Saturday, July 31, 2010

cara-cara memujuk kekasih hati yang merajuk

Merajuk adalah perkara normal terutamanya bagi pasangan yang bercinta (euww! haha). Kadang-kadang memang agak susah untuk memujuk seseorang yang sukar dipujuk. So, korang boleh praktikskan cara memujuk seperti yang tertera di bawah.Hehe

#1 Memohon maaf



#2 Bagi sekuntum bunga




#3 Bagi coklat kegemaran (perempuan biasanya suka coklat.)




#4 Hadiahkan teddy bear yang bersaiz XL ataupun XXL, bergantung kepada saiz pasangan anda




dan kalau cara-cara di atas tidak berjaya, cara terakhir ni confirm berjaya..hehehe

#5 Bentukkan huruf 'O' dengan jari anda untuk mewujudkan perkataan 'OLIGO', lebih berkesan jika anda turut sama menyanyi lagu tema OLIGO.Haha





Tak percaya cara yang last tu berkesan? Sila tonton video di bawah.Hehe











(read more)

Thursday, July 29, 2010

Contest | Hitam itu menawan


Agak lama jugak aku fikirkan ayat-ayat yang perlu aku susun sebagai intro kepada entri ni. Serius, kali ni agak lama aku mencari idea untuk memulakan kata-kata. Tidak seperti selalu, idea untuk menaip datang mencurah-curah dan kadang-kadang tanpa dipinta, tidak kira masa dan tempat. Adakalanya masa tidur pun ilham untuk menghasilkan entri itu tetap ada. Mungkin disebabkan badan yang sedikit lesu selepas bermain futsal malam tadi, minda aku turut merasai kelesuannya.

Tanpa aku sedari, aku telah menghasilkan satu perenggan ayat sebagai intro kepada entri ini. Berhasil jugak monolog aku yang konon nya tidak mempunyai idea neh.Hahaha. Apa ni mello? Ok, sudah sesi mengarut. Hehe. Hari tu, Cik Ailebiu telah tag aku untuk menyertai satu contest, contest hitam itu menawan. Oh, memang menawan. Tanpa hitam, siapa yang akan dibandingkan dengan puteh kan? Thee~

Gambar yang dipilih untuk contest ni of course la gambar hitam putih. Setelah menggeledah folder-folder di dalam komputer ni, memang pada mulanya aku agak celaru, kerana terlalu banyak gambar aku yang layak untuk dipilih sebagai syarat penyertaan contest ni.Hehe. So, akhirnya, aku pilih gambar di bawah saja.



Salah satu syarat contest ni ialah mesti nyatakan kenapa suka gambar yang di pilih. Kenapa aku suka gambar di atas? Mesti la sebab model nya ialah aku. Gambar di atas tu di ambil kira-kira 5 tahun yang lalu, semasa aku study di kolej matrikulasi Pahang. Aksi aku di dalam gambar di atas sedikit poyo & perasan, apa boleh buat kan? Haha.



Oh, lupa nak cakap. Contest ni dianjurkan oleh Miss Yani Abdullah. Syarat seterusnya adalah tag 5 orang rakan untuk menyertai contest ni. Yaa! tag 5 orang. Bagus-bagus. Hehe. Ok, 5 orang rakan tersebut ialah Annadzirah, Ery, Violet Love, NichKhun dan Sis Dahlia. Terpulang la kepada kalian untuk menyahut cabaran contest ini.Haha.











(read more)

Sunday, July 25, 2010

Pendapat aku tentang isu artis peluk anjing


Sebenarnya, dah lama aku nak suarakan pendapat tentang isu ni. Maybe isu ni bukan isu yang baru atau maybe dah lapuk bagi sesetengah orang, namun perkara ni harus dititik beratkan kerana ia melibatkan persoalan agama kita. Isu apakah itu? Seperti tajuk yang terpampang kat atas la, isu pegang,belai & sentuh anjing.

Dan kenapa artis? Takde ke orang biasa yang beragama Islam menyentuh anjing atau babi? Tipu la kalau takde. Cuma kebelakangan ini isu artis belai anjing seolah-olah perkara biasa. Ada yang menentang dan tidak kurang juga yang menyokong. What the hack? Persoalan aku, kenapa dalam banyak-banyak haiwan yang beraneka spesis, rupa & wajah, binatang yang dua ekor tu juga yang hendak dipeluk cium, di belai? Dan persoalan aku lagi, kenapa kontroversi akan wujud serta mendapat liputan yang meluas oleh media jika ada artis yang membelai salah satu atau kedua jenis binatang itu berbanding membelai kucing (like cat so much!) atau belai Paul Si Sotong yang menimbulkan kontroversi selepas meramal tepat perlawanan piala duna 2010 di South Africa?

