Monday, July 27, 2009

set kan password untuk zip file



wuarghh..esok ada kelas..terasa sedikit malas dlm jiwa neh.Kena bngn awal lg..adoii..Ponteng kan naya je..hehe..jgn..jgn ponteng.Kalau nak ponteng tunggu hujung sem sikit.Awal sem neh kena tunjuk rajin.hahaha..(hipokrit pulaa).Hmm..nak tido awal lg.Layan white coffee panas dulu la sambil-sambil fikir apa nak tulis neh.Nak tulis sebaris ayat pun ambil masa 2-3 minit.Aku bukannya novelis ke karyawan ke.Laju zupppp je tulis.Idea mencurah-curah.Idea aku pula habis menjadi wap ke udara.kakaka

Ok,jika nengok kt tajuk entri aku neh mesti ada jgk antara korang tertanya-tanya apa bendanya set password ntuk ZIP tu kn? Nak-nak kalau yg baca budak 4-5 tahun.hehe.. Zip tu apa? Zip seluarkah? Jadi kali ni aku nk ckp pasal set password ntuk zip seluar korang la? Supaya org lain tak boleh nk buka zip seluar tu? kakaka lawak la adik ni.Mcm wonderpets! (Pinjam ayat Amir raja lawak..hehe)

Before aku terlanjur, aku nk explen dulu apa tu zip file.Korang yg biasa dgn dunia komputer ni atau pernah sentuh komputer ni mesti tau apa tu zip file atau at least pernah nengok file yg icon nya mcm laci banyak-banyak tu.Zip file tu adalah file yg mengandungi data-data yg telah di compress dan jgk dlm bentuk format arkib.Kalau dlm ayat ringkas, zip file ni file yg mengandungi satu atau lebih file yg di kecilkan saiznya (compress) menjadi satu file.

Katakan korang ada banyak folder gambar korang ke,folder-folder tu boleh di compress menjadi satu file.Senang la nk remove mana-mana atau nk sorok dari kawan korang curi-curi tengok gambar lucah korang ke.Tapi kalau terjumpa ttp boleh di extract dan takde makna la sorok sampai ke dalam system folder sekali pun.(hehe mcm ada pengalaman je..).Jadi kenapa tak letak password ntuk zip file korang tu? Aku pun pernah suatu ketika dulu hampir-hampir tak terfikir yg zip file ni takleh letak password.

Jadi siapa-siapa yg nk letak password kt zip file boleh je.Sila ikut tutorial di bawah stu persatu.



1

Langkah 1

Kt atas contoh folder yg aku nak compress jadi zip file.Folder-folder yg korang nak compress kumpulkan semuanya ke dalam satu folder.


2

Langkah 2

Right click folder tu then pilih send to ==> compress (zipped) folder.


3

Langkah 3

Bila keluar menu pop up mcm kt atas tu, pilih 'no'.


4

Langkah 4

Ok.Zip file korang dh siap.Icon nya mcm dlm gambar kt atas.


5

Langkah 5

Right click zip file tu then pilih 'explore'.


6

Langkah 6

Akan keluar satu menu mcm kt atas.Pilih file ==> add a password.


7

Langkah 7

Isikan password yg korang nak.Pastikan korang ingat password tu..Kalau tak ingat naya je..hehe


8

Langkah 8

Kalau korang nk tengok balik folder kt dalam zip file tu,korang kena extract dulu.Then akan keluar menu yg request password yg korang set kan td..Tu je la..bukan payah pun.Siap! Jemput makan..ngapppp!


p/s : Al-fatihah untuk arwah Yasmin Ahmad yg baru meninggal dunia selepas diserang angin ahmar.

1 comments:

Post a Comment

 

BACK TO TOP




Side Projects under mello's: Wow! Bundle | melloGraphy | mello says