Wednesday, October 14, 2009

Adikku merampas & menodai kekasih ke-2 ku!


Dua hari yang lepas, aku menerima kiriman MMS dari adik lelaki aku yg berada di kampung. Dia masih belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di sana. Tapi bukan itu yg aku mahu ceritakan. MMS yg dihantar olehnya itu betol-betol membuatkan aku tak keruan. Kekasih ke-2 ku yg aku rindui sudah menjadi miliknya.. Tidak.

Aku melihat wajah kekasihku itu. Tampak lebih berseri. Nampak lebih ceria berbanding ketika bersama ku dulu. Aku tau, aku berada jauh darinya tapi tak bolehkah setia seperti kekasih pertama ku? Apa dikau sudah lupa saat kita bersiar-siar bersama? Apa dikau sudah lupa kita berpanas berhujan bersama-sama?

Tinggalkan cerita itu dulu. Sedikit kesah adik ku td. Beberapa bulan yg lepas, adik ku telah menerima sebuah motosikal 135LC pemberian ayahku. Tempat pengajian adik ku itu mengambil masa 40-50 minit dari rumah akan tetapi dia stay kt rumah sewa sekitar tempat dia belajar. Hujung minggu dia akan pulang ke rumah dengan menunggang motosikal terbabit.

Suatu hari itu, adik ku yg sedang menunggang 135LC itu manakala kawannya menjadi pemboncengnya sedang dalam perjalanan ke tempat dia belajar. Tapi apakah nasib, seorang pakcik yg kurang berhemah dalam menunggang motosikal telah melakukan satu kecuaian.. Dan result akhirnya ialah motosikal yamaha 135LC adik ku itu berkecai. Adik ku patah ibu jari tangan,badannya luka teruk, tulang belakangnya ada sedikit masalah manakala kawannya itu berlumuran darah di kepala & muka tapi masih bernyawa sehingga ke hari ini. Alhamdulillah.

Kasihan adikku. Agak hiba apabila aku menerima khabar dari ibuku dari kampung. 135LC nya itu telah dihantar ke kilang asalnya di Kuala Lumpur untuk proses pembaik pulih. Kenapa Kuala Lumpur? Kerana 135LC nya itu masih dalam tempoh warranty. Motor baru..Ngerti?

Jadi, kerana kehilangan 135LC nya itu (maybe untuk beberapa bulan), adik ku telah merampas kekasihku di kampung. Bukan setakat itu saja, kekasih ke-2 ku itu telah dinodai adik ku. Tapi aku tak kesah..Gembira ada la. Lagipun adik ku boleh jaga kekasihku itu kerana aku berada jauh di selatan Malaya.

Dulu

Sekarang

Oh, lupa nak khabarkan. Kekasih ke-2 ku itu ialah yamaha 125Z. Adik aku guna la beliau (maksud aku pinjam la..) untuk berulang alik ke tempat dia belajar sekarang. Adik aku telah menodai beliau dengan menukar coverset baru yg berwarna kuning. Memang nampak lebih ceria. Aku pun suka. kekeke

21comments:

Post a Comment

 

BACK TO TOP




Side Projects under mello's: Wow! Bundle | melloGraphy | mello says