Hari tu kecoh pasal seorang artis yang bergambar sambil memeluk seekor anjing. Of course, aksi terbabit mencetuskan kontroversi. Aku dah lupa siapa artis tu tapi yang pastinya artis wanita. Photo artis itu bersama anjing telah dipaparkan di akhbar dan mendapat komen daripada pembaca. Yang menarik perhatian aku & membuatkan aku bengang serta ingin sekali membidas kata-kata pembaca itu ialah apabila dia berkata, "salah ke pegang anjing?" , "tu pun nak dijadikan isu ke?", "Islam menggalakkan umatnya berbuat baik kepada haiwan". Oh, sungguh tidak kukuh kata-kata beliau. Kalau lah boleh bagi komen kat akhbar macam bagi komen kat facebook atau blog kan best. Terus aku komen oh!

Ok, memang Islam suka kalau kita buat baik kepada haiwan. Tapi perlu kah sampai peluk belai anjing atau babi? Cukup lah sekadar tidak menyakiti binatang-binatang itu. Cukup la sekadar memberi makan kepada binatang-binatang itu. Tak perlu la nak peluk-peluk, ada banyak lagi binatang yang boleh dibelai.

Memang, tak salah pegang anjing atau babi. Yang haram ialah memakan anjing atau babi. Tapi taukah bahawa anjing dan babi itu tergolong dalam kategori najis? Bukan sebarangan najis tau, najis Mughallazah tu! Najis yang paling berat. Kalau tak tau, sila ambil semula matapelajaran pendidikan Islam ye?

*******************************************

Najis terbahagi kepada tiga bahagian iaitu:

1.Najis Mukhaffafah

Najis mukhaffafah ialah kencing kanak-kanak lelaki yang belum sampai umurnya dua tahun yang tiada makan sesuatu selain dari susu (susu yang dicampur gula atau tepung itu hukumnya seperti yang selain dari susu).

2.Najis Mughallazah

Najis mughallazah ialah anjing dan babi dan keturunan dari keduanya atau salah satu dari keduanya.

3.Najis Mutawasitah

Najis mutawasitah adalah najis selain dari najis mukhaffafah dan najis mukhalazah iaitu:

- Setiap yang cecair yang memabukkan
- Bangkai selain dari mayat manusia,ikan dan belalang,darah,nanah,muntah tahi dan kencing.
- Susu binatang yang tidak dimakan dagingnya melainkan susu manusia.
- Bahagian anggota yang bercerai dari barang yang hidup itu hukumnya seperti bangkai.


Cara untuk menyucikan najis ialah:

1.Najis Mukhaffafah

Memadai dengan menyucikan sesuatu dari najis mukhaffafah itu dengan dipercikan air yang meratai akannya dengan tidak disyaratkan mengalir air,setelah dihilangkan ainnya.

2.Najis Mughallazah

Bagi menyucikan sesuatu dari najis mughallazah itu ialah dengan dibasuh tujuh kali.Sekali darinya dengan air tanah,iaitu air yang dicampur dengan tanah yang suci.

Jika tidak hilang najis itu sehingga beberapa kali maka dikira sekali sahaja,maka hendaklah ditambah enam kali lagi.

3.Najis Mutawasitah

Bagi menyucikan sesuatu dari najis mutawasitah itu wajiblah dihilangkan rasanya, warnanya dan baunya.(Dan tidak dimaafkan jika tinggal warnanya atau baunya).Tidak mengapa jika tinggal warna atau baunya yang payah hilang.

Dan tidak ada baginya rasa,warna dan bau memadailah mengalirkan air pada tempat yang terkena najis itu.

*******************************************

Ya, anjing dan babi itu najis. Jadi kenapa beria sangat hendak membelai najis? Daripada belai anjing, lebih baik la belai tahi sendiri. Lepas berak, jangan di'flush tahi terbabit. Ambil beliau dan bela la beliau. Usap la beliau. Kalau sentuh pun, tak perlu di samak. Kan? Cuma yang tak best nya, najis manusia ni takde bulu & tak menyalak seperti anjing. Wah, sedikit kotor di situ. Maaf.

Komen dari pembaca itu lagi, "dah tu yang polis duk guna anjing untuk memburu penjenayah tu macam mana?" Ok, polis menggunakan anjing tu adalah untuk membantu mereka memburu & mengesan penjenayah. Bersebab. Hukumnya harus. Lagipun mereka pakai glove kan? Takde pun nak peluk anjing & bergambar sakan kan?

