
Oh yeahh! daku kembali lg di blog udoh neh..hahaha..Br ada peluang untuk menekan butang keyboard setelah beberapa hari mello's tak berupdate.Actually, aku sampai di Batu Pahat dari Kl semalam..(Isnin, 8.++ p.m). Penat wooo..Tapi hati gumbira sbb dpt pegi tgk Si Luna berkonvo..Lg gumbira sbb dpt masuk dewan konvo dgn mak mert..eh mak Luna.hehehe..Hanya 2 orang ahli keluarga yg dibenarkan masuk ke dalam dewan.Hajat di hati semalam lg nk post entri ni tp takde feelin lak nk update blog.Takde makna update blog ngan tak berperasaan kn? hehe..
Masa dlm bas blk ke Batu Pahat, kwn aku yg sorang tu msg.Bg tau yg universiti kitorang start cuti mulai esok (Rabu, 11 Ogos 2009) sbb selsema kebabian la.Cuti midsem sepatutnya start hari Isnin ni (17 Ogos 2009) tp diperawalkan sbb wabak babi gila yg tak sudah-sudah lg ni.Aku sihat walafiat setelah pulang dari kl tp bangun je pagi td, terasa sedikit bahang haba kt badan.Demam kah aku? Batuk jgk tp takde la trok.Hidung tak berhingus cuma berair.kakaka..Nak pegi PKU (Pusat Kesihatan Universiti) siang tadi tp rasa mcm tak sempat je.Esok je la pegi.Lagi pun dh makan ubat penadol soluble 3 biji rini.huhu!
Flashback ke hari Jumaat 4 hari yg lepas..Al-kisahnya, hari Jumaat malam tu aku pulang ke kampung dgn Luna.Demam pulak Si Luna ni.Agak panas dahinya.Bertambah-tambah lg risau bila dia mengadu sakit dada & susah nk bernafas..Musim-musim ni mmg bahaya kalau demam.Pagi Sabtu tu lbh kurang 4.50 a.m kami sampai ke Pasir Puteh.Tengahari karang nk bertolak ke kl ngan famly Luna pulak.Si Luna ni berkonvo hari Ahad..Tp nengok keadaan dia yg agak tak molek neh, mcm mana nk berkonvo nanti eh? So, terbit saja mentari pagi tu, mak Luna terus bwk Luna ke Hospital USM kt Kubang Kerian.Ingat nk wat blood test.Mana la tau kena H1N1 ni.Tapi hampa..relek tenuk je doktor tu ckp, "mana bleh tau kena H1n1 ke tak..Lepas kena br leh tau".So check bodo-bodo mcm demam biasa pahtu bg penadol.
Dipendekkan cerita,demam Luna bertambah baik dan aku,Luna & keluarga Luna bertolak ke kl 12.40 p.m. hari Sabtu 3 hari yg lepas.Famly aku tak ikut sekali sbb ada urusan yg tak dapat dielakkan.Kitorang ke Kl ngan kereta Toyota Rush biru milik mak Luna tu.Of course la bukan aku yg drive..haha..Aku kt seat belakang ngan Luna.hee
Diperpendekkan lg cerita, entah pukul berapa dah kitorang singgah kt R&R untuk solat & makan..Kt situ, aku beli la Berita Harian yg bertarikh 8 Ogos 2009.Belek punya belek tengok-tengok UTHM & UPM kuar paper! kakaka kebetulan pulak eh? Minggu konvokesyen UTHM & UPM dibuat pada minggu yg sama.Aku blajar kt UTHM & Luna kt UPM.Kakakaka lg! Luna yg sudah 2 bulan bekerja as Project Engineer kt sebuah company alam sekitar terpaksa ambil cuti hari Ahad & Isnin tu.

Pagi Ahad tu, kami bersiap seawal 5.30 a.m. lg.Lepas solat Subuh terus bertolak ke UPM dari rumah sewa Luna kt Cheras.Bkn apa pegi awal sngt tu, konpem la jalan jem nanti.Bukan 2,3 orang je yg nk konvo neh.Seperti yg dijangkakan, kt sana memang ramai gle org.Kt sana, mak Luna bagi pas masuk ke dalam dewan konvo kt aku.Seperti yg aku cakap tadi, hanya dua orang ahli keluarga saja dibenarkan masuk..So aku & mak Luna la yg masuk.Oh ya, keluarga Luna hanya terdiri daripada seorang ibu dan 4 orang adik.

Pukul 7.45 a.m aku dh berada kt dalam dewan.Sejok nak mampos! Bukannya bleh keluar dewan even lepas Si Luna terima skrol ijazah dia tu..Kena tunggu sampai habis satu sesi pagi tu.Bukannya puluhan graduan je sesi pagi tu tapi ratusan!(ke ribuan?) Adohaii..Siyes aku agak teruja nengok org berkonvo.Tgk pakai jubah..Terima skrol..Bila la akan tiba masa aku eh? Ada satu semester lg.Lambat lg! Bertambah lg keterujaan bila nama Si Luna disebut untuk menerima ijazah tu.ahaks!

Kepada Luna, daku minta maaf sbb tak sempat nak hadiahkan bunga masa tu.Hehe..Apa pun tahniah untuk mu..Kerja molek-molek biar naik gaji cepat-cepat! hahaha..Moga terus sukses!












5comments:
Post a Comment
-tahniah2..seronok bila tengok orang konvo.
-jgn lupa pakai mask ok..?
hehehe:X
Post a Comment