Sunday, September 13, 2009

Malam yg ganjil,Lailatul Qadar


Semasa entri ni ditulis, kita sebagai umat Islam sudah 23 hari berpuasa..Alhamdulillah.. Aku masih diberi kekuatan untuk memenuhi salah satu daripada rukun Islam neh.Ada lg ke antara korang yg masih tak reti puasa? Kalau ada bawa-bawa la bertaubat eh? Even sekali korang tak puasa di bulan Ramadhan ni dengan sengaja tanpa sebab yg dibenarkan, korang takleh ganti dah puasa tu even korang berpuasa seumur hidup pun.Ngerti?

Aku pasti, semua org yg bergelar Islam tau yg 10 malam terakhir di bulan puasa ni akan ada satu malam yg cukup ganjil, yg cukup diberkati Allah s.w.t iaitu malam Lailatul Qadar.Tapi tau kah korang mengapa malam tersebut dinamakan Lailatul Qadar? Ada sesetengah pendapat mengatakan bahawa Lailatul Qadar bermakna malam perlaksanaan & hukuman dan ada juga yg bermaksud malam penilaian.Maksudnya Allah s.w.t akan menilai segala yg dikehendaki-Nya dari urusan-Nya hingga tahun yg akan datang iaitu urusan maut,ajal,rezeki dan sebagainya.

Ada juga pendapat lain yg mengatakan bahawa malam Lailatul Qadar ialah malam kemuliaan & keagungan.Kemuliaan ni hanya la kepada org-org yg melakukan kebaikan & amal pada malam itu & org-org yg sentiasa merendahkan diri kepada Allah s.w.t.Beribadat & beramal pada malam itu lebih banyak pahalanya & lebih mudah dimakbulkan.Tapi mampu kah org seperti kita (aku act..) ni untuk bertemu dengan malam yg penuh rahmat tu? Renung-renungkan lah..

Tanda-tanda malam Lailatul Qadar secara umumnya terbahagi kepada dua iaitu tanda-tanda yg telah disebut di dalam kitab & juga tanda-tanda berdasarkan pengalaman & pengamatan individu yg berkenaan dgn malam tersebut.

Antara tanda-tanda yg telah dinyatakan dalam Al-Quran & Kitab:


1. Ianya berada pada setiap malam bulan Ramadhan dan juga pada sepuluh malam terakhir dalam bulan Ramadhan,lebih-lebih lagi pada malam-malam ganjil.
2. Pada malam itu banyak malaikat yang turun ke bumi dalam bilangan yang tidak terkira.
3. Suasana pada malam itu tenang, cuacanya pula tidak panas dan tidak pula sejuk.
4. Pada paginya pula,matahari akan kelihatan kurang menyinarkan cahaya kemerah-merahannya, ianya terbit tetapi tidak bersinar.Rasulullah s.a.w telah bersabda berkenaan dengan malam Al-Qadr; “ Malam yang dikabulkan segala doa, tidak panas dan tidak pula sejuk, dan matahari pada paginya kurang menyinarkan cahaya kemerah-merahannya ”.


Antara tanda-tanda berdasarkan pengalaman:

1. Air laut tiba-tiba menjadi beku
2. Tiada seekor anjing pun yang menyalak pada malam itu.
3. Keldai-keldai pula tidak bersuara.
4. Pokok-pokok kelihatan menundukkan (sujud) dahan-dahannya ke bumi.
5. Terdapat cahaya yang kelihatan berkilau pada tempat-tempat yang biasanya gelap.
6. Mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.

Allah Ta’ala telah merahsiakan malam Lailatul Qadar ini, dan Rasulullah s.a.w telah menjelaskan bahawa waktu yang di jangka akan berlakunya malam Lailatul Qadar adalah antara 10 malam yang terakhir dari bulan Ramadhan.So, hikmah daripada perahsiaan malam Lailatul Qadar ialah agar orang-orang yang beriman bersungguh-sungguh dalam beribadat sepanjang malam bulan Ramadhan dan agar mereka sentiasa meneliti dan menanti akan kehadirannya pada setiap malam.

Walaupun kita tak semestinya akan bertemu dgn tanda-tanda mahupun malam tersebut, tapi at least cuba-cubalah perbanyakkan amal ibadah eh? Jgn lupa jgk berdoa banyak-banyak.InsyaAllah, mana la tau malam korang berdoa tu adalah malam yg mulia tu kan? Aminn..

*kalau ada fakta yg salah, tolong perbetulkan eh? Aku hanyalah insan yg serba kekurangan..huhu!

2comments:

Post a Comment

 

BACK TO TOP




Side Projects under mello's: Wow! Bundle | melloGraphy | mello says