Monday, August 31, 2009

Happy merdeka day!

Tanggal 31 Ogos 2009, genapla 52 tahun negara kita, Malaysia terchenta merdeka, bebas dari penjajah bangsat..Merdeka! hee.. Of course, banyak kesan negatif & positif penjajahan ke atas negara kita ini terhadap pembangunan negara & juga sosial kt negara kita neh.Tapi, apakah makna merdeka itu sendiri dalam mentaliti rakyat negara ni? Kalau setakat bebas dari genggaman penjajah itu maknanya merdeka, kita sebenarnya tidak cukup merdeka lg.

Kenapa aku kata begitu? Aku pasti ramai yg tau jawapannya kan? Tengok saja cara hidup segolongan org kita.Masih terikut-ikut budaya barat.Dari cara berpakaian hingga la ke cara makan masih terpengaruh dgn tabiat penjajah.Btol tak? Rata-rata muda-mudi sekarang terikut-ikut dgn cara barat.Dgn rappinnya,hip hop la..Tak salah..Cuma jgn la sampai budaya gitu jd kewajipan harian.Siap ngan rantai beruk lg kt leher.Melayu kah? Islam kah? Of course la Islam.Bengap jgk aku neh..haha

Tengok saja pemerintah Iran.Dorang tidak pernah pakai tali leher even kt majlis rasmi sekalipun.Sbbnya? Kalau pakai tali leher sama la mcm bush laknat pulak kan.Paham tak apa aku nak ckp? Paham kn..Tak lupa juga iklan-iklan dalam tv.Nak-nak iklan makanan/minuman.Korang perasan tak, mostly iklan cenggitu mesti model-modelnya muda-mudi menari-nari ibarat beruk hilang tuan.Dgn rapper nya,hip hop..Bukan nak ngutuk rap,hip hop..Tapi tak salah kan wat iklan ngan lagu tema irama Malaysia ke..Pakai baju Melayu ke..Ok tak? ehee..Apa-apalah..

#Merdeka '09: Special from Yahoo! & Google

Doodle from Yahoo!
(move mouse cursor over the image plis! hee)

Doodle from Google


Anyway, selamat menyambut hari kemerdekaan Malaysia yg ke 52..Moga negara kita terus membangun.........bersama Islam! hii..Jom layan lagu "Merdayka" dari faveret band aku, OAG.
Merdayka!






OAG - Merdayka

Darul Aman,Iman,Ridzuan,Indera Kayangan...
Ehsan,Takzim,Naim,Wilayah Persekutuan...
Negeri Bersejarah..Makmur dan Khusus..
Pulau Mutiara,bumi kenyalang,di bawah bayu..bersatu!

berjanji bersumpah..melawan perintah..menentang penjajah demi..
1957 31 ogos..
kita merdayka,merdayka,merdayka..
merdayka,merdayka,merdayka..
merdayka..



Download mp3 OAG - Merdayka di sini

(read more)

Sunday, August 30, 2009

Makanan apakah ini?

Alhamdulillah..Terima kaseh kepada pensyarah aku, En.Amran untuk majlis berbuka puasa kt rumahnya kelmarin.Banyak gile makanan yg En.Amran sediakan.Nasi minyak,nugget ayam, tembikai, nata de coco, coklat dan makanan makanan makanan! Kalau tiap-tiap hari wat gitu kan best! hehe

Jika difikirkan, kita amat bertuah hidup di Malaysia terchenta ni.Tiada makanan pelik-pelik yg korang terpaksa,dipaksa atau dgn rela hati makan kan? Tapi kt sini bukan makanan yg pelik, org kita itu sendiri yg pelik.Mana tak nya, pegi bazar ramadhan punya la banyak makanan dibeli.Kiri kanan tangan tergenggam plastik penuh dgn makanan.Lpas berbuka puasa, air je yg laku.Makanan bersepah dibazirkan.Apa ke bengong? Ni la kalau ikut hawa nafsu.Makanan bukan main sedap lg, habiskan je la.

