Sunday, December 6, 2009

Jenis-jenis sejuk


Sejuk lawannya panas. Kadangkala sejuk lebih diperlukan daripada panas & begitu juga sebaliknya. Bila sejuk, kita perlukan panas & bila panas, sejuk pula yg kita tercari-cari. Actually, aku terfikir nak buat pasal sejuk ni bila nengok keadaan cuaca sekarang yg memang sejuk. Yela, kan sekarang ni musim hujan.

Tapi sejuk kt tempat kita takde la sesejuk salji winter sonata gitu.Hehehe.. Sejuk hujan je pun. So, tak payah berangan nak buat aksi romantis pakai baju tebal-tebal naik basikal ngan kekasih hati. Sejuk-sejuk ni buat minda & jari aku sedikit kaku. So, aku just mengarut kali ni untuk menunjukkan aku update jgk blog aku neh.


Jenis-jenis sejuk

#1 Sejuk cuaca

Ya, seperti yg aku mention kt atas, salah satu cuaca yg menyumbang kepada kesejukan ialah hujan. Memang best kalau hujan sebab rasa sejuknya mmg agak berlainan dengan sejuk dari angin kipas elektrik. Rasa nyaman je. Memang secocok dengan aktiviti hibernasi (tido). Salji juga menyebabkan kita rasa sejuk tp kt Malaysia ni tak mungkin la ada salji yg betol-betol jatuh dari langit kan?

#2 Sejuk ais

Tak kira la ais kt dalam gelas yg berisi air, ais dalam peti mahupun ais kt kutub utara/selatan, ais memang mampu membuatkan kita menggeletar kesejukan. Menyentuhnya saja membuatkan otot kita sedikit kejang. Jika cuba menjilat ais yg berkepul-kepul wapnya, berkemungkinan lidah kita akan terlekat pada ais terbabit manakala jika minum air yg mengandungi peratus ais yg agak tinggi, kepala kita akan terasa sedikit "kebas" & gigi terasa sengal.

#3 sejuk air panas yg disejukkan

Air panas yg disejukkan of course la tidak sejuk tp penggunaan perkataan sejuk tetap wujud disitu. Ini kerana air nescafe panas perlu disejukkan supaya peminum dpt minum dgn tenang tanpa melecur pada lidah.

#4 sejuk ais krim

sejuk yg ni memang best. Bukan best je malahan sedap & manis. Jika dinikmati bersama org yg tersayang mungkin boleh dijadikan kenangan manis walaupun ais krim itu sejuk. Lagi best aku tngah mengarut neh.Hahahaha

#5 Sejuk mata memandang

Ini bukan bermakna mata korang sejuk, tp maksudnya apabila melihat sesuatu tu, kita akan rasa senang hati. Lebih kurang sedap mata memandang la. Tp depends kpd org jgk la, kalau suka tgk gadis-gadis seksi, ungkapan sejuk mata memandang ttp boleh digunakan. Lagipun gadis-gadis seksi terbabit kesejukan sebab pakai pakaian tak cukup kain nak-nak musim hujan ni.

#6 Sejuk hati

Sejuk hati ni bukan bermakna ambik hati korang lepas tu letak dalam peti ais. Bukan. Contoh yg lebih sesuai ialah seseorang yg tengah marah tak tentu pasal dengan seseorang padahal org tu tak menyusahkan hidupnya pun, perlu disejukkan hatinya. Boleh menggunakan pelbagai cara untuk menyejukkan hati seseorang.

#7 Sejuk demam

Aku mengalami jenis sejuk #7 ni 2,3 hari ni. Badan aku panas, dahi pun panas tp sumpah aku sejuk sangat-sangat. Siap pakai baju lengan panjang,seluar panjang, pakai stokin & selimut tp tetap rasa sejuk. Disebabkan simptom ini jgk, aku tak on9 2,3 hari kebelakangan ni.

Sejuk apa lg yg korang rasa tak terkategori kt atas? Kadang-kadang mengarut best jgk kan..hehe..

24comments:

Post a Comment

 

BACK TO TOP




Side Projects under mello's: Wow! Bundle | melloGraphy | mello says