Tu baru isu artis pegang anjing. Belum masuk isu veterinary student yang peluk & bergambar sakan dengan babi tu. Ingin juga aku bidas tapi biar kan lah yang tu. Malas nak ambik port.


p/s: suka belai kucing.. Nak-nak kalau kucing bagi respon dengan menggigit atau jilat jari.. Tak perlu risau nak kena samak pun.. Bajet samak la tu lepas peluk anjing. Tui!









(read more)

Friday, July 23, 2010

mello's new header


Salam sejahtera kepada semua readers mushmello.com.

Kebelakangan ini mushmello.com agak jarang di'update. Akan aku usahakan untuk konsisten dalam penulisan. Aku akan kurangkan artikel personal di sini. As a blogger, aku rasa sedikit tidak berguna kerana kebelakangan ini aku terlalu fokus menghasilkan artikel personal di sini. Tidak terlalu banyak info & output yang berguna untuk readers. Lain cerita pula kalau aku ni seorang artis yang popular. Mungkin kisah kentut semasa tidur sudah cukup menghiburkan peminat. Ops!

Artikel kali ni tidak terlalu personal rasanya. Blog ini tampil dengan header baru lagi. Header yang lebih simple berbanding header yang terdahulu. Sudah tiga kali blog ini bertukar header termasuk dengan header yang terbaru.

1st header


2nd header


3rd header

click to enlarge image

Pentingkah header untuk sesebuah blog? Bagi aku, ianya penting. Ekspresi pertama readers apabila memasuki sesebuah blog adalah header serta template blog tersebut. Konsep serta jenis penulisan sesebuah blog biasanya sudah boleh diagak dari gambaran header serta template blog itu. Iye ke? ya bagi aku. Hehe.




p/s: hari ni (24/07/10) ialah hari lahir ayahandaku, En.Che xxxx, suami kepada Puan Nik xxxxxx. Moga ayahanda sihat selalu & moga diberkati Allah selalu. Amin.










(read more)

Sunday, July 11, 2010

Final FIFA World Cup 2010: Milik Spain atau Belanda?

Perlawanan bolasepak piala dunia 2010 hampir sampai ke penghujungnya.Hampir sebulan masyarakat dunia dilanda demam piala dunia ni, tak kira tua muda, besar kecil, lelaki perempuan mahupun pondan dan bapok sekalipun, rata-rata nya merasai suasana piala dunia kali ini.

Masing-masing mempunyai pasukan pilihan atau pasukan yang diminati. Kalau ditanya aku, sudah tentu pasukan pilihan aku ialah Sepanyol. Tidak semua perlawanan aku ikuti sejak bermulanya kempen piala dunia pada 11 Jun 2010 yang lalu akan tetapi aku tak miss lagi perlawanan yang melibatkan pasukan Sepanyol.Hehe.


Mampukah Sepanyol menjuarai perlawanan piala dunia 2010?

Perlawanan pertama pasukan Sepanyol ialah perlawanan menentang pasukan Switzerland. Punya la semangat, sanggup keluar menonton dengan kekawan kat luar. Ingat dapat la belasah Switzerland "kaw-kaw" punya tapi hampa, kalah ada lah 1-0 hari tu.


Seingat aku, pasukan Sepanyol mula mendapat perhatian aku setelah mereka berjaya mengalahkan pasukan Jerman di dalam perlawanan akhir EURO 2008. Jaringan tunggal Fernando Torres melayakkan pasukannya menyandang gelaran juara eropah. Jadi secara spontannya, Fernando Torres adalah salah seorang pemain yang aku minati selain David Villa, Sergio Ramos, David Silva, Xavi, Xabi Alonso, Gerard Pique, Casillas, Iniesta..err, terlebih sudah. Tapi memang aku cukup tertarik dengan permainan Torres, Villa dan Ramos.