Tapi bukan kisah bazir membazir yg aku ingin katakan di sini.Yg tu tunggu next entri eh? Kalau aku nk wat la..haha! Kt negara kita ni, beraneka jenis makanan ada & of course makanan kt sini molek-molek,sedap, indah dari segi rasa, rupa & bau.Tapi berbeza dgn negara luar.

Sesetengah negara luar mempunyai bermacam-macam jenis makanan tapi jika nengok makanan dorang ni, memang aku tak hingin nak sentuh apatah lg makan.Korang sanggup ke? Hehe..usha photos kt bawah eh.Diingatkan jgn makan semasa nengok gambar-gambar kt bawah ni.Kan tak pasal-pasal terbantut selera korang tu.kekeke

Tuna Eyeball (Eaten in Japan, China)

Live Fish (China)

Dried lizard (Japan)

Pickled Snake Head Fish (Asia)

Raw Herring (Eaten in Holland)

Raw Octopus (China)

Rotten Soybeans (Asia)

Giant Water Bug (Eaten in Taiwan)

Raw Whale Meat (Japan)

White Ant Egg (Eaten in Bangkok)

Beetles and Scorpions (Eaten in China)

Bugs (Eaten in Chicago, USA)

Casu Marzu (Maggot Cheese eaten in Sardinia, Italy)

Chicken Cartilage (Eaten in Different Parts of Asia)

Chittlins (Hog's Insides, Eaten in Southern America)

Codfish Sperm (Eaten in different Parts of Asia)

Crocodile (Eaten in China)

Horseshoe Crab Roe & Nast (Eaten in China)


Ngeri tak? Agak-agaknya la kan, korang sanggup tak makan makanan kt atas tu? Bg free pun tak nak kan.Kenapa mesti makan benda cenggitu? Banyak lg makanan yg molek.Sbbnya ialah...makanan yg molek selalu dibazirkan.So tercetus la makanan yg pelik! haha apa-apa lah.Tui!

(read more)

Saturday, August 29, 2009

11 cara termudah download video dari internet


Oh yeahss lg untuk aku! hehe..Test yg ke-4 br tamat pagi td.Lega rasanya..mcm br habis final exam pulak.kakaka..Tapi..tapi..test yg last bakal menyusul hari Rabu neh..hmm..tp takpelah! Lgpun yg last..tapi..tapi..Hari Khamis kena join pameran untuk subjek pengurusan kejuruteraan neh.Adoii..penat-penat.Apa nak buat kan? Mcm ni la student life.huhu!

Baru ada masa free sikit untuk entri kali ni.Kalau tak jgn harap la aku nk update blog neh dikala kesibukan yg melampau.Bukan apa, kalau buat something ngan tergesa-gesa apa pun tak jadi kan? Ok, korang yg mmg sehari suntuk duk ngadap internet ni jgn nafikan la kalau tak pernah download video or at least nonton video kt internet kan? Alah..aku pun sama gak.Dah berpuluh movies aku download dari rapidshare tuh tp rapidshare ni leceh la sikit sbbnya untuk free user kena tunggu beberapa puluh saat sebelum download sesuatu file & terpaksa tunggu 15 minit untuk download file yg seterusnya.


Ada jugak video-video yg kita hanya boleh nonton kt internet tp tak boleh download ke komputer.Tapi betulkah tak boleh? Contohnya mcm youtube.Tapi aku rasa ramai yg dah tau video dari youtube boleh di download.Guna download manager? Come on la..Download manager hanya slowkan internet korang je.

Kadang-kadang bengang jugak aku bila video yg aku nak tu punya la susah nk jumpa tp bila dah jumpa tak boleh download la pulak..Just leh nonton secara online.Tapi aku rasa sekarang maybe dah tak jadi masalah untuk download mana-mana video kt internet.Kt sini aku nak share cara-cara termudah untuk download video dari internet ke komputer,ipod atau media players yg lain.

*click the image to open link

ClipNabber membolehkan korang untuk download video dari youtube,eSnips,Facebook,Metacafe,Myspace,Yahoo videos dan banyak lg.Just copy & paste url video tu & download.Mudah kan?



