Tuesday, August 4, 2009

Halal kah 'arak' halal?


Terlebih dahulu aku ingin memohon maaf kepada peminum arak jika tajuk entri aku ni membuatkan anda berasa riang ria hotak mu! kakaka.. Tak mungkin perkara sedemikian terjadi di blog aku neh..kalau kalian berharap sedemikian, anda telah tersalah singgah blog la ni.tuii! Act, aku dh lama nk review pasal fenomena 'arak halal' ni.Aku tau pasal ni pun melalui akhbar utusan Malaysia yg aku baca entah berapa bulan lepas.Nak tau apa perkataan pertama yg keluar dari mulut manis aku ni lpas baca keratan akhbar tu? "kepala hotak mung!".Hekele..bir tanpa alkohol la.Mcm-mcm ragam manusia ni.Banyak lg benda berfaedah yg boleh di buat.Nak buat bir tanpa alkohol yg halal la pulak.


Istak.Tu la namanya bir halal yg syarikat Iran nk buka kt Malaysia neh.Saling tak tumpah mcm arak a.k.a air kencing setan.Dari rupa botol & tin nya, warna cecairnya, cara minum dan bentuk gelas.Huisshh..Kot ye pun menatang tu halal kenapa tak packing elok-elok? Mcm air soya dlm kotak tu ke..Susu dushlady penuh krim ke..mcm air milo ke...Siap berbuih mcm arak lg.Apa nk jadi ni? takpe..kan Malaysia boleh!




Aku bayangkan, mcm mana la muda-mudi serta tua-tui yg kaki tangan arak ni memanipulasikan "kehalalan arak halal" ni untuk minum arak yg haram di khayalak ramai eh? Slumber je minum arak depan masjid.Kalau tok imam tegor,relek beruang kola je jwb, "istak tok imam..istakkk..".Ataupun ada yg kosongkn tin/botol istak tu pahtu isi dgn arak yg konpem haram..Mcm mana? Warna dh sama..buih pun sama..bau? Yg tu aku tak tau..Sepanjang aku hidup kt muka bumi Allah ni tak pernah lg aku bau mcm mana bau air kencing setan tu.Kalau air kencing aku pernah la bau masa kecik-kecik dulu...hancing! WOops! terdedahkan rahsia peribadi pulak..ahakss

Kt bawah ni keratan akhbar pasal syarikat Iran yg nk buka kilang Istak ni kt Malaysia.Silalah baca & fahami apa yg diperkatakan.


