Tuesday, October 27, 2009

Permainan klasik kanak-kanak 80 an & 90 an


Dulu masa kecik-kecik mmg seronok. Main apa saja pun boleh hiburkan hati even sekeping kertas boleh buat kita gelak ketawa. Kalau difirkan balik, memang best jadi sorang kanak-kanak. Life full of color gitu.Hihihi.. Terkenang balik benda-benda yg pernah aku main masa kecik-kecik dulu. Fikir-fikir balik, terasa rindu pulak dengan zaman tu. Zaman riang ria.

Permainan yg aku maksudkan tu bukanlah permainan tradisional seperti congkak, wau, batu seremban dan lain-lain tapi permainan yg boleh dikatakan "rekaan" budak-budak, permainan yg mungkin dianggap permainan yg ntah apa-apa. So what, budak kan yg main.. Tak kisah la nampak bodoh ke apa. Kalau yg tua bangka main maybe org kata org tu gila kot.kekeke

Ada antara permainan yg aku main dulu mungkin dianggap tradisional tp aku rasa mcm tak je. Aku pun ingat-ingat lupa dah cara main yg sebenar & peraturannya. Kalau ada yg tak betol tolong betolkan la eh? Maybe ada antara korang yg pernah main jgk.Takkan takde kot. Permainan-permainan ni aku rasa popular pada tahun 80an - 90an.


Permainan berkaitan dengan objek legap



- Tembak ais menggunakan penyedut minuman (straw)

Aku masih ingat dulu masa sekolah rendah, lebih kurang masa darjah 2 atau 3.. Balik sekolah tu singgah kt kedai runcit depan sekolah & beli air yg dalam plastik. Habis je minum air, straw & ais tak dibuang begitu je.. Kalau tak makan ais tu aku wat "peluru" untuk main tembak-tembak. Ais dimamah halus-halus & dimasukkan ke dalam straw. Lepas tu tiup sekuat hati ke arah kekawan. Sakit jgk la kalau kena ais tu..huhu

- Bola kaki 3

Permainan ni biasanya dimainkan oleh budak lelaki. Kenapa bola kaki tiga? Ini kerana selipar disusun dengan bentuk piramid. Pemain akan berdiri dalam jarak tertentu dari selipar yg disusun tadi dan bola akan dilontar ke arah selipar tadi. Objektif permainan adalah untuk merobohkan susunan selipar tadi dengan menggunakan bola dari jarak tertentu.

- Lompat getah

Permainan ni sesuai dimainkan oleh perempuan atau lelaki.Aku rasa semua org tau tentang permainan ni. Bezanya hanya la cara lompatan...kot.hehe! Yang lelaki boleh la lompat serakus-rakusnya.. Yang perempuan melompat pun berpada-pada lah..Kenapa? Alah, paham-paham sendiri la eh?

- lontar guli

Permainan ni dimainkan oleh beberapa org pemain. Satu bulatan dilukis kt atas pasir & setiap pemain meletakkan biji guli mereka kt dalam kawasan bulatan tu. Setiap pemain ada giliran masing-masing untuk melontar biji guli ke dalam kawasan bulatan tu. Objektif permainan adalah untuk mengeluarkan biji guli pemain lain dari kawasan bulatan tu. Biji guli yg terkeluar akan menjadi milik pemain yg berjaya mengeluarkan biji guli itu tadi.



- Main jentik penutup/tudung botol besi

Ingat lg tak dulu masa kecik-kecik selalu jumpa air bergas yg dijual dalam botol tu? Botol kaca tu la yg penutupnya diperbuat daripada besi tu. Sekarang jarang dah jumpa air botol mcm tu. Kebanyakkan air sekarang dijual dalam botol plastik. Penutup botol tu dikumpul sebanyak 5...err, 5 apa eh? 5 biji kot.. tak kisah la. Lepas tu main jentik-jentik & selambut guna penutup botol tu.



- Teng-teng

Permainan ni kalau kt tempat aku dipanggil "dekcok" (disebut that chalk). Cara mainnya melompat dengan sebelah kaki kt dalam petak-petak yg dilukis. Ada rules nya. Kt mana stop, kt mana kena pusing, kotak mana yg mesti dilalui dulu..




Permainan berkaitan dengan tumbuhan

- Letak daun setawar dlm buku

Daun setawar menghasilkan anak pokok pada bahagian tepi daunnya. So, apa kaitannya? Hahaha.. tu la pasal.. Letak daun setawar kt dalam buku.. Then daun tadi bercambah kt situ. Ntah apa objektifnya buat gitu. Lepas tu taruk bedak. Kira macam baja la tu kot. Tp daun setawar tetap boleh bercambah even tersepit di dalam buku.