Zamzar adalah free online file conversion web application.Maknanya korang leh convert video tu ke AVI, MPEG,3GP.MP4 dll secara online tapi bukan setakat video saja, Zamzar jgk leh convert antara format audio,imej & dokumen.Hanya paste url & convert file yg korang nak tu.

ada banyak lg..


VideoDownloader adalah firefox extension.Maknanya bagi pengguna firefox, VideoDownloader akan add satu icon kt status bar kt bawah window firefox & toolbar button korang.Hanya klik icon tu & download video yg korang tngah nonton tapi ia juga membenarkan korang untuk download video mcm ClipNabber tadi, iaitu paste url video & download.



vixy.net membolehkan korang download online videos & juga convert video tu ke AVI,MOV,MP3 atau pun 3GP.



Lebih kurang sama mcm yg sebelumnya, hanya paste url video kt Keepvid & download.Keepvid support mana-mana video sharing site & apa yg membuatkan Keepvid berbeza adalah ia mempunyai Top Videos section,so korang leh download video dgn serta merta.



Media Converter adalah sama mcm Zamzar,ClipNabber & vixy.net tp korang perlu register untuk gunakannya.



Hey! Watch ialah online video encoding yg convert video kepada format-format yg berbeza termasuklah HD dengan pantas.Terdapat banyak options yg menarik.So, tengok la sdiri eh?



Yg ni mcm best sikit.Korang leh copy url page yg contain video tu & paste kt viddownloader yg mana berbeza dgn yg sebelum ni iaitu just copy url video sahaja.Boleh download video dalam format DivX AVI.sangat senang digunakan & ia juga boleh extract audio dari video.



kcoolonline membolehkan korang download video dari lebih kurang 210+ video sites.Best kan? Hanya copy & paste url video tu kt ruang yg disediakan.



Site ni senang digunakan & support kebanyakan sites.Korang jgk boleh download flv player dari site ni untuk nonton video dari youtube.



Cara menggunakannya juga mudah iaitu hanya copy url video page & paste kt ruang yg disediakan kt downthisvideo.com.Cloud tag kt bahagian atas downthisvideo.com memudahkan korang untuk search video yg korang nk & seterusnya download video terbabit.Kebanyakan video yg popular disini ialah anime..

Fuhh! Agak banyak site untuk download video kan? So, tak payah susah-susah lg cr site yg memang khas untuk download video.Just cr video yg korang nak even yg watch online je pun.Selamat me-try! heee




p/s: Petang ni berbuka puasa kt rumah En.Amran..Kalau masa lecture, siapa-siapa yg dtg lewat ke kelas kena tegur & silap haribulan tak dibenarkan masuk kelas.So..Kalau la majlis berbuka puasa ptg ni sama mcm lecture....Lpas Asar konpem aku dh tercegat kt depan pintu rumah dia! kakaka

(read more)

Wednesday, August 26, 2009

Makruh dilakukan semasa berpuasa


oyeahh! Tamat sudah 2 penangan tests hari ni..nasib baik dapat jawab dengan jayanya! hehe..Terasa seolah-olah hilang beban konkrit di kepala 2,3 hari ni.Tapi hari Jumaat & Sabtu ni ada lg test.Adoyaii! Memang penat mental & fizikal pada waktu ni nak-nak di bulan puasa neh tapi berpuasa bukan la alasan untuk kita bermalas-malasan kan? Tengok mcm saya.Saya budak baik..Bersemangat ke kelas untuk belajar bersama kawan-kawan saya.Hahaha

Sepanjang kita berpuasa ni jangan la just tahan makan & minum.Cuba-cuba la wat amalan-amalan sunat sikit.Pahala berlipat ganda tau di bulan yg diberkati Allah s.w.t ni.Takkan la tak tau kot amalan sunat yg boleh korang buat kan? Dah kalau korang tu dah sampai tahap golongan yg diwajibkan berpuasa kena la tau..Bukan payah sangat pun nk wat..(Tiba-tiba rasa mcm budak baik! ehee).Yang haram makruh tu tau pulak kan? Alah..kalau tak tau pun for sure ada yg terbuat samada sengaja or tak sengaja je kan?