David Villa & Fernando Torres

Pertemuan dengan pasukan Jerman pada pusingan separuh akhir seolah-olah siaran ulangan Euro 2008.Hehe! Dan seperi yang dijangkakan, pasukan Sepanyol memenangi perlawanan tersebut dan layak ke pusingan akhir untuk kali pertama di dalam sejarah piala dunia. Dan pasukan Jerman? Aku harap mereka tidak mengapa-apakan Paul Si sotong tu. Hari tu dah kecoh yang penyokong Argentina mahu meratah Paul. Siap ada lagu tema lagi. Lagu kebencian terhadap Paul.Haha


Hari tu, cek nuffnang aku sampai lagi yeay! Apa lagi, terus rembat jersi Spain.Kakaka. Tapi tak berani lagi nak pakai awal-awal hari tu, sebelum perlawanan antara Spain dan Portugal. Yela, kan tak pepasal kena hentam ngan member-member aku kalau Spain dah kalah awal-awal. Lepas Spain berjaya mengalahkan Jerman baru la berani sikit nak tayang kat member. Kalau kalah dengan Belanda pun takpe. At least dah berjaya masuk final kan. Lain la kalau England ke..Argentina..Itali..France.. Hehehe..




Sudah 3 helai jersi yang aku miliki setakat ni. Jersi Barcelona pemberian mak saudara aku dulu, Jersi England sempena piala dunia yang lepas dan yang terbaru Spain punya. Saja je beli. Bukannya fanatik sangat pun. Boleh gak pakai masa main futsal. Asyik baju sama je aku pakai setiap kali berfutsal.Baju Coca-cola crossover Andy Warhol, sampai kan ada member aku perli, "Weh, ko ni ditaja coca-cola ke? Baju sama je..". Ok, habis pasal tu.



Siapakah yang bakal menjuarai piala dunia kali ni? Belanda atau Sepanyol?

Perlawanan akhir antara Spain & Netherlands akan bermula awal pagi esok. (12 Julai 2010, 2.30 a.m.) So, korang rasa pasukan mana yang bakal menjulang trofi kali ni? Spain or Netherlands? El Matador or Oranje? Sudah pasti Spain. Perlawanan akhir ni ibarat "Oren" di hujung "tanduk". Hehehe.











(read more)

Thursday, July 1, 2010

Happt 1st anniversary, mello's & happy 23rd birthday,Luna.



Alhamdulillah..Bulan Jun sudah berlalu dan bulan Julai telah tiba. Ini bermakna sudah genap setahun blog ini dilahirkan.Pejam celik pejam celik sedar tak sedar sudah setahun usia blog ini. Begitu pantas masa berlalu. Walaupun perkembangan blog ini agak perlahan berbanding blog-blog rakan yang lain, intipati blog ini tetap mendapat perhatian dari para pembaca. Terima kasih banyak-banyak.

Blog ini adalah ber'hosting kan blogspot atau blogger. Dari dulu hingga ke saat ini. Pada asalnya, URL blog ini ialah mushmello.blogspot.com & telah ditukar ke mushmello.com bagi memenuhi impian aku & Luna. Siapakah Luna? Bagi mereka yang telah lama mengikuti perkembangan blog ini, nama Luna bukan sesuatu yang asing bagi mereka. Bagi korang yang masih tertanya-tanya, rajin-rajin lah baca artikel-artikel yang terdahulu.

Mengapa & bagaimanakah blog ini wujud? Buat pengetahuan readers sekalian, blog ini bukan blog pertama aku. Blog pertama aku, mushmello.blog.friendster.com masih wujud hingga ke hari ini. Ya, hanya ber'blogging di friendster saja.Hanya suka suka. Dan ketika itu, aku masih bersama Luna. Entri terakhir di blog itu ialah entri berkenaan hari Lahir Luna.


Masih aku ingat kata-kata Luna, "awak, awak buat la blog kat blogspot atau wordpress..Baru la maju.Takkan nak ber'blogging kat friendster je.." "Nanti buat blog baru tau..as my birthday gift..". Ya, hari lahir Luna bulan Julai, 1 Julai.. Lalu lahir lah blog ini, sebagai tanda impian & kenangan aku & dia.

Dulu, Luna lah pembaca tegar blog ini & dia juga la pengkritik tegar blog ini. Di saat blog ini sepi tanpa sebarang kunjungan, Luna lah yang setia "mentelaah" segala isi kandungan blog ini tanpa jemu. Tidak dapat dinafikan, selama ini Luna yang memberi semangat kepada aku untuk terus ber'blogging. But she's gone. Seolah-olah semangat & keyakinan aku selama ini pergi begitu saja. Tak mungkin kembali.

Sudah 6 bulan Luna menjauh dari aku & bersama yang lain. Tapi aku tetap seperti dulu. Ke mana saja aku melangkah, fikiran aku tetap memikirkan perkara yang sama. Terasa amat berat beban di kepala. Serius aku amat tertekan. Emosi aku masih tidak stabil sebenarnya. Jiwa teramat kacau.

