.m.

11.Where did you buy the tee you are wearing now ?
- Bundle

12.Who was the last person who text you ?
- pensil warna Luna..hehe

13.TEN Lucky Person to do this quiz.

err..yg ni nanti jgk la..hehe

(read more)

Thursday, September 10, 2009

Youthsays Part 1: Jawab survey pun dpt duit?



Mungkin masih ada yg mengangkat bahu atau kening apabila ditanya mengenai youthsays.Youthsays atau dalam bahasa Malay nya ialah kata-kata belia/remaja.So maknanya kata-kata kita la, golongan muda mudi yg masih perlu banyak tunjuk ajar! Yg tua kerepot sila abaikan pasal youthsays ni eh? huhu!

So, ada apa dengan youthsays.com? Youthsays ni lbh kurang mcm laman web sosial la seperti friendster,myspace,tagged & facebook.Nak join pun of course la free tp youthsays ni takde la membenarkan korang mengejar populariti mcm friendster or tagged iaitu boleh letak gambar bogel banyak-banyak, bg komen banyak-banyak tp mcm namanya,youthsays ialah tempat muda-mudi berkongsi idea,pendapat,berdiskus.

click to enlarge image

Alah, senang cerita mcm ni.Korang boleh tanya apa saja soalan kt youthsays tu kt ruangan youth answer, korang leh nyatakan apa yg korang fikir/statement kt ruangan youthink & dapat duit ngan jawab survey! Betol ke dpt duit? Jap lg aku cerita pasal tu.Sabar-sabar la eh?


Mcm mana nak start join youthsays ni? Ok, senang je.Register,isi profile & silalah berkata-kata! Sejak aku join youthsays ni, ada jgk la soalan & statement yg aku buat.Jgn bimbang kalau soalan korang tak terjawab sbb itu tak mungkin terjadi.Satu Malaysia akan baca soalan/statement korang & pasti akan ada respon dari youthsays yg lain.

Berminat eh? Sila follow instruction kt bwh.hihi


Register

1. Go to youthsays - klik Malaysia flag tuh


2. Sign up - isikan nickname anda (username),email & password (untuk login ke youthsays)

click to enlarge image

3. Activation link akan di send ke email anda & sila klik link tu ntuk activate kan akaun youthsays anda.

4. Login
5. Isi profile anda - nama,ic num,hp num,tukar gambar anda dan lain-lain.Then, save.Jangan risau..Maklumat peribadi anda takkan diketahui mana-mana pihak.

Start saying!

1. Kalau anda ada soalan yg mau ditanya, just go to youth answers.
2. Kalau anda ada statement yg nk dibuat (ni untuk tgk mcm mana pendapat org lain tentang statement anda), pegi ke youthink. Contoh statement? "Aku fikir tgk wayang lg best dr tgk tv".Nanti ada lah makhluk akan bg respon kt statement anda tuh.



Get your money!

Hehe..part ni paling best.Siapa tak nak duit kan? Nak hidup kt dunia yg penuh dgn kehipokritan & korupsi neh perlukan banyak duit tau! hehe

Jawab survey.

Survey lak ada 2 jenis: survey berbayar & tak berbayar.Korang hanya dpt earn money ngan jwb survey berbayar je.Mcm mana nk bezakan yg berbayar atau tak berbayar? Tgk je kt survey tu,ada tulis berapa ringgit korang akan dibayar untuk satu survey.Ada yg RM1.00, RM1.50, RM0.50, RM0.30..Satu survey pulak maybe ada 5 soalan, 12 soalan..depends.


click to enlarge image

Kalau ada survey baru untuk dijawab, youthsays akan emelkan ke emel korang.Tapi tak semestinya begitu.Kadang-kadang ada survey br tp dorang tak emelkan pun.So, korang kena check sokmo la youthsays korang kot-kot ada survey br.Kalau terlepas naya je kan?

Ajak org join youthsays

Ajak kawan-kawan korang join youthsays dibawah link korang gak.Bila korang join youthsays,korang akan dpt satu link untuk korang promote org lain supaya join jgk.Setiap org yg join youhtsays under link korang, korang akan dpt RM0.20.

Jadi...join je la eh? Lagipun free je.Kalau berminat, join la bwh aku.. ni url nya : http://malaysia.youthsays.com/go/jZJ ataupun klik je banner kt bawah.