Maybe ada sesetengah orang tak tau perkara-perkara yg makruh dilakukan semasa berpuasa ataupun at least pernah dengar tp tak sure betol ke makruh.Makruh-makruh juga tp kalau dah over sangat buat tu boleh jd haram..reti? So kt sini ada beberapa perkara yg makruh dilakukan semasa berpuasa..


1.Banyak tidur pada siang hari
2.Bercakap kosong
3.Berkelahi sesama saudara Islam
4.Bermain catur,haji atau dam di kedai kopi
5.Banyak berkumur kumur
6.Menggosok gigi selepas gelincir matahari
7.Merasa makanan - kerana dikhuatiri sampai ke dalam rongga
8.Memamah sesuatu - kerana memperbanyakkan air liur dan ditakuti akan tertelan
9.Mencium atau mengucup isteri
10.Mengeluarkan darah seperti berbekam dan lainnya


Act, ada banyak lg perkara yg makruh..So hati-hati la wat something tu semasa berpuasa.Kan tak pepasal terbatal puasa korang.Tidur siang tu elak-elakkan la eh? Nasib baik mostly pada siang hari aku ada kelas.Kalau tak of course la..zzzzzzz

(read more)

Tuesday, August 25, 2009

Tips: Untuk mereka yg kurus-kurus saja!


Aku termenung seketika bila nengok diri sendiri.Mengapa? Entahla..Dari dulu sampai sekarang badan aku mantain sekeping! hahaha..bleh pulak aku fikir pasal tu waktu ni.Dah la esok ada 2 test.Petang & malam.Nasib baik dah study yg test petang tu.Yang malam punya test tak payah study la sbb open book test.hahaha bajet dpt jawab dgn jayanya.hurr!

Aku takde la sekeping macam osman kering tapi bulan puasa mcm ni of course la..paham-paham la eh? hehe..Puasa-puasa jugak tp kesihatan kena jaga.Lagipun berpuasa di bulan ramadhan wajib.Banyak berkatnya.So, pemakanan tetap kena jg nak-nak bg spesis mcm aku ni.huhu!Maybe ada sesetengah org tu kalau berdiri tepi tiang bendera pun lebih kurang sama je, lpas tu makan pulak tak menentu..Berbuka ngan cekedis lak tu..hehe

Kt sini aku ada sedikit tips bagi mereka yg kurus-kurus saja! untuk tambah berat badan la kunun-kununnya.kakaka..Try la kalau mau.Nak seribu daya tak nak seribu dalih kan? Siapa-siapa yg rasa dah tak kurus tu jgn try lak kan tak pepasal terlebih.....phm-phm la kn? hee


8 makanan menambah kalori sambil membina hidup sihat!

-------------------------------------------------------------------------

1. Tambah keju, kacang dan sos ke dalam salads.

2. Makan sayuran seperti kentang dan jagung dengan lebih kerap.

3. Makan buah kering seperti kurma dan minum jus buah- buahan.

4. Tambah krim dan sos keju ke dalam ikan dan ayam bakar.

5. Tambah herba dan rempah untuk menggantikan pengunaan garam.

6. Letak mentega kacang ke dalam roti bijirin, epal dan batang seleri
sebagai sumber protein dan kalori yang tinggi

7. Tambah susu tepung ke dalam sup dan sos untuk tambah protein.

8. Makan coklat hitam sebagai pencuci mulut. Coklat hitam mempunyai
antioksidan yang tiada pada manisan yang lain.

--------------------------------------------------------------------------

Makanan ringan mungkin mempunyai kalori kerana ia mengandungi banyak
gula dan lemak tetapi tidak mempunyai nutrien. Pastikan makanan anda
mengandungi nutrien dan kalori tambahan pada masa yang sama.



Fuhh..mcm senang je kan? Tapi aku tak penah lg try camtu.Leceh la pulak kan? haha..Sekian entri terpendek dariku.Nyampah plak rasa.hakhak

(read more)

Selamat berpuasa!


