Monday, November 30, 2009

Tips: Adab menjadi seorang blogger


Ya, tips ni dirumus khas untuk individu yg bergelar blogger. Tak kisah la full time blogger ke, part time blogger ke, blogger kt blogspot, wordpress mahupun yg ada domain sendiri, asalkan diri korang tu adalah BLOGGER, korang patut ambil tau & ambil peduli pasal adab-adab korang as a blogger.

Kepada bukan kaki blogging tp kaki sosial network yg tegar seperti friendster, myspace, tagged & facebook, korang juga boleh baca. Aku tak halang korang untuk baca walaupun aku pernah bengang ngan sekor dua facebooker tegar yg pernah pandang rendah kt aku sebab aku suka ber'blogging. At least aku takde la duk buang masa depan facebook 100% kan? Ber'blogging jauh lebih seronok & berfaedah.

#1 Hormat blogger lain

Yg ni aku rasa tak cakap pun takpe. Tapi kena ckp jgk sbb maybe ada yg tau tp tak ambik port. Bajet diri tu dah cukup otai, cukup lama dalam dunia blogging, traffic pun jem gila, so rasa hormat terhadap blogger lain tu dah kurang nak-nak newbie yg followers baru 4 orang. Blogger macam tu aku lansung tak respek.Ok?

#2 Jangan tinggi diri/riak/takabur

Yeah! Sifat macam ni aku paling takleh blah. Kerana beliau sangat popular dikalangan blogger lain yg mcm dah kena pukau ngan dia, so beliau rasa tinggi diri. Blogger-blogger ciput beliau tak layan dah, hanya bergaul dgn geng-geng dia, geng-geng yg macam popular la kununnya. Si kawan ni yg baru start ber'blogging terhegeh-hegeh nak kawan ngan dia sbb nak timba ilmu tp kurang dilayan.Memang sadis.

#3 Jangan pandang tinggi sangat kepada blogger lain

"Weh, dia tu otai weyhh.. memang respek gila aku ngan dia.." Sampai berbuih mulut tu duk bercerita. Relek bro.. Kawal emosi tu.. Relek-relek sudah.. Ko pun boleh jadi otai suatu hari nanti. Yang penting usaha itu tangga kejayaan. Tak semestinya ko duk bodek dia hari-hari ko pun boleh jadi otai jgk weyh. Nak respek boleh, tp berpada pada la. Aku pun respek blogger lain tp takde la macam kena pukau je.Hehe!

#4 Jangan pandang rendah kepada blogger lain

Terasa hebat diri ini bila traffic mencurah-curah, bila followers berjuta-juta, income pun berjuta-juta. Tapi taik yg aku nampak dalam dirimu bila kamu pandang rendah terhadap blogger lain samada newbie mahupun yg baru nak naik anak tangga. Nak pandang rendah kt aku? Silakan.. Aku tak kisah sebab aku tau aku lg (bakal) hebat dari kamu.Kehkekeh

#5 Jangan rasa rendah diri sangat

Aku tau ada antara korang yg rasa perasaan ni. Aku pernah rasa dulu. Aku memang paham sangat. Masa aku mula-mula ber'blogging, aku sorang-sorang je. Takde pun member sekelas aku yg join jgk ke, member serumah ke, ahli-ahli keluarga ke.. Mmg sorang-sorang. Jadi pergerakan aku dalam dunia blogging ni agak slow pada mulanya. Tak kenal siapa-siapa pun. Jadi aku ambik langkah untuk mengenali blogger lain,bukan memuja tp mengenali. Dari situ ko akan dapat kawan, org yg suka singgah blog ko..suka baca blog ko.. So, jgn rasa rendah diri sangat. Kita semua ada keistimewaan masing-masing.

#6 Jangan cepat meradang

Ada sorang blogger ni buat silap ngan ko, jangan la ko cepat nak naik darah ngan dia. Terus ko nak menjatuhkan dia mentang-mentang la ko ni berpengaruh & dia pulak masih baru dalam dunia blog ni. Kesian kawan tu. Jangan jadikan org lain musuh kita. Jadikan kawan jauh lagi baik. Jaga percakapan & kelakuan kita ngan org lain walaupun dorang wat silap ngan kita.Reti?

#7 Jangan cari gaduh

Cari gaduh tu terlalu umum actually. Ada banyak sebab yg boleh mencetuskan pergaduhan di kalangan bloggers. Ada yg jenis suka memperlagakan blogers lain, suka menghina blogger lain padahal blog dia mcm taik je. Macam lebih kurang je ngan #1 tadi.Hehe

#8 Layan je semua org

Kalau blogger yg kurang popular/newbie tegor dia, tak kisah la tegor kot shoutmix ke,cbox ke,ym ke, dia layan pun macam tak nak layan & kadang-kadang mmg tak layan. Takde faedah pun layan, bukannya boleh popularkan aku, bukan boleh tingkatkan traffic aku. Fuck off la ya? Sedar la diri tu sikit. Nak-nak ko pun masih baru. Layan & kawan je ngan semua org sama rata. Jangan dlm kepala hotak tu fikir nak lepak ngan otai-otai petai je. Tak menarik lansung la ko ni.auww

#9 Jangan cepat berputus asa

Tips #9 ni lebih kurang jgk ngan #5 tadi. "Blog aku takde org nak baca, takde nak komen, takde nak folow.." Rasa down je. Rasa takde mood dah nak update blog. Rasa mcm syok sendiri je. Relek la sayang..Hehe.. Mula-mula mmg macam tu. Buat baik ngan blogger lain. Borak-borak kt shoutmix ke,cbox ke.. Selalu baca & komen blog org lain ke. InsyaAllah lama kelamaan ada la pembaca tegar kt blog ko.

#10 Jangan berpura-pura & pilih kasih

Nilai seseorang dengan ikhlas. Ko tau dia ni bagus tp buat derk je kt dia sebab dia bukan geng ko. Apa-apa hal sekalipun ko akan dahulukan geng-geng ko even geng ko tu haprak.Waaa kasar je bunyinya mello? Hehehe

#11 Sedia menerima nasihat/teguran

Tak kira la ko ni org lama atau masih baru dalam ber'blogging, dan tak kira siapa yg tegur atau nasihat ko, ko kena terima dengan terbuka. Teguran tu untuk kebaikan kita jgk kan? Kalau kutukan tu lain la. Aku pun panas hati kalau org kutuk aku tak pasal-pasal samada secara tebuka mahupun tertutup.

#12 Jangan mudah terasa

Ada ke yg terasa ngan tips-tips aku kt atas ni? Maaf la. Aku tulis semua tu mengikut daya imaginasi fantasi aku. Tak pernah aku merujuk atau bedasarkan seseorang. Kalau terasa jgk, ada la yg tak kena ngan diri korang tu. Aku pun terasa jgk walhal aku yg tulis.Kakakaka

Sebenarnya ada banyak lagi perkara yg perlu seorang blogger terapkan dalam diri tp ni saja yg aku terimaginasi buat masa ni. Kalau ada aku akan update je di sini.Aku pun ada kurangnya.Of course la, aku hanya manusia biasa tapi cuba untuk buat yg terbaik. Kalau rasa diri tu ada sifat negatif, buang la jauh-jauh ya? Tak molek semua tu..Hihihi

72comments:

Post a Comment

 

Kembali ke atas




Side Project under mello's: Wow! Bundle