*update
-for the person from others country, if you want to join youthsays, just click the flag of your country ok? Peace!

(read more)

Tutorial: Read more for blogger

Tutorial ni adalah atas permintaan Cik Fifie yg mahu tau cara-cara untuk membuat 'read more' untuk blogger/blogspot.Err..agak-agaknya cik Fifie mau lg tak tutorial neh..Maklumlah, sudah berminggu lama nya dia membuat permintaan ni namun hari ni baru aku nk tunaikan.Ampunn! hehe

Ok, first, apakah itu 'read more' atau baca selanjutnya? Kalau korang semua perasan, kt bawah setiap entri yg terpapar kt blog aku ni ada button/tag/link '(read more)'.Fungsinya tak lebih dari untuk meringkaskan entri korang yg panjang berjela ibarat esei bahasa Malaysia masa sekolah.hehe! So, kenapa nak ringkaskan biarpun panjang berjela?

Bagi aku, bila ringkaskan entri, blog aku ni akan nampak lebih kemas.Lagipun, jika biarkan entri berjela ke bawah, penat pulak korang asyik nk scroll down lpas tu scroll up blk mouse wheel kn? Tu pun kalau mouse korang ada wheel. Kalau ada yg masih guna mouse zaman paleolitik yg takde wheel tu lg la penat. Sekali ngan pergelangan tangan, siku & lengan kena gerakkan ntuk scroll up & down.

Apa yg akan terjadi ngan entri yg diringkaskan tu? Adakah akan didelete separuh? Of course la tidak.Tolong la jgn berfikiran sedemikian.Entri korang hanya dipendekkan di paparan utama blog saja.Kalau nak baca full entri, klik saja kt 'read more' tu & korang akan dibawa ke page yg full entri punya.Tak percaya? Try la klik read more kt bawah ni.

So, sekarang dh percaya kan? Hehe..jgn la bengang ngan aku lak..Aku tau sesetengah daripada korang dh tau fungsinya.Explanation aku td ntuk rakyat yg masih tak mengetahui pasal read more ni je.lalala

Ok, mcm ni cara-cara ntuk pasang 'read more' kt blog korang.Kalau rasa berkenan, buat la eh? Kalau still suka ngan cara korang tu it's ok.Citarasa masing-masing.

1. Login ke Blogspot.

2. Pilih Layout - Edit HTML (Tandakan kotak Expand Widget).

3. Download Full Template sebelum mengedit blog. (Ni untuk backup template blog korang)


4. Cari <data:post.body/> atau <p><data:post.body/></p> dan gantikan dengan kod dibawah.

<b:if cond='data:blog.pageType == "item"'>
<style>.fullpost{display:inline;}</style>
<p><data:post.body/></p>
<b:else/>
<style>.fullpost{display:none;}</style>
<p><data:post.body/></p>
<a expr:href='data:post.url'>(read more)</a>
</b:if>


5. Korang boleh tukarkan ayat yg warna merah tu dgn ayt korang sendiri.Contohnya 'baca lg', 'baca selanjutnya', 'please read more' & lain-lain.

6. Save template.

7. Sekarang pergi pula ke Settings - Formatting.

8. Masukkan kod di bawah ini ke dalam Post Template.


start typing
<div class="fullpost">
end typing
</div>


9. Save settings.

Got it? Nanti bila nk tulis new post, jika perkataan 'start typing' & 'end typing' tu ada, maknanya korang dh berjaya pasang read more ni. Cara nak guna contohnya mcm ni:

'Hari ni saya berbuka ngan ayam golek, kueh lompat tikam dan air bandung cincau'

Gantikan 'start typing' tu ngan 'Hari ni saya berbuka ngan' & gantikan 'end typing' tu ngan 'ayam golek, kueh lompat tikam dan air bandung cincau'.So nanti kt muka depan blog korang takkan sesekali keluar ayat penuh 'Hari ni saya berbuka ngan ayam golek, kueh lompat tikam dan air bandung cincau' tapi hanya keluar ayat 'Hari ni saya berbuka ngan'.Nak baca sampai habis kena klik read more tu.Ok?