Alhamdulillah..aku masih bernafas sehingga ke saat ini dan masih diberi peluang untuk menjalani ibadah puasa pada kali ini.Ketika entri ini ditulis, sudah 3 hari umat islam menjalani ibadah puasa.Tidak terlalu lewat untuk aku mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak dan selamat berpuasa kan? hehe..Harap korang semua berpuasa penuh kali ni.Jangan setakat tak makan dan minum je, tahan-tahan la nafsu serakah tu dari melakukan perbuatan yg boleh mengurangkan pahala puasa! heee..Bagi kaum yg mmg konpem akan tinggal puasa seminggu neh, jgn lupa ganti puasa nanti eh? hehe

Dalam entri sebelum ni aku ada ckp yg cuti midsem diawalkan sbb selsema babi neh..So, cuti hari tu bermula pada hari Rabu (12/08/09).Hari Isnin 2 hari sebelum tu aku pulang dari kl ke bp.Badan terasa sedikit hawa panas..tanda-tanda nak demam la.Seperti yg aku agak, pagi Selasa tu aku demam tapi takde la seteruk mana.Masih bertenaga untuk melompat ibarat kanak-kanak riang-ria! hehe..Malam tu, demam makin teruk even dah telan 2 biji penadol soluble.Pagi Rabu tu, memang tak tertahan lg demam.Jalan pun dh tak betol.Kejap kiri kejap kanan.Kepala neh terasa berat yg amat.Lemah longlai badanku yg ibarat papan lapis ni.huhu

Pagi tu jgk aku pegi pusat kesihatan universiti.Bukan tak nak ke klinik berbayar tapi pegi pusat kesihatan universiti ni jimat sikit.Free je kn.hee..free free jgk.Tapi ada la risiko nya seperti yg terjadi kt aku neh.Dipendekkan cerita, doktor kt pku tu pun check la suhu badan aku neh.Disumbatnya termometer kt lobang telinga aku ni.Sekali sumbat tengok-tengok suhu badan aku ni 38.5! Terkejut doktor tu.Patutnya aku la yg terkejut tp dia pulak yg over.haha..Siap ckp kt aku lg, "termometer ni tak menipu dik..." Lpas tu sumbat kt telinga sebelah lg sbb nk konpemkan suhu badan.Lpas tu sumbat belik kt telinga satu lg.Makin tinggi pulak suhu badan aku, 38.7."Waaa..terok awk neh.Awk mesti kena kuarantin neh.Kot-kot kena h1n1 ke.."Hish pakcik neh! Oyak gitu pulok ko aku..

Masa tu aku relek lg la.Ingat kuarantin tu just bagi rehat kt rumah je la.Lagipun cuti midsem dah bermula kan..Rupa-rupanya aku dipaksa dikuarantin kt taman universiti kt sekitar tu.Kena duk kt satu bilik ni bersama "tahanan" yg lain selama seminggu.What the heck?! Aku dah beli pun tiket nak balik kampung ni.Puas sudah aku merayu kt doktor tu yg aku just demam bukannya kena h1n1 ke selsema babian ke tapi rayuan aku ditolak mentah-mentah.Sedih gak.Burn gitu je la cuti midsem aku kali ni.Apa punya nasib daa..

So,aku pun duk la kt situ tp takde la betol-betol cukup 7 hari.4 hari je aku duk situ.Demam pun makin baik.Hari Ahad (16/08/08) tu aku pun balik la ke kampung halaman.Alhamdulillah..Sempat jgk aku bercuti.Bersyukur sangat aku sihat mcm biasa.Masa demam hari tu mmg aku takut.Mana la tau kot-kot mmg kena h1n1.Duk fikir mati je.Tak cukup lagi amal ibadah aku ni untuk dibawa ke sana.hm!

