Saturday, November 7, 2009

Piala Malaysia '09: Kijang parah ditanduk Rusa


Hampa & kecewa. Hanya itu yg mampu aku ungkapkan tentang perlawanan akhir piala Malaysia 2009 di mana negeri tumpah darahku, Kelantan bertemu dengan Negeri Sembilan.Kelantan tewas dengan Negeri Sembilan 1-3 dimana Negeri Sembilan berjaya menjaringkan 3 gol manakala Kelantan hanya mampu menjaringkan 1 gol. Aku bukan main bersemangat lg pergi nonton perlawanan tu td. Bukan nonton video tau, nonton secara live. LIVE. Ngerti? Tapi live kt tv je la.Hahahaha!

Bukan tak nak pergi nonton live kt stadium nasional Bukit Jalil tp keadaan tidak mengizinkan. Nak-nak musim exam macam ni. Baik tengok kt kedai belakang ni je, view pun ok.. Tak sesak sangat orang & asap mercun macam kt stadium tu.Hehe.. Kelantan layak ke perlawanan akhir setelah menewaskan Perlis & Negeri Sembilan layak setelah menewaskan Terengganu.

Dipendekkan cerita (terpaksa dipendekkan sebab masih down dengan kekalahan Kelantan), Negeri Sembilan berjaya menjaringkan gol pertama menerusi sepakan Shahrul Ain. Defends Kelantan agak lemah sepanjang permainan berlansung. Memang agak menonjol kelemahannya di situ. Apa ni?

Pada separuh masa kedua, Negeri Sembilan berjaya menjaringkan 2 gol dimana satu daripadanya hasil jaringan sepakan penalti. Oh, sunggu sakit! Apa boleh buat kan? Adat perlawanan.. Ada yg menang & ada yg akan tewas. Kelantan berjaya menjaringkan satu gol di saat-saat akhir, kalau tak silap aku seminit sebelum perlawanan tamat menerusi sepakan percuma Indra Putra.

Penyokong Kelantan kelihatan berpusu-pusu meninggalkan stadium setelah Negeri Sembilan menjaringkan gol ke-3. Ikutkan hati, nak je aku blah dari kedai Cili Giling kt belakang rumah aku ni.Huhu! Bukan apa, aku takde peluang pun untuk bersorak tadi. Hanya mampu melihat dengan air mata yg mengalir kekecewaan.Haha takde la..

Tahniah buat Negeri Sembilan kerana berjaya muncul sebagai juara Piala Malaysia dan menamatkan penantian mereka selama 61 tahun selepas memenangi Piala Malaysia buat kali pertama pada tahun 1948. Tahiah juga kepada Kelantan kerana berjaya layak ke final.Kito gomo di laen maso deh? Ehee..

p/s: Sempat jgk la gelak td masa kepala org yg padam api kt kerusi stadium tu kena baling ngan botol. Hahahahahaha

18comments:

Post a Comment

 

BACK TO TOP




Side Projects under mello's: Wow! Bundle | melloGraphy | mello says