- laga biji getah

Yang ni biasa la kot. Sekarang pun masih popular di kalangan kanak-kanak rasanya nak-nak yg tinggal kt kawasan ladang getah. Biji getah dilagakan untuk membuktikan biji getah siapakah yg terhebat! Hahaha..mcm-mcm perangai masa budak-budak kan? Biji getah pula terbahagi kepada banyak jenis pulak. Yang aku ingat, biji getah yg aku kagumi dulu biji getah kapak. Bentuknya seakan-akan mata kapak & keras berbanding biji getah yg lain.


Permainan berkaitan dengan haiwan

- Tangkap pepatung

Tau tak apa tu pepatung? Bukan patung babydoll ok? Pepatung yg serangga tu..Cara nak tangkap beliau ialah dengan menggunakan beg plastik yg diikat kt sebatang kayu yg halus. Kira macam buat serkap la ni. So, kalau nampak pepatung bertenggek kt mana-mana, pegi slow-slow kt pepatung tu & cuba tangkap beliau dari arah atas dengan menggunakan peralatan tadi. Kepuasan tercapai jika pepatung dapat ditangkap.

- Ikat pepatung

Yang ni best jgk.. Kadang-kadang, pepatung yg ditangkap td bukan senang-senang je dilepaskan semula. Main-main la dulu. Benang jahit diikat pada ekor pepatung kemudian pepatung tu dilepaskan. Macam best je tgk pepatung tu terbang dengan benang terikat kt ekor. Rasa macam main layang-layang pun ada gak..hehe

- Tarik ekor pepatung

Kadang-kadang kekadang, setelah puas main ikat benang kt ekor pepatung, ekor pepatung tu ditarik slow-slow hingga bercerai dari badan.Haha! Kt hujung ekor yg tercabut tadi ada satu gelembung. Ntah la organ apa tu. Yg peliknya, pepatung tu still hidup & boleh terbang lg tanpa ekor.Hehehe.. Kejam!

- Bela bulu ayam/burung dlm buku

Ni pun sama macam daun setawar juga. Bulu ayam/burung yg disimpan kt dalam buku & diletakkan bedak dikatakan "hidup". Macam mana hidup tu? Bulu tu boleh beranak! Kakaka.. Sejauh mana kebenarannya? Aku pun dah lupa bulu ayam yg aku bela dalam buku dulu beranak ke tak. Beranak di situ bermakna bulu tu bercambah mengeluarkan bulu-bulu yg kecil. Kadang-kadang bulu tu dilepaskan di udara lepas tu nampak bulu tu terbang mcm benda hidup. Gila mistik! Kakakaka

- Tangkap undur-undur

Tau tak apa tu undur-undur? Undur-undur adalah sejenis serangga yg tinggal di dalam lubuk pasir. Kenapa lubuk pasir? Kerana pasir tu dibentuk oleh undur-undur untuk memerangkap serangga lain untuk dijadikan makanannya terutamanya semut. Semut yg terjatuh ke dalam lubuk nya itu mempunyai peluang yg amat tipis untuk menyelamatkan diri. Kalau kt tempat aku (Kelantan), undur-undur dikenali sebagai "posek undur". Kenapa beliau dinamakan undur-undur? Kerana beliau bergerak secar mengundur la..Lawak la menatang ni. Mcm wonderpets! Hehe.. Cara nak tangkap undur-undur mcm ni. Lubuk pasir beliau tu dikaut sedalam-dalamnya. Undur-undur mungkin berada di dalam pasir yg dikaut tadi. Kepuasan terhasil bila dapat tangkap beliau & memerhatikan beliau bergerak mengundur sambil mentertawakan beliau kerana mengundur. dur durr durr!


Undur-undur


Lubuk undur-undur

- Tangkap ikan guna mangkuk penyejat

Ni biasa je kot. Tapi best & mencabar! Aku dulu suka tangguk ikan kt air-air cetek, kt parit.. teruja gle tu.. Lagi teruja bila ikan dapat ditangkap.Hehe

- Memancing semut

Pancing semut ni tak perlu batang joran & mata kail ok? Aku rasa kebanyakkan org dah tau pasal permainan ni. Guna batang kemuncup je. Lepas tu jolok lubang sarang semut tu & biarkan batang kemuncup tu. Kalau nampak kemuncup tu bergerak-gerak, maknanya ada semut tengah gigit la. Kepuasan tercapai bila dapat menarik semut keluar dari lubang sarang beliau. Objektif permainan masih tidak diketahui.



Ada banyak lagi benda yg aku main dulu tapi setakat ni yg aku ingat buat masa ni. Korang pulak takkan takde permainan yg pelik-pelik masa kecik-kecik dulu? Mesti ada kan selain yg aku mention kt atas.. Hmm.. aku perhatikan sekarang jarang dah budak-budak main permainan yg aku sebut tadi. Maklumlah dunia dah moden.. Kalau tak main playstation mesti main x.box.. Kalau tak lepak kt cyber cafe main counter strike.

Maybe sekarang permainan "klasik" ni masih dimainkan kt sesetengah tempat mcm kt kampung ke tapi tak macam dulu la.

17comments:

Post a Comment

 

Kembali ke atas




Side Project under mello's: Wow! Bundle