Friday, December 11, 2009

Tips: How to start blogging (Part 1)


Aku tau ramai yg dah buat tips untuk mereka yg mahu mula ber'blogging. Macam-macam tips ada. Ada yg bagi tips yg super terus, bajet org yg baru nak ber'blogging ni nak terer macam dia yg ratusan tahun di dunia blogging neh. Ok, cukup setakat tuh. Aku tak mau ada yg terasa ngan kata-kata aku nanti padahal aku tak kata kt siapa-siapa pun.

Tips aku ni maybe sedikit ringkas, tak bernilai sangat tp adakalanya ia penting jika mahu memulakan langkah untuk ber'blogging. Siapa-siapa pun boleh gunakan tips ni jika rasa perlu (dan tak ego) tak kisah la samada baru nak ber'blogging atau dah lama ber'blogging.

#1 Jenis blog

Ini adalah perkara pertama yg korang perlu tau. Korang nak buat blog kan tapi tak tau pulak nak buat blog pasal apa. Tak ke pelik tuh? Mungkin korang fikir, alah, buat la dulu blog lepas tu isi kandungan dia, entri-entri tu boleh bikin nanti. Boleh tu memang boleh, tp jenis blog korang memainkan peranan penting dalam pemilihan template blog korang nanti.

Macam aku, blog aku adalah jenis personal. Aku letak je semua benda kat sini. Tak terhad kepada jenis-jenis tertentu. So, aku pilih template yg sesuai untuk blog jenis personal. Biasanya, template 2 column lebih sesuai untuk personal blog. Sebelum start ber'blogging lagi aku dah fikir yg aku mau blog aku nanti ada navigation menu kt atas, 2 column & header banner boleh ditukar-tukar sesuka hati so aku pilih template neh.

Kalau untuk business blog macam jual banyak barang seperti man & woman stuffs, template yg sesuai ialah jenis 3 atau 4 column. Untuk photography blog pula lain template nya. Biasanya ruang untuk entri tu adalah sangat lebar berbanding sidebar.

#2 Template


Ok, selesai fikir jenis blog. So pilih template yg sesuai pula. Of course ada banyak jenis templates untuk satu jenis blog. Just pilih satu yg korang suka, maksud aku maybe yg header nya boleh ditukar, ada navigation menu (kalau macam blog mello's ni menu kt header tu). Yg ketebalan border, saiz tulisan & warna tu perkara no.2. Yang tu boleh ditukar secara manual.


Yang penting pilih dulu template yg korang berkenan. Satu je aku nak cakap untuk mereka yg buat personal blog, tak payah la pilih template yg ada tema tertentu, just pilih satu template yg simple & korang boleh edit kemudian. Kalau macam blog photography tu ok la kalau nak guna template yg bertema & tak boleh di edit. Contohnya, header banner & background pun dah gambar kamera dslr, border dia pun ngan pita filem ke..

Cara nak edit template/layout senang je. Pakai falsafah ni, "try & error".Hehehe.. Aku dulu zero pasal coding layout atau template neh. Cuma cara aku macam ni, contohnya aku nak adjust border width, so kt ruang edit html tu, aku search word "border" & lepas tu cari je yg mana berkaitan ngan border width. Nak search something tekan je butang "ctrl+F"

Nak adjust color macam tu jgk. Kalau nak adjust font punya color, search je word "font" tu. Font pulak maybe untuk tajuk entri ke, tajuk untuk widgets kt sidebar ke.. So, study line by line coding template korang tu. Ambil sedikit masa la untuk edit template neh.

Template yg aku guna ni "My Yellow Face". Kalau korang nak korang boleh download template ni kat sini.Kalau korang tengok, header blog ni aku buat sendiri. Yang avatar laki pakai spek pegang rokok tu aku & yg avatar girl tu siapa lagi kalau bukan si Luna. So, buat banner berdasarkan kreativiti yg korang suka agar blog korang tampak lebih menarik.

#3 Widget

First, jangan rambang mata ngan widgets. Letak yg penting-penting je & bukan yg ntah apa-apa & menambahkan keserabutan permandangan di blog korang tu. Widget yg aku cadangkan adalah seperti dibawah, maybe ada banyak lagi yg berguna & maybe ada widget yg sama fungsinya tapi lebih berkualiti dari yg aku cadangkan ni.

Statcounter

Statcounter ni adalah untuk rekod bilangan visitors yg datang ke blog korang, page views dan lain-lain lagi. Korang juga boleh tau berapa bilangan unique visitors yg datang ke blog korang untuk tempoh hari-hari tertentu, bulan atau tahun.

Feedjit

Yang ni maybe ramai yg dah tau tapi still ada yg rasa ia tak penting. Nak kata penting tu takde la penting sangat tapi dari situ korang boleh tau lokasi-lokasi org yg datang ke blog korang tu.

Ada banyak lagi widgets yg penting & berguna. Yang takde fungsi sangat macam jam ke tak payah la letak. Bukannya org tak tau waktu & masa kalau korang tak letak widget jam kt blog korang tu, kt komputer pun dah ada jam kan?

#4 Lagu tema blog

Yang ni aku rasa dah ramai yg komplen & termasuk dalam tips dorang. Masuk je blog tu keluar bunyi lagu. Masuk blog ni bunyi lagu jgk. Dah la lagu tak best. Nak letak lagu/muzik kt blog tu boleh tapi please la jangan yg autoplay. Bingit telinga ni nak-nak sebelum masuk blog korang tu memang tengah layan lagu kt komputer.

Aku letak jgk video lagu kt blog aku ni tp bukan yg autoplay. So, siapa nak dengar boleh play. Tak nak, buat bodo je. Aku tak kisah pun. Maybe korang boleh cakap "blog aku so aku punya pasal la nak letak lagu". Ya, ungkapan tu boleh digunakan tapi bukan untuk semua benda. Sesetengah perkara korang perlu fkir dulu sebelum buat kalau korang tak nak jadi blogger yg syok sendiri.

Ok! Ni saja untuk tips part 1. Untuk part 2 nanti boleh jadi apa saja, maybe tips untuk blog nampak lebih kemas, tips cara penulisan atau apa-apa saja lah. Aku tak fikir lagi neh.Hahaha





Tags: tips blog,how to blogging,cara buat blog,blogspot,edit template

32comments:

Post a Comment

 

Kembali ke atas




Side Project under mello's: Wow! Bundle