(read more)

Wednesday, September 9, 2009

Kehidupan malang seorang lelaki

Click image to enlarge

Gambar kt atas ialah kehidupan seorang lelaki yg memang terang-terang menunjukkan yg dia bernasib malang..Bertambah malang apabila yg lelaki itu bukannya aku..hehe! Pada pemerhatian aku, gambar kt atas ada 5 parts..

#1 - 1 kejadian
#2 - 1 kejadian
#3 - 4 kejadian
#4 - 2 kejadian
#5 - 1 kejadian


dimana kehidupannya pada hari itu bermula dari #1 - #5..

So,

Apa kata korang ceritakan apa yg berlaku mengikut imaginasi korang? Hehe..Part mana yg paling tragis korang rasa?




p/s: Ada ke lelaki yg betol-betol malang mcm gambar kt atas eh? hm!

(read more)

Tuesday, September 8, 2009

Tag from Cinta Lea Ixora


Hua hua hua! First time kena tag ngan rakan se-blogger! So, ngan rela hatinya aku menerima kenyataan yg aku telah di-tag! lalala

Ni tag dari lea ixora:


Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?

Nama blog: Mello's.
Kenapa Mello's? Sbbnya ialah tuan punya blog ni ialah Mello.So, untuk menunjukkan yg blog ni Mello punya, ia dinamakan Mello's.Hahaha simple kan?

Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?

http://mushmello.blogspot.com/

At 1st,aku nak wat url blog aku ni mello.blogspot tp disebabkan nama tu dh digunakan oleh seorang makhluk yg tak reti gunakan "mello" dengan sebaiknya (blog punya la naif..hahaha jgn marahh), aku terpaksa guna mushmello.blogspot.

Kenapa mushmello.blogspot? Selepas frust terkankang tak dapat guna mello.blogspot, aku secara pintarnya dapat idea untuk guna perkataan "mush" tu dari filem bersiri korea "Witch Yoo Hee".Main character cerita tu (awek cun tuu! hehe) suka makan mushmellow.Bunyi mellow tu lebih kurang sama je dengan mello so dari situ tercipta lah mushmello.kakaka

Apakah method penulisan dalam blog anda?

Aku tulis apa sahaja yg berkaitan dengan apa sahaja

Pernah terasa nak hapuskan blog anda?

Buat masa ni belum lg..Blog ni ibarat awek ke-3 aku..hehe

Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang TAG anda ini?

Blog dia best..Kemas..Menarik..Tertarik..Ditarik..Followers dia lg ramai dari aku punya (alah, tak aci la..aku br wat blog ni bulan Julai tahun ni! huhu)

Senaraikan 10 orang yang akan anda tag.

Err..yg ni nanti la dlu..Dlm proses mencari mangsa..jeng jeng jeng!

(read more)

Monday, September 7, 2009

Reload prepaid anda secara percuma


Wow! mcm best je tajuk entri ni kan? hehe..Siapa-siapa yg tengah boring, tensen, stress ke, aku sarankan korang baca sampai abis..tak rugi pun.Boleh release tension dalam kepala korang tu.Lagipun, apa salahnya aku berkongsi info ngan korang kan.hee

Untuk semua talian 012,013,016,017 dan 019, anda semua selepas ini tak payahlah pergi ke kedai handphone lagi untuk mereload prepaid anda. Di sini ada cara untuk mereload handphone dengan cara yang agak illegal.. tapi cara mereload handphone ini hanya boleh digunakan pada 20 hingga 30 haribulan pada setiap bulan.Ini kerana setiap talian ini di upgrade pada masa- masa ini.

Ok, kepada pengguna talian 012,013,016,017,019, sila dail 1425037 dan tunggu dalam 5 saat dan anda akan dengar seperti bunyi bising (frecuency noise), tunggu sehingga bunyi itu hilang dan dail 3151, tunggu 3 saat dan masukkan nombor telefon anda.

Anda akan dengar operator cakap "please insert you pin number" masukkan 011685 45127 00934 tunggu selepas dia kata nombor pin selesai,lepas tu dial 0405 untuk kl dan Selangor, 0406 untuk kawasan lain semenanjung dan 0409 utk Sabah & Sarawak.

Then,anda akan mendengar "for airtime top-up press 1723" selepas dail nombor tersebut kemudian tekan nombor telefon anda sekali lagi.Tunggu selepas bunyi bising selesai, dial 4255147 diikuti 143 selepas 5 saat...

