Sunday, November 15, 2009

Tutorial: Kalau cinta blog anda, sila backup beliau



Malam tadi lebih kurang pukul 10 lebih, Hbz datang ke rumah sewa aku.First time kot aku bersua dengan rakan se'blogger kt alam realiti neh. Selama ni just berhubung melalui shout mix & ym. Kenal pun melalui alam blogging. Kebetulan Hbz ni junior aku kt UTHM. So malam tadi dia datang ntuk tanya sedikit pasal photoshop sambil berkenal-kenalan.Hehe!

Ok,pernah tak korang terfikir yg korang akan terdelete entri-entri yg korang post kt blog tu? Atau korang gatal-gatal tangan tukar template blog korang tp korang nyesal sebab template baru tu amat jelik rupanya. Nak cari template yg lama tapi dah lupa download kt mana.

Mungkin juga korang ter'delete komen seseorang yg komen entri korang. Mesti nyesal tak sudah kan? "Alaaa.. dah la entri aku susah org nak komen..ni ada yg komen aku terdelete pulaaa". Oh,sadis kan? Hehehe..Ops, lupa aku nak cakap.. Tutorial ni hanya untuk pengguna blogspot saja. Yg bukan pengguna blogspot pun boleh je. Ada jgk tips yg korang boleh pakai.

Jadi, aku sarankan korang backup blog korang tu. Mana la tau apa yg aku cakap td betol-betol terjadi kan? Haru je.. Maybe ada sesetengah dari korang yg dah tau cara nak backup. Itu bagusla. Kepada yg tak tau, sila lah ambil tau. Untuk kebaikan korang jugak.

Cara pertama: Backup layout/template


1. First, korang pergi ke menu layout blog korang. Then klik menu edit html tu.


2. Lepas tu download full template.File akan disave ke dalam komputer korang dalam format (dot)xml.

click to enlarge image

3. Selain cara tu, korang jgk boleh copy contents template korang tu & paste kt notepad.

Cara kedua: Cara aku..hehe

1. Setiap kali aku post entri baru, aku takkan mula menaip kt ruang posting tu. Dah tu kt mana? Aku guna notepad. Aku tulis siap-siap kt situ and then paste je kt ruang posting. Bagi aku, cara ni lebih sistematik. (Chewaahh!). Bila aku dah taip kt notepad tu, of course aku akan save kt dalam komputer. So, dalam masa yg sama aku telah backup entri aku.

click to enlarge image

2. Sama jgk dengan gambar. Dalam setiap entri aku, pasti ada even sekeping gambar.Aku akan save gambar yg berkaitan dengan apa yg aku tulis tadi dalam satu folder. Contoh, aku post entri yg bertajuk "Aku skandal". So, aku create satu folder "Aku skandal" dan simpan file notepad & gambar-gambar yg berkaitan dlm entri "Aku skandal" dlm folder tu.

Cara ketiga: Backup semua posts & komen posts

1. Ok, mungkin tak ramai yg buat mcm aku buat dalam cara kedua tadi. It's ok.. Masih ada caranya korang nak backup entri-entri korang. Bukan setakat entri, cara ketiga ni boleh backup komen-komen kt entri korang lg. Tau tak apa tu komen? Alah, ada ruang komen kt bawah. Try korang bagi komen. Nanti beliau muncul la.Hehehe..

2. First, korang pergi ke menu settings. Then kt blog tools tu ada menu import blog, export blog & delete blog. Kalau korang rasa dah nyampah ngan blog korang tu, boleh klik delete blog.Hahaha.. Ok, sila klik export blog.

click to enlarge image

3. Akan keluar satu window baru. Klik saja download blog tu. File yg berformat (dot)xml akan disave ke dalam komputer korang.

click to enlarge image

4. Macam mana nak guna balik file tu? Korang pergi ke settings, klik import blog & import file tadi.

Cara keempat: Cara menyusahkan diri

1. Korang copy satu per satu entri korang tu & paste kt notepad.

2. Sama jgk mcm gambar. Copy link gambar satu per satu & paste kt notepad. Gambar-gambar yg kt entri aku tu kebanyakkan aku upload kt photobucket. So, takde masalah la kalau aku terdelete gambar tu kt entri.

Tu saja yg mampu aku kongsikan. Aku akan update entri ni kalau ada cara baru.

41comments:

Post a Comment

 

Kembali ke atas




Side Project under mello's: Wow! Bundle