Syarikat Iran mahu buka kilang bir tanpa alkohol

KUALA LUMPUR 7 Mei - Malaysian Iranian Corporation Sdn. Bhd. (MICSB), pemegang hak eksklusif bagi pengedaran minuman bir tanpa alkohol jenama 'Istak' dari Iran, bakal membuka sebuah kilang di negara ini dengan pelaburan hampir RM50 juta.
Pengarah Urusan MICSB, Mahdi Bagherian berkata, pelaburan itu merupakan langkah pertama untuk produknya meneroka pasaran Malaysia dan Asia Tenggara.
Tiga lokasi yang dicadangkan bagi pembinaan kilang itu ialah di Pelabuhan Klang, Melaka, dan Johor Bahru, katanya.
"Minuman tanpa alkohol atau halal ini merupakan produk terbaru yang dipasarkan ke negara ini malah permintaan terhadapnya amat menggalakkan terutamanya bagi pelanggan bukan Islam dan penggemar minuman alkohol yang mahu mencari alternatif lain," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Istak dihasilkan melalui pemilihan malt (bijirin biasanya barli yang diperam) paling berkualiti dan dikeluarkan menerusi syarikat yang berpengkalan di Iran, Arpanoosh Industrial Co. yang berpangkalan di Iran.
Syarikat dengan keupayaan pengeluaran 35,000 botol sejam itu memiliki barisan pengeluaran terbesar di samping keupayaan teknologi mesin paling terkini dari Jerman.
Menurut Bagherian, produk tersebut masih baru di pasaran tempatan namun produk tersebut akan dijual di pasar raya besar, pasar raya dan hotel-hotel di seluruh negara.
Katanya, ketika ini syarikat yang beroperasi di Putrajaya itu mengimport kira-kira 20 buah kontena yang mengandungi 1.2 juta botol minuman Istak untuk dipasarkan ke Malaysia.
Melalui pembinaan kilang yang bakal dibina itu, beliau memberitahu, keupayaan untuk mengeluarkan minuman itu boleh mencapai dua kali ganda jika penggunaan teknologi sama seperti di Iran diguna di negara ini.
"Jenama Istak ini bukan jenama asing di luar negara kerana Arpanoosh telah mengeksport minuman itu ke Jerman, Afghanistan, Palestin, Lubnan, Azerbaijan dan Australia," katanya.
Jika perancangan untuk membuka kilang baru di negara ini menjadi kenyataan, Istak akan dieksport ke Indonesia, Thailand, Singapura manakala di Vietnam jenama minuman tersebut telah pun dijual baru-baru ini.
Bagi mengukuhkan jenama itu di rantau ini, MICSB telah menaja sebuah pasukan rali-SR Motorsports bagi meningkatkan kesedaran jenama itu di kalangan pengguna, selain meningkatkan kesedaran di kalangan pengguna remaja tentang kebaikan minuman tanpa alkohol di dalam sukan.
Selain itu, minuman itu didakwa baik untuk kesihatan termasuk mampu mengelakkan sakit buah pinggang,, mengurangkan tekanan, membina tenaga dan mampu mengurangkan kolesterol.



Yang aku pelik la kan, kenapa dlm keratan akhbar tu ckp minuman bir tanpa alkohol eh? Bir ada alkohol tu arak la kan..kalau bir tanpa alkohol pulak maknanya arak tanpa alkohol la..hmm..Lpas tu ada jgk ckp yg bir halal ni mendapat permintaan tinggi penggemar arak yg kunun-kunun nya mau cari alternatif lain.Mcm bodo pulak bunyinya kn? So, korang nilai sendiri la mcm mana hukumnya.Agaknya la kan, boleh ke pakai baju santau klaus wat smayang Jumaat? Tak boleh eh? Kenapa pulak..aurat dah tutup..Topi santau klaus tu leh ganti ketayap..What the heck!



Sabda Nabi saw :

"Akan ada dikalangan umatku nanti yang meminum arak tetapi meraka tidak menamakannya sebagai arak. Mereka menamakannya sebagai nama2 yang lain..al-hadith"

Nabi SAW dengan tegas telah melarang kita daripada meniru budaya yahudi dan nasrani
dalam hadithnya yang bermaksud :

" Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka ( Yahudi dan Nasrani ) sejengkal demi sejengkal,
sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam
lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya : Adakah mereka itu yahudi atau nasrani?
Baginda menjawab : Siapa lagi kalau bukan mereka ". (hadith riwayat Bukhari & Muslim )

1) Sanggupkah kita makan daging ayam yang disembelih, tapi menyerupai babi?
2) Bolehkah kita sambut aidil fitri, tapi pakai baju santa claus?
3) Mengapa dipackaging arak halal meyerupai arak haram? Tak terkelirukah kita dengan arak haram?
4) Esok esok budak sekolah minum arak haram pun orang boleh kata itu arak halal...macam mana kita
nak buat...dah rupanya lebih kurang...nau'zubillah..

Rasulullah SAW pernah memberi amaran keras kepada umatnya berkenaan gejala mengikut, meniru,
atau melakukan budaya asing melalui sabda Baginda yang bermaksud : Sesiapa yang melakukan
perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka dia turut termasuk dalam golongan itu.

9comments:

Post a Comment

 

BACK TO TOP




Side Projects under mello's: Wow! Bundle | melloGraphy | mello says