Thursday, September 17, 2009

Happy Raya Day '09 to all Mello's readers


yeay yeay! Raya! Mak mak, nak biskut chipsmore bolehh? hehe..mcm kanak-kanak susu tepung nespray plak kan kalau korang beraksi begitu kan? Aku tak mungkin la wat perangai spastic mcm tu.lalala..gurau je lah! hee.. Entri ni matbe last entry sebelum aku balik ke kampung.Kan dah nak raya ni.Mesti la balik kampung..Lain la kalau kampung aku ialah universiti terchenta neh.Boleh aku guna dewan DKF tu wat open house.Dewan tu kan besar..siap ngan aircond sekali.Hahaha..

So, sempena hari lebaran ni aku ada merekabentuk sekeping kad raya di alam maya ni.Special untuk manusia-manusia di alam maya ni khususnya kawan-kawan yg terdiri daripada golongan yg exchange link ngan aku, para followers yg sesetengahnya hanya follow saja (takpela..nak buat mcm mana..hm!), para silent readers yg misteri lg aneh, para insan tak dikenali yg suka berjalan-jalan kt shoutmix tu & siapa-siapa saja la yg rasa nak kad raya neh.

Yup! Memang kad raya ni tak menarik.So what? hehe..Perlukah lg aku jelaskan cara-cara nak amek kad raya terbabit? Ku rasa tak perlu.Walaupun tak perlu, aku jelaskan jua.Just copy codes yg tak menarik kt bawah tu & paste kt blog korang untuk mendapatkan kad raya yg comel terbabit! hihihi.. Kalau boleh, jangan adjust saiz beliau kerana jika diubah, kad raya yg comel tu takkan comel lg.




<a href="http://mushmello.blogspot.com/" target="_blank"><img src="http://i166.photobucket.com/albums/u105/ikhwan241001/kad-raya.gif"></a>




Selain daripada itu juga, disini aku ada beberapa kata putus terhadap insan-insan yg ter-singgah blog aku neh.Oh, baca saja point-point dibawah sampai tamat.Ada berani?

#1 Kepada mereka-mereka yg selalu singgah & sapa aku kt shoutmix tu, apa salahnya korang klik je butang "follow" tu? Boleh kita menjalinkan ikatan silaturrahim yg erat di alam maya ni..Kawan aku & kawan korang pun akan bertambah rite?

#2 Kepada mereka-mereka yg ada permintaan ataupun pesanan, jgn tinggalkan kata putus korang kt shoutmix.Maybe aku akan terlepas pandang.Bila aku terlepas pandang, kemungkinan sederhana besar korang akan ter-fikir yg aku ni sombong ataupun hidung tinggi.. (huhu!).Just tinggalkan kata-kata korang kt ruang komen di sini.

#3 Sesiapa yg mau tukar link (exchange link) ngan aku, tak payah susahkan diri korang inform aku kt shoutmix.Letak je link blog aku kt blog korang & then bg nama & url blog korang kt ruang exhange link kt sini.

#4 Kalau boleh, jgn komen/diskus pasal entri yg aku buat kt shoutmix.Bagi je terus komen kt ruang komen entri-entri terbabit.Kalau ckp kot shoutmix, maybe aku terlepas pandang sbb benda alah tu selalu bergerak-gerak ke bawah.

#5 Sesiapa yg letak sponsor ads kt blog & nak aku klik, just inform aku eh? Tp korang pun kena klik aku punya sponsor jgk.. Tema kejujuran amat diutamakan di sini.. ( business2! hehe)

Ok, tu je la kot..

Kalau ada lg & kalau sempat aku tambah lg point-point terbabit.Maybe mello's takkan terupdate buat masa seminggu kejapnya. Dah admin dia blk kg nak beraya, mana la sempat nak update blog.Tengah syok beraya katakan.. Lagipun aku kena tumpukan misi aku masa hari raya neh iaitu misi mengumpul deduit.Hehe..takdela.Tak sabar nak balik neh. Dah bertahun lamanya aku tak balik kampung (mcm tipu je?).

Rindu tu mesti la rindu kt famly terchenta, kampung halaman, my second lover (125z merah!), kucen aku yg berbaka american teddy tu yg selalu mengiau-ngiau kegersangan sebab dia sekor-sekor je kt rumah (beliau tu betina, maybe raya ni beliau akan dapat teman..yeay!) & mcm-mcm lg la yg aku rindu. Hah, jamban kt umah pun aku rindu jgk.hehe

So, selamat hari raya aidilfitri kepada korang yg tengah baca entri ni sekarang.Aku minta maaf kalau ada terkasar bahasa & salah silap samada secara lansung atau tidak lansung selama aku menceburi bidang penternakan cacing neh. (Ckp pun dh meracau sbb tak sabar nk balik..hahaha!)

Assalamualaikum! (^_^)

14comments:

Post a Comment

 

BACK TO TOP




Side Projects under mello's: Wow! Bundle | melloGraphy | mello says