Sunday, October 25, 2009

Iklan sweet dari Everyone Connects - Through My Window


Sweet!! Itu first expression aku bila nengok iklan neh. Kreatif sangat-sangat! Nampak lain dari yang lain. Kagum terkasima pun ada.kakaka.. Actually, malam tadi ada kwn aku  sms. Dia cakap ada iklan dari TM-Net yg sangat sweet. So aku tanya mcm mana iklan tu.. Dia cakap ada sekeping orang kertas lelaki yg merentasi dari satu bangunan ke bangunan bersebelahan untuk berjumpa dengan sekeping orang kertas perempuan dengan menggunakan tali.


Sekali tengok mcm iklan dari luar negara. Kagum sebab Malaysia pun boleh menghasilkan iklan yg berkualiti & kreatif mcm ni. Oh ya, lupa nak cakap. Tajuk iklan tu "Everyone Connects - Through My Window". Everyoneconnects dibawa khas oleh Telekom Malaysia (TM). Tahniah.. Malaysia boleh! Hihi..

Lagu yg dimainkan kt iklan ni adalah nyanyian band indie Malaya, Bunkface. Sangat cool! Pilihan everyoneconnects kali ni adalah tentang muzik/lagu. Esok lusa mungkin tentang apa sahaja. Persediaan untuk exam, relationships dan lain-lain. Itu kata mereka.



Korang boleh baca info lengkap pasal ni kt website everyconnects. Klik sini. Kt situ ada banyak benda menarik yg korang boleh join. Jangan lupa tengok pelbagai aksi menarik Bunkface dengan lagu mereka, Through My Window kt sini. Kt website tu korang juga boleh download lagu & ringtones "Through My Window".


Info from:

- Everyone Connects : http://www.everyoneconnects.net/site/mainpage1.aspx

13comments:

Post a Comment

 

BACK TO TOP




Side Projects under mello's: Wow! Bundle | melloGraphy | mello says