Saturday, October 24, 2009

Cara backup bookmarks di mozilla firefox


Siapa-siapa yg rasa diri korang tu pengguna internet yg tegar mesti suka bookmarks website yg korang suka kan? Tak kisah la website apa pun.. Website gosip artis ke, website soal jawab agama ke, website tentang kehidupan peribadi seseorang ke, website lucah, website mp3 ke, website suka dalam serius dalam suka macam mello's ni ke (hehe..) dan bermacam-macam websites lg.

Sama la ngan aku. Aku rasa beratus-ratus dah sites yg aku bookmarks. Oops! Website porno aku tak bookmark ok? I'm sorryyy..Hahaha! Kt firefox aku ada 25 folder bookmarks dimana setiap folder ada berpuluh-puluh sites yg aku bookmarks. Banyak kan? Ha'a mmg banyak la. Agak-agak kalau firefox aku crash atau ter-uninstall mau separa mereng aku.Serius.

Dulu pernah sekali PC aku rosak dengan mengejut. Terpaksa di format. Oh, sadis. Semua hilang termasuklah mozilla firefox & bookmarks-bookmarks nya. Tertekan jgk la. Lepas tu kumpul balik sampai la sekarang. Kalau terjadi tragedi sedemikian lagi? Usah risau. Backup je la bookmarks tu.

Bagi mereka yg memang selalu aware tentang kemungkinan kehilangan bookmarks dorang, itu memang satu amalan yg bagus. Tapi kalau korang back-up bookmarks korang dengan copy satu per satu website address tu & paste kt notepad, aku rasa itu bukan la satu tindakan yg bagus. Bukan tak boleh, boleh je. Tapi agak leceh la kan? Kalau sikit takpe. Tapi kalau macam aku ni boleh "krem" jari jemari duk nekan "copy" & "paste" je.Huhu!

Ok, setakat ni ada dua cara termudah yg aku ketahui untuk back-up bookmarks kt firefox. Boleh cuba kalau berani.Hehe..

Cara pertama:


1. Tengok kt menu firefox korang tu, yg ada file,edit,view,history.. ada satu bernama "bookmarks". Pergi ke bookmarks then pergi ke organize bookmarks.


Click to enlarge image

2. Lepas tu pergi ke "import & backup" dan klik "export html". Lepas tu save kt mana-mana yg korang nak. File bookmarks korang akan disimpan dalam bentuk ".html"

Click to enlarge image


Cara kedua:

Dengan cara ni, korang boleh ambil terus file bookmarks korang kt dalam folder mozilla firefox yg korang install kt PC/laptop korang tu. Apa yg korang bookmark selama ni actually disimpan disitu. Cara pertama tadi hanya kalau korang malas nak buka folder demi folder untuk mencari file .html tadi.

Ok, sila explore folder korang seperti urutan dibawah.


C:\Documents and Settings\(nama komputer anda)\Application Data\Mozilla\Firefox\Profiles\7les8ch6.default

Tak paham?

Pergi ke drive C ==> Documents and Settings ==> folder nama komp. anda (cth: winxp) ==> Application Data ==> Mozilla ==> Firefox ==> Profiles ==> 7les8ch6.default

Folder yg bernama 7les8ch6.default tu mungkin tidak sama seperti yg aku tulis tu. Cuma cari je folder yg lebih kurang dengannya. (yang ada XXXXX.default)

Dalam folder tu, ada file yg bernama bookmarks.html. Yang tu la file bookmarks korang.



Dah backup tapi macam mana nak guna file bookmarks.html tu nanti?

Ok, katakan korang uninstall firefox korang & install balik, korang boleh masukkan semula bookmarks korang tu ke dalam firefox.

Caranya macam cara pertama untuk backup tadi cuma bezanya korang klik "import" & select file bookmarks tu.

10comments:

Post a Comment

 

BACK TO TOP




Side Projects under mello's: Wow! Bundle | melloGraphy | mello says