Sempat la jgk aku berpuasa sehari kt rumah & berbuka puasa dgn keluarga tersayang.hee..Kalau kt kampung (Kelantan comey lote! hehe), mmg setiap kali tibanya bulan ramadhan, aku takkan lepaskan peluang untuk berbuka ngan kueh buah tanjung & netbak (act aku tak tau mcm mana ejaan yg betol ntuk netbak).Buah tanjung & netbak ni mmg susah nk jumpa kt negeri lain.Aku rasa kt Kelantan je yg ada kueh ni.Rasanya agak manis, berwarna kuning keemasan ckit.Siapa-siapa yg suka makanan manis mcm aku ni mmg akn suka la kueh neh.ngee


kueh buah tanjung

Lastly, selamat berpuasa kepada korang semua, umi & abah serta famly aku kt kampung nun jauh disana & tak lupa juga Luna ku disinun! kekeke..Perbanyakkan ibadah di bulan yg mulia neh.Semayang terawih tu tunaikan la kalau tiada urusan yg menyibok eh? lalala


Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut":

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdoa adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.



Pada kesempatan ni jgk aku ingin memohon maaf kepada siapa-siapa yg pernah dilukai & diterasai aku..Jom kita jernihkan lg hubungan di bulan yg mulia neh! hee

(read more)

Friday, August 7, 2009

kegilaan H1N1



Sejak akhir-akhir ni dunia dan negara kita sendiri makin heboh dengan wabak yg telah banyak meragut nyawa manusia iaitu influenza A H1N1 atau nama kasarnya selsema babi.hehe..Ada lg ke yg masih tergaru-garu kepala bila ditanya apakah itu selsema babi atau H1N1? Siapa yg masih tak tau mmg nak kena ketuk kepala neh! kakaka..Keadaan makin membimbangkan sekarang.Banyak dh pusat pengajian ditutup sementara waktu angkara wabak neh.Kt universiti aku masih ok..Tiada lg kedengaran desas desus angin yg kitorang akan dpt cuti khas tp tak tau la wabak tu dh merebak ke belum kt sini tp dengar-dengar mcm....takpe la abaikan je! hee


Setakat entri ni ditulis, sudah 14 kematian akibat selsema babi ni kt negara kita, Malaysia. Hm..mcm mana eh boleh merebak sampai ke sini.Padahal pelancong & org yg datang dari negara luar telah dikuarantin.Ni mesti kes ada yg duk melantak babi hari-hari ni! hehe ada kaitan ke? Tapi babi jgk.Dh tau menatang tu banyak virus, banyak keburukan masih ada yg nk makan & ternak.Ternak lembu lg baik.Siap boleh tolong bajak sawah lg.Petang-petang boleh tunggang beliau keliling kampung..lalala

Keluar je ke mana-mana mesti ada yg pakai mask tu untuk elak tersedut udara yg mengandungi virus selsema babi tu.Mencegah lebih baik dari mengubati kan? Seakan-akan satu fenomena yg entah akan berlarutan sampai bila.Tadi, baru je pakai towel & tak berbaju nk masuk bilik air, tiba-tiba muncul sorang pakcik neh dlm rumah.Terkejut gak! Dalam hati, "kenapa la pakcik yg muncul tiba-tiba..kalau kekakak takpe gak..hahaha"..Takde la..Saja je..Kt tangan pakcik tu tergenggam plastik yg mengandungi puluhan safety mask.Slumber cipan je masuk umah.Lpas tu mintak kitorang isi nama dlm borang yg disediakan tu.Rupa-rupanya pkcik tu staf universiti aku.Dia tolong agihkan mask tu untuk pelajar kt sini.Free je dpt mask tu.kekeke


Kul 2.30 p.m. nanti aku akan bertolak ke kl ntuk jumpa Luna then kami akan balik ke kg (Kelantan) malam ni.Tengahari Sabtu (8/8/09) tu kami akan bertolak semula ke kl dgn famly Luna sekali.Hari Ahad ni Luna akan berkonvo.Mesti la aku pergi.hee..So, blog aku neh mungkin takkan berupdate untuk 3-4 hari.Hm..dh lewt pagi ni.Tak mengantuk lg tp risau gak takut tak cukup tido.huhu! Nasib baik ada nips & air mango yg menemani.ahakss..


