Tuesday, August 25, 2009

Selamat berpuasa!


Alhamdulillah..aku masih bernafas sehingga ke saat ini dan masih diberi peluang untuk menjalani ibadah puasa pada kali ini.Ketika entri ini ditulis, sudah 3 hari umat islam menjalani ibadah puasa.Tidak terlalu lewat untuk aku mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak dan selamat berpuasa kan? hehe..Harap korang semua berpuasa penuh kali ni.Jangan setakat tak makan dan minum je, tahan-tahan la nafsu serakah tu dari melakukan perbuatan yg boleh mengurangkan pahala puasa! heee..Bagi kaum yg mmg konpem akan tinggal puasa seminggu neh, jgn lupa ganti puasa nanti eh? hehe

Dalam entri sebelum ni aku ada ckp yg cuti midsem diawalkan sbb selsema babi neh..So, cuti hari tu bermula pada hari Rabu (12/08/09).Hari Isnin 2 hari sebelum tu aku pulang dari kl ke bp.Badan terasa sedikit hawa panas..tanda-tanda nak demam la.Seperti yg aku agak, pagi Selasa tu aku demam tapi takde la seteruk mana.Masih bertenaga untuk melompat ibarat kanak-kanak riang-ria! hehe..Malam tu, demam makin teruk even dah telan 2 biji penadol soluble.Pagi Rabu tu, memang tak tertahan lg demam.Jalan pun dh tak betol.Kejap kiri kejap kanan.Kepala neh terasa berat yg amat.Lemah longlai badanku yg ibarat papan lapis ni.huhu

Pagi tu jgk aku pegi pusat kesihatan universiti.Bukan tak nak ke klinik berbayar tapi pegi pusat kesihatan universiti ni jimat sikit.Free je kn.hee..free free jgk.Tapi ada la risiko nya seperti yg terjadi kt aku neh.Dipendekkan cerita, doktor kt pku tu pun check la suhu badan aku neh.Disumbatnya termometer kt lobang telinga aku ni.Sekali sumbat tengok-tengok suhu badan aku ni 38.5! Terkejut doktor tu.Patutnya aku la yg terkejut tp dia pulak yg over.haha..Siap ckp kt aku lg, "termometer ni tak menipu dik..." Lpas tu sumbat kt telinga sebelah lg sbb nk konpemkan suhu badan.Lpas tu sumbat belik kt telinga satu lg.Makin tinggi pulak suhu badan aku, 38.7."Waaa..terok awk neh.Awk mesti kena kuarantin neh.Kot-kot kena h1n1 ke.."Hish pakcik neh! Oyak gitu pulok ko aku..

Masa tu aku relek lg la.Ingat kuarantin tu just bagi rehat kt rumah je la.Lagipun cuti midsem dah bermula kan..Rupa-rupanya aku dipaksa dikuarantin kt taman universiti kt sekitar tu.Kena duk kt satu bilik ni bersama "tahanan" yg lain selama seminggu.What the heck?! Aku dah beli pun tiket nak balik kampung ni.Puas sudah aku merayu kt doktor tu yg aku just demam bukannya kena h1n1 ke selsema babian ke tapi rayuan aku ditolak mentah-mentah.Sedih gak.Burn gitu je la cuti midsem aku kali ni.Apa punya nasib daa..

So,aku pun duk la kt situ tp takde la betol-betol cukup 7 hari.4 hari je aku duk situ.Demam pun makin baik.Hari Ahad (16/08/08) tu aku pun balik la ke kampung halaman.Alhamdulillah..Sempat jgk aku bercuti.Bersyukur sangat aku sihat mcm biasa.Masa demam hari tu mmg aku takut.Mana la tau kot-kot mmg kena h1n1.Duk fikir mati je.Tak cukup lagi amal ibadah aku ni untuk dibawa ke sana.hm!

Sempat la jgk aku berpuasa sehari kt rumah & berbuka puasa dgn keluarga tersayang.hee..Kalau kt kampung (Kelantan comey lote! hehe), mmg setiap kali tibanya bulan ramadhan, aku takkan lepaskan peluang untuk berbuka ngan kueh buah tanjung & netbak (act aku tak tau mcm mana ejaan yg betol ntuk netbak).Buah tanjung & netbak ni mmg susah nk jumpa kt negeri lain.Aku rasa kt Kelantan je yg ada kueh ni.Rasanya agak manis, berwarna kuning keemasan ckit.Siapa-siapa yg suka makanan manis mcm aku ni mmg akn suka la kueh neh.ngee


kueh buah tanjung

Lastly, selamat berpuasa kepada korang semua, umi & abah serta famly aku kt kampung nun jauh disana & tak lupa juga Luna ku disinun! kekeke..Perbanyakkan ibadah di bulan yg mulia neh.Semayang terawih tu tunaikan la kalau tiada urusan yg menyibok eh? lalala


Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut":

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdoa adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.



Pada kesempatan ni jgk aku ingin memohon maaf kepada siapa-siapa yg pernah dilukai & diterasai aku..Jom kita jernihkan lg hubungan di bulan yg mulia neh! hee

6comments:

Post a Comment

 

BACK TO TOP




Side Projects under mello's: Wow! Bundle | melloGraphy | mello says