Monday, September 7, 2009

Reload prepaid anda secara percuma


Wow! mcm best je tajuk entri ni kan? hehe..Siapa-siapa yg tengah boring, tensen, stress ke, aku sarankan korang baca sampai abis..tak rugi pun.Boleh release tension dalam kepala korang tu.Lagipun, apa salahnya aku berkongsi info ngan korang kan.hee

Untuk semua talian 012,013,016,017 dan 019, anda semua selepas ini tak payahlah pergi ke kedai handphone lagi untuk mereload prepaid anda. Di sini ada cara untuk mereload handphone dengan cara yang agak illegal.. tapi cara mereload handphone ini hanya boleh digunakan pada 20 hingga 30 haribulan pada setiap bulan.Ini kerana setiap talian ini di upgrade pada masa- masa ini.

Ok, kepada pengguna talian 012,013,016,017,019, sila dail 1425037 dan tunggu dalam 5 saat dan anda akan dengar seperti bunyi bising (frecuency noise), tunggu sehingga bunyi itu hilang dan dail 3151, tunggu 3 saat dan masukkan nombor telefon anda.

Anda akan dengar operator cakap "please insert you pin number" masukkan 011685 45127 00934 tunggu selepas dia kata nombor pin selesai,lepas tu dial 0405 untuk kl dan Selangor, 0406 untuk kawasan lain semenanjung dan 0409 utk Sabah & Sarawak.

Then,anda akan mendengar "for airtime top-up press 1723" selepas dail nombor tersebut kemudian tekan nombor telefon anda sekali lagi.Tunggu selepas bunyi bising selesai, dial 4255147 diikuti 143 selepas 5 saat...

Ok, selepas beberapa saat, anda akan mendengar "your pin number is accepted" anda terus dail 1007 dan anda akan dengar "your key number is accept" terus dail 4466 dan anda akan dengar "your password is accept".Lepas itu terus dail nombor telefon anda dan anda akan dengar:





"wow! banyak chanteek! Ingat semua benda dalam dunia ni free kah? Nak masuk jamban pun kena bayar 20sen atau 30sen mengikut coverage area tau! lalalala"


Hahaha..I'm sorry! So, diharapkan tension anda berkurangan..Jangan makin bertambah pulak ye? kekeke..

14comments:

Post a Comment

 

BACK TO TOP




Side Projects under mello's: Wow! Bundle | melloGraphy | mello says