Kepada readers, kalau ada apa-apa pesanan sila tinggalkan pesanan anda kt shoutbox eh? Yg nk exchange link sila tinggalkan url blog & nama anda kt ruang link xchange.Hamba mahu beradu dulu..salam!


(read more)

Tuesday, August 4, 2009

Halal kah 'arak' halal?


Terlebih dahulu aku ingin memohon maaf kepada peminum arak jika tajuk entri aku ni membuatkan anda berasa riang ria hotak mu! kakaka.. Tak mungkin perkara sedemikian terjadi di blog aku neh..kalau kalian berharap sedemikian, anda telah tersalah singgah blog la ni.tuii! Act, aku dh lama nk review pasal fenomena 'arak halal' ni.Aku tau pasal ni pun melalui akhbar utusan Malaysia yg aku baca entah berapa bulan lepas.Nak tau apa perkataan pertama yg keluar dari mulut manis aku ni lpas baca keratan akhbar tu? "kepala hotak mung!".Hekele..bir tanpa alkohol la.Mcm-mcm ragam manusia ni.Banyak lg benda berfaedah yg boleh di buat.Nak buat bir tanpa alkohol yg halal la pulak.


Istak.Tu la namanya bir halal yg syarikat Iran nk buka kt Malaysia neh.Saling tak tumpah mcm arak a.k.a air kencing setan.Dari rupa botol & tin nya, warna cecairnya, cara minum dan bentuk gelas.Huisshh..Kot ye pun menatang tu halal kenapa tak packing elok-elok? Mcm air soya dlm kotak tu ke..Susu dushlady penuh krim ke..mcm air milo ke...Siap berbuih mcm arak lg.Apa nk jadi ni? takpe..kan Malaysia boleh!




Aku bayangkan, mcm mana la muda-mudi serta tua-tui yg kaki tangan arak ni memanipulasikan "kehalalan arak halal" ni untuk minum arak yg haram di khayalak ramai eh? Slumber je minum arak depan masjid.Kalau tok imam tegor,relek beruang kola je jwb, "istak tok imam..istakkk..".Ataupun ada yg kosongkn tin/botol istak tu pahtu isi dgn arak yg konpem haram..Mcm mana? Warna dh sama..buih pun sama..bau? Yg tu aku tak tau..Sepanjang aku hidup kt muka bumi Allah ni tak pernah lg aku bau mcm mana bau air kencing setan tu.Kalau air kencing aku pernah la bau masa kecik-kecik dulu...hancing! WOops! terdedahkan rahsia peribadi pulak..ahakss

Kt bawah ni keratan akhbar pasal syarikat Iran yg nk buka kilang Istak ni kt Malaysia.Silalah baca & fahami apa yg diperkatakan.


