Thursday, October 22, 2009

Bekas isteri Naza The Times, Dayana telah meninggal dunia


Aku tau kebanyakkan org sudah sedia maklum akan hal ni tapi aku tetap mahu ceritakan sedikit tentangnya. Actually, aku nak buat entri pasal ni awal-awal lagi tapi masa tidak mengizinkan. Too busy! huhu.. Baru-baru ni (lebih kurang 4 hari yg lalu), negara telah dikejutkan dengan satu kemalangan ngeri yg melibatkan 3 penumpang di Kilometer 2 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai.

Salah seorang mangsa kemalangan tu ialah Wan Nurdiyana Mohd. Kamarulzaman atau lebih dikenali sebagai Dayana Kamal. Mungkin ada yg tertanya-tanya siapakah Dayana. Mungkin sudah ada yg mengenalinya. Jika nengok kt laporan akhbar, kebanyakkannya hanya menyatakan yg Dayana ni adalah seorang artis yg pernah membintangi filem Black Maria & beberapa drama tempatan seperti Rumah Itu Duniaku, Sumaiyyah, Raya Dengan Tok, Selamat Tinggal Noni, Ayah Kami dan terbaru siri drama popular Matahari.


Dayana & Amanda semasa dengan Naza dulu

Tapi mungkin ada yg tak tau yg Dayana adalah bekas isteri Natazar Mohd atau lebih dikenali sebagai Naza The Times. Siapa Naza? Naza The Times adalah penyanyi/gitaris kumpulan The Times. Naza juga adalah ex-gitaris kumpulan OAG. Ok, berbalik kepada kisah Dayana tadi. Dayana berasal dari Kelantan & seingat aku kampungnya kt Ketereh atau Bukit Abal. Tak jauh la dari Pasir Puteh.

Amanda

Dayana dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Dayang Fatihah Amanda hasil perkahwinannya dengan Naza. Aku pernah berjumpa dengan Naza & Dayana beberapa tahun dulu kt KB Mall, Kota Bharu. Seingat aku, masa tu Amanda masih belum dilahirkan.. Sempat jgk la lepak & borak kt food court KB Mall tu.



Aku & Naza di KB Mall, Kota Bharu.

Ajal, maut di tangan Allah s.w.t. Seawal usia 22 tahun Dayana dah pergi buat selamanya. Terkejut jgk la masa aku tau yg dia meninggal selepas terlibat dengan kemalangan tu. Tu pun aku tau dari Kosmo! online. Kat bawah ni adalah laporan dari Kosmo! online mengenai kemalangan tu.

*****************************************************************************************

KOTA BHARU - Wan Nurdiyana Mohd. Kamarulzaman (gambar), salah seorang daripada tiga penumpang kereta yang rentung dalam kemalangan ngeri di Kilometer 2 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai, Bunut Payung dekat sini awal pagi kelmarin merupakan seorang pelakon filem dan drama.


Wan Nurdiyana, 22, atau dikenali sebagai Dayana pernah membintangi filem Black Maria dan beberapa drama tempatan iaitu Rumah Itu Duniaku, Sumaiyyah, Raya Dengan Tok, Selamat Tinggal Noni, Ayah Kami dan terbaru siri drama popular Matahari.

"Hati mana tidak sedih kehilangan dua anak dalam kemalangan jalan raya dalam tempoh dua tahun berturut-turut," katanya sayu ketika ditemui di rumah datuk Dayana di Kampung Chempaka di sini kelmarin.

Menurut beliau, arwah yang merupakan anak sulung daripada empat beradik itu masih bercuti Aidilfitri dan sedang menunggu tawaran baru untuk berlakon.

"Pada bulan puasa lalu, arwah mahu memakai tudung untuk penampilan baru dan seminggu sebelum kejadian, arwah membaca al-Quran yang menyebabkan ibunya, Wan Norhayati Ismail berasa sebak dan hairan.

"Itu merupakan petanda yang Dayana akan meninggalkan kami buat selama-lamanya," katanya.

Dalam kejadian itu, selain Dayana yang rentung, dua lagi yang terkorban ialah warga Amerika Syarikat yang juga pekerja pelantar minyak di Terengganu, Gonzales Christopher, 25, dan Tengku Samsu Tuan Ibrahim, 25, dari Tanah Merah, Kelantan. Christopher dikatakan sedang membuat kajian mengenai belut.

*****************************************************************************************

Sama-sama lah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah Dayana. Semoga dosa-dosanya yg lalu diampuni Allah s.w.t & semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yg beriman.

p/s: Sebak jgk nengok Amanda. Di usia muda yg masih tidak mengerti apa-apa sudah kehilangan ibu yg tersayang..

21comments:

Post a Comment

 

BACK TO TOP




Side Projects under mello's: Wow! Bundle | melloGraphy | mello says