*****************************************

Kepada Luna,

Selamat hari lahir yang ke-23. Semoga awak sihat sentiasa, gembira sentiasa, bahagia selalu.. Jadi perempuan yang baik-baik, lemah lembut.. Taat kepada perintah Allah..

Luna, serius, saya tidak dapat meneka & menjangka apa yang akan terjadi nanti. Serius, dulu, mati-mati saya sangka yang awak ialah jodoh saya. Serius! Saya akui, hati saya dah tertutup untuk perempuan lain setelah awak hadir sebab saat saya menerima awak, saya telah nekad yang saya akan jadikan awak puteri saya suatu hari nanti.

Tapi, siapa sangka, hubungan kita terputus jua saat hati saya masih berbunga-bunga. Saya bingung. Teramat bingung. Tak patut jadi begini. Tapi ini ketentuan Allah.. Saya harus menerimanya.

Kawan-kawan kita yang sebaya telah ramai yang berkahwin. Memikirkan itu membuatkan fikiran saya teramat kacau. Macam mana kalau tak lama lagi awak akan berkahwin? Maybe tahun depan? Di saat luka saya masih berdarah & ditambah lagi dengan perkahwinan awak..Saya tidak dapat membayangkan bagaimanakah keadaan saya di saat itu.Ya, saya memang terlalu banyak berfikir.

Luna, andai kata kita berdua memang tiada jodoh, awak hidup la baik-baik dengannya. Doakan saya supaya cepat-cepat lupakan awak. Doakan saya agar semua kasih saya kepada awak selama ini terhapus dengan segera. Saya tidak tertahan jalani kehidupan seharian begini. Disebabkan kasih saya terhadap awak, saya tidak mampu mendekati mana-mana perempuan, melayan mana-mana perempuan sebagai seorang teman yang rapat. Tawar hati dengan perempuan mungkin. Dan saya mungkin begini untuk beberapa tahun lagi.

Hadiah hari lahir untuk awak kali ini telah saya sampaikan kepada mama awak. Nanti, jangan lupa ambil hadiah tu.Hadiah biasa-biasa saja. Saya tau awak suka barangan Paul Frank. Sudah ke hulu ke hilir saya mencari any Paul Frank stuffs tapi mungkin nasib tidak menyebelahi saya. So, saya buat sendiri.Sehelai tuala kecil yang bersulam. Harap awak terima. Maybe itu hadiah terakhir untuk awak? Dulu, semasa awak mula bekerja di sana, saya hadiahkan dua benda kat awak. Satu surah Yasin dan sebotol perfume "follow me", dan saya minta awak bawa dua pemberian itu ke mana saja awak pergi. Kenapa? Surah Yasin itu untuk melindungi awak dari segi spiritual & perfume itu untuk melindungi awak dari segi fizikal. Saya risaukan awak di ibukota sana. Kes-kes culik,ragut biasa terjadi di sana, jadi, perfume tu boleh melindungi awak jika terjadi kes sedemikian. Dan tuala kecil itu? Saya tau awak penat bekerja..Harap awak sudi gunakan tuala kecil itu untuk lap peluh awak.Bersama tuala kecil tu, saya sertakan sekeping salinan biodata awak, yang awak nukilkan untuk saya semasa form 5. Kita berkawan selama 7 tahun, sejak dari bangku sekolah lagi & bersama untuk 2 tahun..Mungkin berakhir begini saja. Saya amat terkilan.




*****************************************

Terus terang aku katakan, aku tiada semangat untuk menguruskan blog ni. Sebab itu lah blog ini sudah jarang diupdate sejak akhir-akhir ni.Dulu pernah terlintas untuk delete blog ni, tapi sekali aku delete, semuanya akan hilang, takkan kembali lagi. Pernah jugak aku terlintas untuk menyerahkan blog ini kepada seseorang untuk menjadi admin kepada blog ini tapi hasrat itu aku pendamkan dulu.

Blog pertama aku dulu telah berkubur dengan entri terakhirnya, iaitu entri khas sempena hari lahir Luna. Mungkin blog ini jua akan menjejak langkah blog yang terdahulu, akan berakhir & berkubur dengan entri ini.

Luna diatas bukanlah Luna Maya yang menimbulkan kontroversi disebabkan aksi porno dengan Ariel tu, Luna di atas ialah Luna mello, Luna Fantasiku.

Terima kasih kepada readers yang sentiasa mengikuti blog ini.Aku amat hargainya.







(read more)
 

Kembali ke atas




Side Project under mello's: Wow! Bundle