Syarikat Iran mahu buka kilang bir tanpa alkohol

KUALA LUMPUR 7 Mei - Malaysian Iranian Corporation Sdn. Bhd. (MICSB), pemegang hak eksklusif bagi pengedaran minuman bir tanpa alkohol jenama 'Istak' dari Iran, bakal membuka sebuah kilang di negara ini dengan pelaburan hampir RM50 juta.
Pengarah Urusan MICSB, Mahdi Bagherian berkata, pelaburan itu merupakan langkah pertama untuk produknya meneroka pasaran Malaysia dan Asia Tenggara.
Tiga lokasi yang dicadangkan bagi pembinaan kilang itu ialah di Pelabuhan Klang, Melaka, dan Johor Bahru, katanya.
"Minuman tanpa alkohol atau halal ini merupakan produk terbaru yang dipasarkan ke negara ini malah permintaan terhadapnya amat menggalakkan terutamanya bagi pelanggan bukan Islam dan penggemar minuman alkohol yang mahu mencari alternatif lain," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Istak dihasilkan melalui pemilihan malt (bijirin biasanya barli yang diperam) paling berkualiti dan dikeluarkan menerusi syarikat yang berpengkalan di Iran, Arpanoosh Industrial Co. yang berpangkalan di Iran.
Syarikat dengan keupayaan pengeluaran 35,000 botol sejam itu memiliki barisan pengeluaran terbesar di samping keupayaan teknologi mesin paling terkini dari Jerman.
Menurut Bagherian, produk tersebut masih baru di pasaran tempatan namun produk tersebut akan dijual di pasar raya besar, pasar raya dan hotel-hotel di seluruh negara.
Katanya, ketika ini syarikat yang beroperasi di Putrajaya itu mengimport kira-kira 20 buah kontena yang mengandungi 1.2 juta botol minuman Istak untuk dipasarkan ke Malaysia.
Melalui pembinaan kilang yang bakal dibina itu, beliau memberitahu, keupayaan untuk mengeluarkan minuman itu boleh mencapai dua kali ganda jika penggunaan teknologi sama seperti di Iran diguna di negara ini.
"Jenama Istak ini bukan jenama asing di luar negara kerana Arpanoosh telah mengeksport minuman itu ke Jerman, Afghanistan, Palestin, Lubnan, Azerbaijan dan Australia," katanya.
Jika perancangan untuk membuka kilang baru di negara ini menjadi kenyataan, Istak akan dieksport ke Indonesia, Thailand, Singapura manakala di Vietnam jenama minuman tersebut telah pun dijual baru-baru ini.
Bagi mengukuhkan jenama itu di rantau ini, MICSB telah menaja sebuah pasukan rali-SR Motorsports bagi meningkatkan kesedaran jenama itu di kalangan pengguna, selain meningkatkan kesedaran di kalangan pengguna remaja tentang kebaikan minuman tanpa alkohol di dalam sukan.
Selain itu, minuman itu didakwa baik untuk kesihatan termasuk mampu mengelakkan sakit buah pinggang,, mengurangkan tekanan, membina tenaga dan mampu mengurangkan kolesterol.



Yang aku pelik la kan, kenapa dlm keratan akhbar tu ckp minuman bir tanpa alkohol eh? Bir ada alkohol tu arak la kan..kalau bir tanpa alkohol pulak maknanya arak tanpa alkohol la..hmm..Lpas tu ada jgk ckp yg bir halal ni mendapat permintaan tinggi penggemar arak yg kunun-kunun nya mau cari alternatif lain.Mcm bodo pulak bunyinya kn? So, korang nilai sendiri la mcm mana hukumnya.Agaknya la kan, boleh ke pakai baju santau klaus wat smayang Jumaat? Tak boleh eh? Kenapa pulak..aurat dah tutup..Topi santau klaus tu leh ganti ketayap..What the heck!



Sabda Nabi saw :

"Akan ada dikalangan umatku nanti yang meminum arak tetapi meraka tidak menamakannya sebagai arak. Mereka menamakannya sebagai nama2 yang lain..al-hadith"

Nabi SAW dengan tegas telah melarang kita daripada meniru budaya yahudi dan nasrani
dalam hadithnya yang bermaksud :

" Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka ( Yahudi dan Nasrani ) sejengkal demi sejengkal,
sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam
lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya : Adakah mereka itu yahudi atau nasrani?
Baginda menjawab : Siapa lagi kalau bukan mereka ". (hadith riwayat Bukhari & Muslim )

1) Sanggupkah kita makan daging ayam yang disembelih, tapi menyerupai babi?
2) Bolehkah kita sambut aidil fitri, tapi pakai baju santa claus?
3) Mengapa dipackaging arak halal meyerupai arak haram? Tak terkelirukah kita dengan arak haram?
4) Esok esok budak sekolah minum arak haram pun orang boleh kata itu arak halal...macam mana kita
nak buat...dah rupanya lebih kurang...nau'zubillah..

Rasulullah SAW pernah memberi amaran keras kepada umatnya berkenaan gejala mengikut, meniru,
atau melakukan budaya asing melalui sabda Baginda yang bermaksud : Sesiapa yang melakukan
perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka dia turut termasuk dalam golongan itu.

(read more)
 

Kembali ke atas




Side Project under mello's: Wow! Bundle