Thursday, November 5, 2009

Kahwin sebelum kerja atau selepas kerja?


Pada mulanya aku ingin letak tajuk entri ni ialah "seks sebelum atau selepas kerja". Tapi memikirkan mungkin tajuk terbabit terlalu extreme & mungkin disalah anggap sebagai melakukan hubungan seks sebelum pergi atau pulang dari kerja, so aku tukar tajuk yg lebih sesuai agar lebih menepati apa yg aku ingin bicarakan disini.

Kahwin. Of course semua org mempunyai keinginan untuk berkahwin. Kalau ada yg tak nak kahwin tu aku tak tau la nk cakap apa. Maybe mereka ada sebab yg membuatkan mereka tak nak kahwin. Mungkin fobia dengan jantina yg berlainan, ada kisah silam yg gelap atau mungkin takut untuk menghadapi malam pertama? Hehehe

Ok, bukan bab itu yg aku nak cakap. Actually, bila sebut kahwin, mesti ramai yg fikir kahwin ni perlu guna banyak duit. Yela, duit hantaran, nak sewa kanopi lg, sewa pelamin, beli barang-barang mentah untuk kenduri and so on. Itu untuk persiapan nak kahwin. Kalau untuk lepas kahwin pulak, nak bagi bini makan, duit belanja, barang-barang dapur dan kalau ada anak kena beli pakaian anak, susu, mainan..Banyak nak guna duit kan?

Bila fikir pasal duit, of course kena ada kerja dulu. Bila kerja baru la ada sumber kewangan kan? Kerja dulu baru kahwin. Kalau kahwin dulu before ada kerja mcm mana nak bagi anak bini makan kan? Nak bg mkn pasir? Tu yg selalu aku dengar. (Bukan aku yg ckp ok?) Kalau kahwin mesti kena tinggal kt rumah sendiri. Tak kan nak tinggal ngan mak ayah lg. Bila ada rumah sendiri, sewa rumah, bil elektrik, bil air, bil astro, bil streamyx dan bermacam jenis bil lg kena la bayar sendiri kan?

Aku jgk pernah dengar apa salahnya kahwin kalau takde kerja pun. Memang tak salah. Kalau kahwin nanti makan minum masing-masing la. Makan kt kedai je la. Tak pun makan nasi bungkus. Masing-masing bayar. Tak payah la tinggal serumah nak-nak kalau masih belajar. Jalani kehidupan macam hari-hari biasa cuma bezanya dah kahwin. Kalau ada "urusan tak tertahan" ngan bini/suami, jumpa je la kt mana-mana. Buat je la apa pun. Dah kahwin kan? hehehe..


Tapi sampai bila nak makan nasik bungkus? Tak teringin ke nak ada rumah sendiri, beli set perabot sendiri, set bilik tidur dan lain-lain lg. Tp semua tu guna duit kan? So kena la ada kerja.. "Buat apa semua benda tu? Perlu ke kalau dah kahwin?" Perlu tak perlu tu aku tak tau. Bagi aku, aku ada banyak impian yg aku nak wat lepas kahwin nanti. Bukan setakat memberi nafkah zahir & batin. Hihihi

Jadi apa yg terbaik sebenarnya? Kahwin sebelum kerja atau selepas kerja? Kalau aku pula, aku dah target, sekarang aku final year student. InsyaAllah tahun depan aku grad. So, aku ambil masa 2 tahun untuk proses cari kerja & bekerja. Setahun untuk kumpul duit. Maybe paling awal aku kahwin 3 tahun lg. InsyaAllah.


p/s: Tahniah untuk Muhammad Assaqafi (classmate aku kt universiti sekarang) yg akan kahwin pada 29 November 09 ni. Lepas Raya Haji la. Awal ko nikah eh? Gudluck to you..

41comments:

Post a Comment

 

BACK TO TOP




Side Projects under mello's: Wow! Bundle | melloGraphy | mello says