Saturday, August 29, 2009

11 cara termudah download video dari internet


Oh yeahss lg untuk aku! hehe..Test yg ke-4 br tamat pagi td.Lega rasanya..mcm br habis final exam pulak.kakaka..Tapi..tapi..test yg last bakal menyusul hari Rabu neh..hmm..tp takpelah! Lgpun yg last..tapi..tapi..Hari Khamis kena join pameran untuk subjek pengurusan kejuruteraan neh.Adoii..penat-penat.Apa nak buat kan? Mcm ni la student life.huhu!

Baru ada masa free sikit untuk entri kali ni.Kalau tak jgn harap la aku nk update blog neh dikala kesibukan yg melampau.Bukan apa, kalau buat something ngan tergesa-gesa apa pun tak jadi kan? Ok, korang yg mmg sehari suntuk duk ngadap internet ni jgn nafikan la kalau tak pernah download video or at least nonton video kt internet kan? Alah..aku pun sama gak.Dah berpuluh movies aku download dari rapidshare tuh tp rapidshare ni leceh la sikit sbbnya untuk free user kena tunggu beberapa puluh saat sebelum download sesuatu file & terpaksa tunggu 15 minit untuk download file yg seterusnya.


Ada jugak video-video yg kita hanya boleh nonton kt internet tp tak boleh download ke komputer.Tapi betulkah tak boleh? Contohnya mcm youtube.Tapi aku rasa ramai yg dah tau video dari youtube boleh di download.Guna download manager? Come on la..Download manager hanya slowkan internet korang je.

Kadang-kadang bengang jugak aku bila video yg aku nak tu punya la susah nk jumpa tp bila dah jumpa tak boleh download la pulak..Just leh nonton secara online.Tapi aku rasa sekarang maybe dah tak jadi masalah untuk download mana-mana video kt internet.Kt sini aku nak share cara-cara termudah untuk download video dari internet ke komputer,ipod atau media players yg lain.

*click the image to open link

ClipNabber membolehkan korang untuk download video dari youtube,eSnips,Facebook,Metacafe,Myspace,Yahoo videos dan banyak lg.Just copy & paste url video tu & download.Mudah kan?



Zamzar adalah free online file conversion web application.Maknanya korang leh convert video tu ke AVI, MPEG,3GP.MP4 dll secara online tapi bukan setakat video saja, Zamzar jgk leh convert antara format audio,imej & dokumen.Hanya paste url & convert file yg korang nak tu.

ada banyak lg..


VideoDownloader adalah firefox extension.Maknanya bagi pengguna firefox, VideoDownloader akan add satu icon kt status bar kt bawah window firefox & toolbar button korang.Hanya klik icon tu & download video yg korang tngah nonton tapi ia juga membenarkan korang untuk download video mcm ClipNabber tadi, iaitu paste url video & download.



vixy.net membolehkan korang download online videos & juga convert video tu ke AVI,MOV,MP3 atau pun 3GP.



Lebih kurang sama mcm yg sebelumnya, hanya paste url video kt Keepvid & download.Keepvid support mana-mana video sharing site & apa yg membuatkan Keepvid berbeza adalah ia mempunyai Top Videos section,so korang leh download video dgn serta merta.



Media Converter adalah sama mcm Zamzar,ClipNabber & vixy.net tp korang perlu register untuk gunakannya.



Hey! Watch ialah online video encoding yg convert video kepada format-format yg berbeza termasuklah HD dengan pantas.Terdapat banyak options yg menarik.So, tengok la sdiri eh?



Yg ni mcm best sikit.Korang leh copy url page yg contain video tu & paste kt viddownloader yg mana berbeza dgn yg sebelum ni iaitu just copy url video sahaja.Boleh download video dalam format DivX AVI.sangat senang digunakan & ia juga boleh extract audio dari video.



kcoolonline membolehkan korang download video dari lebih kurang 210+ video sites.Best kan? Hanya copy & paste url video tu kt ruang yg disediakan.



Site ni senang digunakan & support kebanyakan sites.Korang jgk boleh download flv player dari site ni untuk nonton video dari youtube.



Cara menggunakannya juga mudah iaitu hanya copy url video page & paste kt ruang yg disediakan kt downthisvideo.com.Cloud tag kt bahagian atas downthisvideo.com memudahkan korang untuk search video yg korang nk & seterusnya download video terbabit.Kebanyakan video yg popular disini ialah anime..

Fuhh! Agak banyak site untuk download video kan? So, tak payah susah-susah lg cr site yg memang khas untuk download video.Just cr video yg korang nak even yg watch online je pun.Selamat me-try! heee




p/s: Petang ni berbuka puasa kt rumah En.Amran..Kalau masa lecture, siapa-siapa yg dtg lewat ke kelas kena tegur & silap haribulan tak dibenarkan masuk kelas.So..Kalau la majlis berbuka puasa ptg ni sama mcm lecture....Lpas Asar konpem aku dh tercegat kt depan pintu rumah dia! kakaka

4comments:

Post a Comment

 

Kembali ke atas




Side Project under mello's: Wow! Bundle