Ok, selepas beberapa saat, anda akan mendengar "your pin number is accepted" anda terus dail 1007 dan anda akan dengar "your key number is accept" terus dail 4466 dan anda akan dengar "your password is accept".Lepas itu terus dail nombor telefon anda dan anda akan dengar:





"wow! banyak chanteek! Ingat semua benda dalam dunia ni free kah? Nak masuk jamban pun kena bayar 20sen atau 30sen mengikut coverage area tau! lalalala"


Hahaha..I'm sorry! So, diharapkan tension anda berkurangan..Jangan makin bertambah pulak ye? kekeke..

(read more)

Friday, September 4, 2009

The real bloody tears


"Tak usah kau menangis lagi..Walaupun keluar air mata darah sekalipun, ayam golek itu tetap kotor setelah jatuh tergolek-golek..".hehe! Pasti korang pernah dengar ungkapan mcm tu kan? Ayat mcm tu sesuai diungkapkan selalu kepada siapa-siapa yg suka sangat nangis walaupun tanpa sebab yang kukuh..Kunun-kununnya emo la tu eh? Mau nangis sampai keluar air mata berdarah..Baru la real emo..Tak gitu? hehe

Tapi betol kah kalau kita non-stop memancutkan air mata, last-last terkeluar air mata berdarah? Macam tak waras pulak duk fikir gitu.Sepanjang aku hidup ni, tak pernah-pernah lg aku nangis (last aku nangis masa...hmm) then diselangi air mata berdarah.Kalau diselangi hingus berdarah pernah la dulu masa kecik-kecik.ehee

Tapi kadang-kadang,benda yg tak logik maybe boleh terjadi.Tak percaya? Baru kejap tadi aku aku baca kt kosmo! online.Ada satu news ni kisah budak nangis keluar air mata darah.Calvino Inman yg umurnya 15 tahun telah berjaya mencapai level the real emo bila nangis keluar air mata berdarah.hehe..Doktor-doktor pun separa mereng duk fikir mcm mana budak tu leh nangis berdarah.




Read full news here

Ni ada satu lg manusia tangis berdarah..
Kali ni perempuan pulak.Nama beliau ialah Rashida Khatoon yg berasal dari India.Molek benar la tu..Boleh bersua muka dua orang tu lpas tu sama-sama nangis berdarah.Tengok siapa yg lagi nampak ngeri masa nangis..oops! i'm soryy..


Aku rasa la kan, yg budak laki tu mesti selalu gaduh ngan awek dia..lpas tu nangis, nangis & nangis..Disebabkan selalu bergaduh,last-last kena tinggal ngan awek lalu keluarlah air mata darah beliau.Oh! sungguh tragis.lalala

(read more)

Tuesday, September 1, 2009

Ayang vs Abang..siapa menang?

Kalau nengok kt tajuk entri kali ni, mesti korang ingt entri neh pasal diri aku kan? kakaka..sory la.Takde kena mengena ngan aku pun."Abang" kt atas tu bukan aku & "Ayang" tu pun bukan insan yg berkenaan dlm idop aku.hehe

"Ayang" & "Abang" tu act sepasang suami isteri.Mungkin mereka berselisih faham.Biasa la kan laki bini.Mesti ada jgk gadoh sikit-sikit kan? Kalau tak gadoh tak romantik la..haha..So kt bwh ni adalah warkah laki bini tu.Maybe kesah kt bwh benar-benar terjadi or maybe tak pernah.Tapi aku rasa mcm btol-btol jd je..whatever! Silalah baca.

From ayang..~

Khas buat abang yang disayangi...

Ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke kampung. Abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas. Abang jagalah diri abang dan kereta abang baik-baik..Cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan disini..kereta baru abang tu mahal..harga mencecah 100 ribu ringgit barangkali..sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang..Sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3 bulan yang lalu dah masuk 3malam.

Abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape? Harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang letakan masa kita kahwin dulu..cuba hantaran ayang lebih mahal dari harga kereta abang? Tentu abang tak buat ayang cam nie. Tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat..tapi ayang nak dapat kiss good morning pun susah Sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli kat kereta, ayang nak dapat hadiah birthday setahun sekali pun susah.

Kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga maintainance. ..ayang nak dapat pegi salon setahun sekali pun susah. Kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa abang kata ayang tak sedar diri. Kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah RM100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kembar kita abang kata ayang mengada-ngada. Kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak Paling menyedihkan... ayang tanya ngape tidur dalam kereta? Abang jawab takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi?? Abang mungkin tak ambik kisah!

Ayang nak balik kampung dulu! Anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek mereka.. tak nak naik kereta abang takut calar.. ayang calar takpe.. jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. Ayang pegi tak lama..sekolah bukak ayang balik lah dengan anak-anak.. pesanan ayang buat abang...

1. ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABANG
2. ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG
3. ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKKAN KEMEJA ABANG
4. ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG
5. ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG
6. ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG
7. ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR

Love,
(Ayang)

So, si suami balas blk kata-kata isterinya itu.Apa dia ckp?


From Abang..~

Dear Ayang yang dicintai...

Bukanlah abang sayang kereta tu lebih dr ayang..tapi ayang kene faham kereta tu kereta bos abang. Nanti kalau hilang sape nak ganti.. ayang, abang suruh keja ayang x nak, ayang kata nak dok umah jaga anak2,nak siap kan sarapan,nak kemas umah tapi ayang tiap2 hari bgn tido kul 12.. macam mana nak wat keja umah?

Cuba lah ayang pk mana tak abang tido dalam kereta..abang balik keja lambat skit ayang dah kunci pintu.... bukan nye abang gi foya2 kan abang gi keja... lagi satu pasal piza yang ayang ngidam tu.. ayang nak piza yg di oder dr jepun.. mana lah abang ada duit nak oder.. abang nak bg apam balik yg jual kat depan ofis abang ni ayang xnak, ayang nak jugak piza dr jepun..nasib baik abang x belikan kalau x anak kembar kita tu mesti muka cam doremon..hisy..x nak laa abang...

Pasal hadiah kan abang dah belikan tapi abang sembunyi kan kat dapur..ayang yang tersalah buang ingatkan sampah..tulah abang suruh kemas umah tu ayang kata umah kita dah bersih tapi hadiah dgn sampah pun dah jadi serupa jek..hadiah tu mahal tau abang beli untuk ayang.... Sebenarnye abang sayang ayang lebih dr keta tu wlau pun hantaran masa kita kawin cuma rm7000..ayang x tau bpe kali abang turun naik bank nak wat loan rm7000..tapi demi ayang abang wat jugak..

Masa tu ayang kalau mekup mmg sebijik maya karin..tapi sejak ayang wat rebonding 3 tahun lepas setiap kali ayang mekup abang terbayang lak muka pontianak dlm citer Pontianak Harum Sundal Malam... bukan ayang x cantik tapi kening ayang tu gi cukur wat per... wlau pun abang selalu cukur janggut abang tapi ayang xyah laa nak cukur kening ayang tu...pasal morning kiss tu, ayang bgn pun dah tghri nak morning kis mcam mana.. dah laa ayang.. abang malas nak citer..

Tapi abang nak bg tau jgk kat sini ayang tetap no 1 dlm hati abang.. nanti kalau naik bas tu bebaik.. ayang nak balik kg abang izinkan cuma jgn lupa kim salam kat mak ayah kat sana .. kalau ada gulai tempoyak ke nnti jgn lupa bwk balik skit..

Kalau ada lembu terlepas ke ayang xyah laa susah2 gi kejar lembu tu... biar jek.. nnti abang balik kpg abang kejar kan ..bukan apa takut lembu tu tanduk ayang nnti bukan stakat calar jek silap2 leh masuk hspital.. abang kene tanduk xpe..

Jaga anak2 baik2 jgn bagi diorang main kat sungai musim2 banjir ni..nak dpt anak bukan senang takut nnti ayang ngidam lagi piza jepun lak lagi haru..baik jaga jek yg dah ada tu..ayang pun jaga diri baik2..jgn sampai jatuh longkang lagi..hehe..abang mmg xnak ketawa masa tu tapi nak wat cam mana ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang.. dah laa rambut ayang masa tu baru lepas rebonding..mmg abang ketawa...hahahahahakk

salam sayang,
(Abang)


hehehe..So, siapa yg salah paham act? Of course la si dot dot dot..hehe..

(read more)
 

Kembali ke atas




Side Project under mello's: Wow! Bundle