Tuesday, September 15, 2009

Raihan feat. Hujan: Salam Aildifitri Ayahanda & Bonda


Siapa sangka sebuah band indie boleh bersatu dengan kumpulan nasyid yg sudah tentu berbeza aliran muzik.Namun itulah hakikatnya bila band Hujan bekerjasama dengan Raihan merakamkan sebuah single sempena Hari Raya nanti.Single tersebut ialah ‘Salam Aidilfitri Ayah dan Bonda’ dimana bg aku melodi & liriknya boleh dikatakan agak ‘catchy’ & menarik.

Raihan & Hujan juga sempat merakamkan video klip untuk single tersebut dimana video tersebut menceritakan tentang keinsafan & kesedaran seorang anak terhadap ibu bapa nya yang bersusah payah menyediakan kelengkapan & persediaan Hari Raya demi kegembiraan & kebahagiaan anak mereka.Namun anaknya itu tidak menyedari di sebalik kegembiraan untuk menyambut Hari Raya itu, kedua ibu & bapa nya telah bersusah payah & berkorban untuk mencari wang untuk persiapan Hari Raya.Setelah dewasa barulah si anak itu tadi menyedari & memahami akan pengorbanan ibu bapa nya untuk melihat anak mereka bergembira di hari lebaran.


(starting mmg takde bunyi lg,saat ke 26 br kluar muzik)


Raihan & Hujan: Salam Aildifitri Ayahanda & Bonda

Terkenang di ketika itu
Ku dimanja dan disayang selalu
Apa saja kemahuan diri
Akan cuba dipenuhi

Walau hidup dalam kesukaran
Kau kan cuba tuk membahagiakan
Demi anak-anak yang tersayang
Kau berdua kan berkorban

Tetapi baru ku sedari
Tidak mungkinkan terbalas budi
Pengorbanan mu tiada ternilai
Hanya tuhan kan membalasnya

Chorus

Salam aidilfitri
Ayah bonda yang dicintai
Maafkanlah anakmu ini
Kerna belum cukup berbakti

Pabila menjelang lebaran
Baju baru kan disediakan
Walau mungkin kami tak mengerti
Keperitan saat itu

Namun wajah mu terus bercahaya
Oh sucinya kasih sayang itu
Dibibir mu kan menguntum senyum
Andai nya anak-anak mu bahagia

Chorus

Salam aidilfitri
Ayah bonda yang dicintai
Maafkanlah anakmu ini
Kerna belum cukup berbakti



Berikut adalah temubual antara Hujan & Raihan dengan MStar:


MStar: Mudah atau tidak untuk bekerjasama antara satu sama lain?

Raihan: Alhamdulillah, masing-masing ada idea yang sama dan senang untuk berbincang dengan kumpulan Hujan. Dalam masa seminggu sahaja kami sudah berjaya menyiapkan lagu ‘Salam Aidilfitri Ayah dan Bonda’ ini.

Hujan tiada masalah untuk menghayati lagu itu kerana selepas dua hingga tiga kali berbincang, mereka lebih menumpukan kepada susunan muzik manakala Raihan lebih kepada vokal.

Lepas ni, insya-Allah kami akan terlibat untuk bekerjasama dalam membikin klip video lagu itu pada minggu hadapan di sekitar Kuala Lumpur.

Hujan: Kami rasa tak susah untuk berkolaborasi dengan Raihan cuma agak segan dengan kerana mereka lebih ‘senior’ dan sangat terkenal di sini dan luar negara.

Memang dua atau tiga hari sebelum puasa semasa mereka memberikan lagu itu, kami rasa tak puas hati sangat tetapi lepas berbincang pada esok harinya tu, baru ‘ok’. Kami nak lagu tu ada ‘feel’ Hujan dan tak nak lagu itu dibuat ‘asal ada’ sahaja kerana kami mempunyai ‘feel’ sendiri. Lepas kami buat ‘demo’ baru, akhirnya mereka bersetuju...

MStar: Bila terfikir idea untuk bekerjasama melalui lagu raya ini?

Hujan: Pada tahun lepas, Raihan ada hubungi Noh untuk buat lagu itu tapi lama lepas tu kami tak mendengar apa-apa berita.

Lepas tu, Hujan pula sibuk dengan aktiviti lain hinggalah tahun ni kami berjumpa semula.

MStar: Adakah populariti Hujan yang membuatkan Raihan memilih band itu?

Raihan: Dari segi komersil memang kami memilih kumpulan itu disebabkan populariti mereka namun ‘pengikut’ masing-masing berbeza.

Hujan: Tidak. Saya rasa ‘chemistry’ yang ada selepas mereka berjumpa dengan Noh tahun lepas membuatkan mereka selesa untuk memilih Hujan.

Mereka hormati muzik kami dan mungkin itu yang membuatkan Raihan mahu berkolaborasi dengan kami.

MStar: Bagaimana dengan kos untuk menghasilkan lagu ini?

Hujan: Kami berkongsi bajet untuk membuat lagu ini. Kami juga masih belum dapat jumlahkan berapa kosnya kerana selepas ini Hujan dan Raihan akan terlibat dalam pembikinan klip video untuk lagu itu pula.

Insya-Allah, kita akan buat klip video itu berkonsepkan kampung di kawasan Kampung Baru. Kami belum berbincang mengenai pakaian, mungkin masing-masing akan mengenakan baju Melayu.

MStar: Adakah lagu ‘Salam Aidilfitri Ayah dan Bonda’ ini kedengaran seperti lagu raya indie?

Raihan: Bunyi lagu itu lebih menjurus ke arah rentak muzik 60-an, ada sedikit sentuhan muzik indie dan bergenre pop.

Lirik lagu ini pula lebih berkisarkan tentang pengorbanan ayah dan bonda untuk menggembirakan anak-anak di Hari Raya.

MStar: Mungkinkah Raihan dan Hujan mempunyai perancangan untuk bekerjasama lagi selepas ini?

Raihan: Insya-Allah, bukan sahaja dengan Hujan tetapi dengan banyak kumpulan lain lagi..

Hujan: Mungkin, kita akan bekerjasama lagi selepas projek ini kerana dah rasa rapat seperti abang kami. Mereka sempoi..

MStar: Ada perancangan lain pada masa akan datang?

Raihan: Pada Hari Raya ketiga nanti, Raihan akan berlepas ke London untuk membuat persembahan sempena Aidilfitri di Leicester.

Hujan: Album kami, ‘Mencari Konklusi’ akan berada di pasaran mulai dua minggu sebelum raya dan dilancarkan selepas raya nanti.

Selepas itu, kita juga akan mengadakan jelajah promosi di seluruh Malaysia bermula dengan Kuala Lumpur seterusnya Singapura dan Indonesia.


info from MStar online

10comments:

Post a Comment

 

BACK TO TOP




Side Projects under mello's: Wow! Bundle | melloGraphy | mello says